Games Pendidikan Yang Bagus Untuk Anak-Anak

by admin on February 3, 2010 · 9 comments

Saya sedang dalam proses untuk memperkenalkan komputer kepada Hafiy. Buat masa ini Hafiy tak macam kanak2 lain seusianya yang dah mahir dengan Starfall dan sebagainya. Hafiy masih belum mahir menggunakan mouse seperti anak2 lain seusianya yang dah handal bermain games di komputer.

Menyentuh tentang permainan komputer, saya mempunyai pendirian yang mungkin berbeza. Saya sendiri diperkenalkan dengan video games sejak sekolah rendah, dan ayah saya telah memberi arahan supaya siapkan kerja sekolah sebelum main games. OK lah mungkin games telah membuat saya pandai (pandai ke?) dan cepat pick-up (cepat laaah sangat). Tapi ada banyak kesan sampingan di sebalik permainan komputer:

  • Melekakan hingga lupa nak makan minum.
  • Melalaikan hingga terabai solat di awal waktu padahal bukan buat apa pun (main games la).
  • Dalam buat kerja lain kepala duk fikir apa strategi nak menang dalam games.
  • Buat assignment cilok2 sebab main games.

Akan tetapi, permainan komputer adalah bagus, terutama untuk anak2 kecil di zaman serba mahal ini.

  • Permainan yang berbentuk fizikal mudah dirosakkan oleh anak-anak.
  • Bila kita selalu membeli mainan, anak2 mungkin kurang menghargai ‘nilai’ wang. Mereka akan terus meminta dibelikan.

Jadi, permainan komputer yang bagaimana sesuai untuk anak-anak? Yang bukan saja untuk dimainkan, tapi juga untuk belajar nilai2 murni dalam kehidupan. Atau dengan kata lain, games pendidikan.

anakku sayang

Inilah inisiatif baru dari team Anakku Sayang, yang telah menerbitkan games online, yang tentunya bukan games yang kosong semata-mata, tapi berorientasikan pendidikan awal untuk anak2.

Excerpt dari website Games Pendidikan Anakku Sayang:

Games AnakkuSayang adalah siri games pendidikan yang direka khusus oleh kami sendiri berdasarkan nasihat dari beberapa pakar pendidikan awal kanak-kanak.

Games-games ini akan dikeluarkan secara bersiri dengan jangkamasa sebulan satu game untuk menjaga kualiti setiap games yang kami keluarkan.

Untuk maklumat lanjut tentang games yang best ni, jom kita tengok website rasmi Games Pendidikan AnakkuSayang ni. Semestinya penuh dengan nilai2 murni, sesuai untuk semua peringkat anak-anak. Sekarang ibu bapa tak perlu risau lagi tentang unsur2 negatif dalam games anak-anak, dengan adanya inisiatif cemerlang dari team Anakku Sayang.

Tahniah buat mereka & jom kita sokong games Made In Malaysia!

Share Button

{ 8 comments… read them below or add one }