Saya telah ditanya oleh beberapa orang tentang persoalan menaikkan traffik di blog. Mulanya saya fikir mereka nak perli saya, maklumlah bukan tinggi mana pun trafik blog ni, takat cecah 800 lebih sikit2 unique visitor sehari je. Sesekali ajelah yang dapat sampai 2 ribu unique visitor sehari. Tu pun jarang2 je. Advertorial Nuffnang pun tak dapat2.. Takde maknanya kan?
Tapi best jugak kalau dapat kongsi tips2 dari kotak pengetahuan saya tentang menarik visitor ke blog, sekaligus menaikkan trafik.
1. Blog yang menarik dan mesra pembaca
Tak cantik, takde riben2, ropol2, lip lap merelit pun takpe. Asalkan isinya menarik hati pembaca. Blog yang sarat dengan hiasan dan widget2 ni lambat loading bagi pembaca yang menggunakan talian hampeh seperti Streamyx (minta maaf ye, tapi Streamyx di rumah mak mentua saya ni memang hampeh. rasanya dial up kat kampung saya lagi laju. down memanjang memang hobi dia. Streamyx pun ada buat maintenance time tengah malam ke? Macm Maybank2u pulak)
Tapi tak jadi hal blog yang lambat tapi pembaca suka. Diorang pasti akan tunggu punya.
So, amik inspirasi dari blog2 yang digemari ramai dan cuba gunakan dalam blog anda.
2. Usah syok sendiri
Tak ape kalau nak perasan bagus dalam blog sendiri. Syok sendiri ialah, contohnya ramai orang komplen “tak suka blog yang ada lagu2” tapi kita pulun juga letak lagu dengan niat menghiburkan pembaca. Padahal sang pembaca dah komplen sana sini bahawa mereka tak suka.
So, dengarlah suara orang ramai agar mereka lekat ke blog anda.
3. Baca blog orang dan tinggal komen
Ini benda yang biasalah. Tinggalkan komen yang buat orang terasa nak klik pada link blog anda. Sama ada komen terlalu macam bagus atau macam bodoh, mesti ada yang tertanya2 “sape mamat/minah ni? komen macam bagus meh nak tengok blog dia bagus ke tak”. Terutama bila komen di blog yang ramai commentators, agak2 ada ke orang nak klik blog2 pengkomen satu persatu.. Mesti ada sesuatu yang trigger, kan?
4. Promosikan blog anda
Jadikan ia sebagai signature email, forum, etc. Tapi jangan plak letak url blog peribadi pada signature email company. Believe me you don’t want your boss/GM to read your blog. Muahaha.
5. Ambil bahagian dalam aktiviti blogging dan blogger
Bukan bermakna kena join setiap gathering ke apa, tapi make yourself visible kepada dunia blog. Biar orang kenal you & your blog. Simple je, contohnya participate dalam contest2 yang bersepah2 sekarang.
6. Kenali pembaca atau niche anda
Tak perlu nak komen pada setiap entry pembaca2 anda, atau YM setiap hari, atau pergi rumah dia, atau keluar minum2 di kafe… Ia adalah tahu kepada siapa anda menulis. Kalau blog pasal anak pembacanya biasa emak2, blog pasal kereta pembacanya biasa jejaka2,..etc.. So kenali siapa yang baca blog anda so that anda dapat fokus apa nak tulis, apa nak share dan senang expect apa target group nak tahu/nak baca.
7. Berani nyatakan pendapat
Anda tak perlu takut menulis di blog sendiri selagi anda tak menghina kerajaan, institusi raja-raja, isu sensitif.. Anda tak perlu takut kena tangkap. Tulislah pendapat anda dengan jelas dan jujur. Jika anda suka/tak suka sesuatu nyatakan sebabnya. Seseorang mungkin berterima kasih pada anda, mungkin copy entry anda (dgn kredit ye, jgn copy tulisan orang sesuka hati) atau cerita pada kawan dia.
8. Berikan tajuk menarik untuk entry anda
Kalau tulis tentang masak nasi lemak, tajuk mana lebih menarik pembaca, ‘NASI LEMAK’ atau ‘CARA MEMBUAT NASI LEMAK PALING SEDAP DI DUNIA’? Tajuk entry yang catchy boleh menarik pembaca walaupun isinya takdela best mana pun. Muahaha.
9. Jangan biar blog bersawang
Kalo takde idea nak tulis, sila baca entry saya yang lepas2 tentang apa nak tulis dalam blog. Tak dapat buat hyperlink lah. Saya kan pakai handphone yang tak canggih.
Macam tak pecaya saya menaip 9 points dgn menggunakan handphone dengan penggunaan ayat2 SMS yang minimum!
-Mg hbt btl kgm dgn dr sdr ah gni. 1x krem tgnku! Huhu.-
Saya harap tips2 di atas tu boleh menjawab pertanyaan yang bertanya. Saya nak pergi cermin diri sekejap 😀
Kalo sapa yang rasa2 nak letak iklan or buat advertorial or jadi sponsor di blog yang tak popular ni boleh hubungi saya.
Sebelum ditanya macam2 saya letak point2 kat sini:
-buat masa ni saya tadek pc so tak dapat sediakan proper quotation untuk anda download.
-untuk tengok analytic blog ni minggu lepas sila ke tab ‘Advertise with us’ di atas sana.
-blog ni cuma ada 21 ribu unique visitor je bulan lepas. Bahagi 31 hari, tak dapek purata 1000 unique visitor sehari pun. Kah3x.
-pageview/hits, entahlah. Boleh tengok kat tab advertise tu juga.
Terima kasih kerana sudi datang ke blog picisan saya. 🙂
Leave a Reply