Barang Ikea ni memang cantik2, design moden2, mahal2… tapi kualiti boleh dikatakan ‘pakai untuk tukar lagi 2-3 bulan’. Saya bukan nak kutuk Ikea, saya juga adalah penggemar barang Ikea. Kat rumah memang banyak barang-barang dari gedung Ikea (yang cuma 5 minit je dari rumah saya), termasuk sofa, katil, almari, meja, kerusi, kabinet, lap kaki dan sebagainya.
Barang Ikea ni kalau rasa nak ‘pakai sampai hancur untuk tempoh 10 tahun ke atas’, saya nasihatkan sila lah buang cita-cita anda itu. Barang2 Ikea ni mainly untuk bergaya dan tukar-ganti setiap 2-3 tahun sekali. Kalau nak perabot yang tahan sila dapatkan barangan kayu solid yang tahan lasak di kedai2 perabot yang bersepah kat Malaysia ni.
Nak cerita rak-rak buku di rumah mak mentua saya dah selamat melendut dan almari senget ke tepi hehe. Mungkin bukan salah rak buku atau almari Ikea tapi buku kami dan baju kami terlalu banyak gamaknya 🙂
Ini pula adalah kejadian malam ini sewaktu saya sedang membasuh pinggan mangkuk cawan di dapur. Kami menggunakan cawan Ikea. Cawan ni pernah satu masa pecah sendiri semasa saya melambakkan pinggan-mangkuk dalam sinki. Tiba2 saja pecah. Ajaib sungguh tak pernah saya alami cawan pecah kalau tak terhentak atau terhempas ke lantai.
Dan pada malam ni, ia telah pecah semasa saya sedang membasuhnya! Hasilnya ialah dari jam 9 malam sampailah ini jam 6 pagi (sewaktu entry ni ditulis) darahnya masih belum kering lagi.
Nampak kecik je tapi bahagian tu terkoyak & saya tak tahu sedalam mana koyakan tu sebab tak berani nak selak. Tapi rasanya bukan koyak takat epidermis je sebab pedih!!!! Darah banyak wooo! Menitik2. Rasa macam pembunuh pulak tangan berdarah2 you. Saya taruk minyak gamat je, tak pakai iodin bagai. Maklumla saya old school sikit orangnya.
Ini bermakna cawan tersebut yang tinggal 3 biji lagi (sebiji pecah sendiri dalam sinki, sebiji yang memakan jari saya ni dan sebiji lagi pecah kena baling dengan Fahry) akan dimasukkan ke dalam arkib di bawah kategori BARANG BERBAHAYA.
Bayangkan betapa ngerinya tengah2 basuh pinggan tiba2 ada kaca melekat di tangan sebab benda tu pecah masa kita tengah basuh! Mujur tak kena urat nadi kot tak mau kita semua tidur hospital malam ni hehe.
Tapi takpe saya takkan saman Ikea di atas kualiti barang yang sungguh jitu itu. Mungkin cawan tu cuma untuk ditayang kepada tetamu saja tapi saya pergi buat minum.
Maka esok kita akan buka itu kotak gelas Luminarc la 🙂
P/S : Sesiapa yang nak set gelas Luminarc, set cawan & pinggan Corelle & Duralex, set mangkuk Corningware & Vision, dengan harga lebih murah dari KLCC boleh hubungi saya ya.
Leave a Reply