Adatlah masa kita remaja tergedik2 nak tahu jodoh kita siapa, datangnya macamana, kahwin umur berapa. Kalau orng yang dah ada boyfriend dari awal mungkin tak tergedik2 macam kami yang tak ada boyfriend ni.
Saya dulu selalu menggedik, macamana ya nak tahu seseorang tu jodoh kita? Gatal kan. Boyfriend pun takde.
Tapi masa tu saya tak heranlah. Taknak pun ada boyfriend. Macam rimas je. Tapi teringin jugak nak rasa diri diurat (gelak kuat-kuat). Sayangnya tak ada orang sudi nak mengurat saya. Maklumlah kita tak cantik, selekeh, gemuk pulak tu…
Saya dulu teringin ada boyfriend yang kacak macam Mark Dacascos. Wah handsomenya. Macho pulak tu. Sampai mana2 mamat yang ada rupa sikit2 ala2 Mark Dacascos memang saya usha 😀 tapi secara sir wa hazar lah. Saya kan pemalu.
Mula la Mark Dacascos jadi imaginary friend saya. Dah tua2 pun ada imaginary friend. Eh, no no, this is imaginary boyfriend. What a loser LOL. Tapi takpe. Lebih baik ada imaginary boyfriend daripada boyfriend betul2 yang kerjanya nak buat maksiat aje. I feel better with my imaginary Mark Dacascos 🙂 Maklumla komunikasi sehala je. Dia tak boleh nak buat hal sebab in my imagination boyfriend imaginary ni memang sangat2 perfect. 😀 bahagia.. bahagia…
Seronoknya masa tu. Nak dating cuma perlu bukak website je. 😀 <—- SAIKO!!!!!
Bila fikirkan soal jodoh.. ye la sapa taknak bersuamikan lelaki yang soleh, beriman, tangan di dada macam kumpulan nasyid… tapi bila cermin pada diri sendiri yang jauh panggang dari api lah nak jadi pilihan golongan ala2 ustaz tu 😀 T_T… kusedar diri ini… maka toksahlah nak mengharapkan suami yang soleh kalau diri sendiri pun tak berapa nak solehah.
Tapi pada masa yang sama saya tetap ada cita2 nak kahwin dengan lelaki sebenar 😛
Orang itu mestilah bercita-cita besar, berfikiran positif, yakin diri serta bijak.
Saya boring betul kalau lelaki yang kurang bijak dari saya tapi berlagak bijak dan nak saya akui kebijaksaannya yang tidak seberapa itu. Oh pleaseeee sungguh elergikk. Hmm.. bijak itu tidak semestinya datang secara semulajadi. Ada orang memang Allah dah anugerahkan otak yang pintar tapi ada orang otak yang biasa je dan ada lembab sikit2. Tapi boleh diasah dengan semangat nak maju, rajin belajar dan suka membaca. Macam saya, saya bukanlah seorang yang pintar (Sedihnya aku nak mengaku) tapi saya bersemangat dan rajin membaca (dan-dan~). Cukup boring dengan dialog “Allah dah jadikan aku macam ni.. Dah takdir-Nya, apa nak buat”. Kamonlaaaaah! Allah bagi otak suruh pakai, bukan simpan.
Allah takdirkan kita kena usaha untuk dapatkan sesuatu. Nabi pun kerja. Nabi pun berperang. Nabi pun berfikir. Tak malu ke nak berserah macam tu tanpa fikir dan usaha dulu. Tak malu betul mengaku konon baik sangatlah jadi hamba yang berserah, tapi tak sedar diri melawan takdir. Allah dah takdirkan kita semua dapat balasan dari apa yang kita kerjakan la baiii. Nak balasan baik, buatla benda baik. Tak kirelah dalam loh mahfuz tu tulis ape, the point is, does anyone knows apa yang ada dalam loh mahfuz? Bagi saya pengeluar dialog di atas adalah orang2 loser yang nak justify yang dia tu agak bagus juga sebab beriman dengan qadak dan qadar… Terpesong sungguh mu nih. Macamana Malaysia nak maju?
Jadi lelaki2 begitu terpaksa saya reject. Maafkan saya kerana anda tidak menepati kriteria yang ditetapkan. Wah, macam ada orang nak je T_T Seronok kan kalau dapat reject orang. Terasa laku. 😀
Takdir Allah telah ketemukan saya dengan seorang lelaki yang betul2 kena dengan jiwa saya. Saya tidak menunggu rasa debar-debar, jantung nak pecah = konon tanda jatuh cinta. Saya adalah dengan perbualan ringkas tentang perancangan masa depan. Cukup. Cakap banyak tak guna. Lelaki yang boleh jawab dengan yakin “Where will you be in the next 30 years” dengan yakin dan tanpa perlu “Esok ai bagitau ye, biar I fikir dulu” adalah seorang yang memang dah ada benda2 tentang future plan dalam otak dia. That’s the guy that I was looking for.
Saya teringin juga nak menjalani pengalaman cari jodoh macam dalam Ketika Cinta Bertasbih LOL, tapi ala2 tak dapatlah sebab saya tak belajar di al-Azhar, bapak saya bukan kiyai dan saya pun bukannya bagus sangat.
Tapi tak kisahlah yang penting I get what I want and need. Saya tak perlukan lelaki romantik yang hari2 nak bersayang-sayang, atau yang setiap masa nak pegang2, atau setiap minit nak SMS “I miss you sayang”. Asalkan kami mempunyai matlamat jangka panjang yang sama, boleh berborak2, berfikiran terbuka, encouraging… that’s enough 🙂 Ternyata Allah memang kahwinkan saya dengan Abiy supaya saya lebih maju dalam kehidupan.
Tapi bila ingat balik tentang jodoh ni nak gelak pun ada. Saya tak pernah sangka saya akan nikah sebelum umur 27 tahun. Umur 27 ada anak 2 pulak tu. Saya masih ingat saya masih dalam fasa ‘jalan-jalan cari boyfriend yang kacak macam Mark Dacascos’ 3-4 bulan sebelum nikah.
Tapi kedatangan jodoh tu penuh misteri. Namun saya percaya sebagai wanita kita harus dan berhak menetapkan ciri2 lelaki yang layak menjadi suami kita. Mesti kena demand dol, mana boleh main sebat je. Nabi pun suruh kita bernikah dengan sesapa atas dasar memilih. Walaupun kita rasa kita tak lawa, tak menarik, tapi someone somewhere has made for you. So buatlah pilihan betul2 sebelum jadi berita muka depan paper besok2.
p/s: Walaupun suami saya tak macam Mark Dacascos, tapi dia best tau! Lagipun Mark Dacascos dah tua, tak hensem sangat dah.
MORAL : Buat la benda lain yg lebih berfaedah dari pikir nak berboifren je. Belajar masak ke, lipat kain ke, lagi bagus.
Leave a Reply