Bagaimana Nak Tahu Jodoh Kita

admin Avatar

Adatlah masa kita remaja tergedik2 nak tahu jodoh kita siapa, datangnya macamana, kahwin umur berapa. Kalau orng yang dah ada boyfriend dari awal mungkin tak tergedik2 macam kami yang tak ada boyfriend ni.

Saya dulu selalu menggedik, macamana ya nak tahu seseorang tu jodoh kita? Gatal kan. Boyfriend pun takde.

Tapi masa tu saya tak heranlah. Taknak pun ada boyfriend. Macam rimas je. Tapi teringin jugak nak rasa diri diurat (gelak kuat-kuat). Sayangnya tak ada orang sudi nak mengurat saya. Maklumlah kita tak cantik, selekeh, gemuk pulak tu…

Saya dulu teringin ada boyfriend yang kacak macam Mark Dacascos. Wah handsomenya. Macho pulak tu. Sampai mana2 mamat yang ada rupa sikit2 ala2 Mark Dacascos memang saya usha 😀 tapi secara sir wa hazar lah. Saya kan pemalu.

Mula la Mark Dacascos jadi imaginary friend saya. Dah tua2 pun ada imaginary friend. Eh, no no, this is imaginary boyfriend. What a loser LOL. Tapi takpe. Lebih baik ada imaginary boyfriend daripada boyfriend betul2 yang kerjanya nak buat maksiat aje. I feel better with my imaginary Mark Dacascos 🙂 Maklumla komunikasi sehala je. Dia tak boleh nak buat hal sebab in my imagination boyfriend imaginary ni memang sangat2 perfect. 😀 bahagia.. bahagia…

Seronoknya masa tu. Nak dating cuma perlu bukak website je. 😀 <—- SAIKO!!!!!

Bila fikirkan soal jodoh.. ye la sapa taknak bersuamikan lelaki yang soleh, beriman, tangan di dada macam kumpulan nasyid… tapi bila cermin pada diri sendiri yang jauh panggang dari api lah nak jadi pilihan golongan ala2 ustaz tu 😀 T_T… kusedar diri ini… maka toksahlah nak mengharapkan suami yang soleh kalau diri sendiri pun tak berapa nak solehah.

Tapi pada masa yang sama saya tetap ada cita2 nak kahwin dengan lelaki sebenar 😛

Orang itu mestilah bercita-cita besar, berfikiran positif, yakin diri serta bijak.

Saya boring betul kalau lelaki yang kurang bijak dari saya tapi berlagak bijak dan nak saya akui kebijaksaannya yang tidak seberapa itu. Oh pleaseeee sungguh elergikk. Hmm.. bijak itu tidak semestinya datang secara semulajadi. Ada orang memang Allah dah anugerahkan otak yang pintar tapi ada orang otak yang biasa je dan ada lembab sikit2. Tapi boleh diasah dengan semangat nak maju, rajin belajar dan suka membaca. Macam saya, saya bukanlah seorang yang pintar (Sedihnya aku nak mengaku) tapi saya bersemangat dan rajin membaca (dan-dan~). Cukup boring dengan dialog “Allah dah jadikan aku macam ni.. Dah takdir-Nya, apa nak buat”. Kamonlaaaaah! Allah bagi otak suruh pakai, bukan simpan.

Allah takdirkan kita kena usaha untuk dapatkan sesuatu. Nabi pun kerja. Nabi pun berperang. Nabi pun berfikir. Tak malu ke nak berserah macam tu tanpa fikir dan usaha dulu. Tak malu betul mengaku konon baik sangatlah jadi hamba yang berserah, tapi tak sedar diri melawan takdir. Allah dah takdirkan kita semua dapat balasan dari apa yang kita kerjakan la baiii. Nak balasan baik, buatla benda baik. Tak kirelah dalam loh mahfuz tu tulis ape, the point is, does anyone knows apa yang ada dalam loh mahfuz? Bagi saya pengeluar dialog di atas adalah orang2 loser yang nak justify yang dia tu agak bagus juga sebab beriman dengan qadak dan qadar… Terpesong sungguh mu nih. Macamana Malaysia nak maju?

Jadi lelaki2 begitu terpaksa saya reject. Maafkan saya kerana anda tidak menepati kriteria yang ditetapkan. Wah, macam ada orang nak je T_T Seronok kan kalau dapat reject orang. Terasa laku. 😀

Takdir Allah telah ketemukan saya dengan seorang lelaki yang betul2 kena dengan jiwa saya. Saya tidak menunggu rasa debar-debar, jantung nak pecah = konon tanda jatuh cinta. Saya adalah dengan perbualan ringkas tentang perancangan masa depan. Cukup. Cakap banyak tak guna. Lelaki yang boleh jawab dengan yakin “Where will you be in the next 30 years” dengan yakin dan tanpa perlu “Esok ai bagitau ye, biar I fikir dulu” adalah seorang yang memang dah ada benda2 tentang future plan dalam otak dia. That’s the guy that I was looking for.

Saya teringin juga nak menjalani pengalaman cari jodoh macam dalam Ketika Cinta Bertasbih LOL, tapi ala2 tak dapatlah sebab saya tak belajar di al-Azhar, bapak saya bukan kiyai dan saya pun bukannya bagus sangat.

Tapi tak kisahlah yang penting I get what I want and need. Saya tak perlukan lelaki romantik yang hari2 nak bersayang-sayang, atau yang setiap masa nak pegang2, atau setiap minit nak SMS “I miss you sayang”. Asalkan kami mempunyai matlamat jangka panjang yang sama, boleh berborak2, berfikiran terbuka, encouraging… that’s enough 🙂 Ternyata Allah memang kahwinkan saya dengan Abiy supaya saya lebih maju dalam kehidupan.

Tapi bila ingat balik tentang jodoh ni nak gelak pun ada. Saya tak pernah sangka saya akan nikah sebelum umur 27 tahun. Umur 27 ada anak 2 pulak tu. Saya masih ingat saya masih dalam fasa ‘jalan-jalan cari boyfriend yang kacak macam Mark Dacascos’ 3-4 bulan sebelum nikah.

Tapi kedatangan jodoh tu penuh misteri. Namun saya percaya sebagai wanita kita harus dan berhak menetapkan ciri2 lelaki yang layak menjadi suami kita. Mesti kena demand dol, mana boleh main sebat je. Nabi pun suruh kita bernikah dengan sesapa atas dasar memilih. Walaupun kita rasa kita tak lawa, tak menarik, tapi someone somewhere has made for you. So buatlah pilihan betul2 sebelum jadi berita muka depan paper besok2.

p/s: Walaupun suami saya tak macam Mark Dacascos, tapi dia best tau! Lagipun Mark Dacascos dah tua, tak hensem sangat dah.

MORAL : Buat la benda lain yg lebih berfaedah dari pikir nak berboifren je. Belajar masak ke, lipat kain ke, lagi bagus.

admin Avatar

36 responses to “Bagaimana Nak Tahu Jodoh Kita”

  1. ain fathihah Avatar

    hehe. tersengih2 saya baca entri akak lyna kali ni..
    .-= ain fathihah´s last blog ..Anak tak layak =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      sengih-sengih pastikan tiada sisa makanan terlekat di celah gigi 😀
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Rezeki Dari Allah Yang Secupak Takkan Jadi Segantang? =-.

  2. anasfadilah Avatar
    anasfadilah

    yusry kru!!??? gelak guling-guling!

    saya juga mencari suami yang ada plan masa depan dalam diri dia.

    1. Mommy Lyna Avatar

      hehehehe. jangan la gelak, jerit je trus muahahaha

      masa depan adalah benda yg paling penting gitu

  3. mommy nadia Avatar

    hahaha..teringat zaman blajo..i suka guy yg mixed..malay + chinese..mata sepet ..hencem!!
    now dpt hubby yg mixed jgak..cuma chinese+indian..ala yg penting hensem kat mata kita..auwww!!
    .-= mommy nadia´s last blog ..Foods for love: 1001 Info about YOGURTS =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      dapat esktra lagi tu! jadi family 1Malaysia!

      🙂
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Rezeki Dari Allah Yang Secupak Takkan Jadi Segantang? =-.

  4. MQ Avatar

    my criteria dulu2 mesti laki yg pandai, scorer tapi tak nak yg nerd, yg ganas yg mampu fight back kalo ada org kaco, yg garang, diam tapi buat keje yg berhasil bukan jenis ckp berdegar tapi tong kosong, mesti kulit cerah, kalo dpt chinese mixed lagi bagus, boleh speaking omputeh, pandai main game tapi tak bersukan esp. tak nak yg main bola/tgk bola, adik beradik tak ramai..alhamdulilah dpt dah semua..lepas kecewa dgn beberapa percubaan tak menjadi..heh!
    .-= MQ´s last blog ..The Garden =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      fuyyyooooo! mmg hebaklah!
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Rezeki Dari Allah Yang Secupak Takkan Jadi Segantang? =-.

  5. isabelle Avatar

    wahahahaha…nak tumpang gelak la ayat last tu.
    wahahahahaaaaa….gelak lagi.

    tapi kan..err..i loike this entry very much

    1. Mommy Lyna Avatar

      like ek… tu mesti teringat zaman2 gadis gedix2 la tu 😛
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Rezeki Dari Allah Yang Secupak Takkan Jadi Segantang? =-.

  6. sya Avatar

    arjun rampal? jangan rampas boyfriend saya!! hahaha…
    serius, memang suka gile dengan arjun rampal dulu… dulu laaa..
    sebab sekarang dah ada yassir ‘rampal’ arafat… 😛

    nak sembang gak, saya berangan nak lelaki yang mesti tinggi, dan boleh sembang apa2 aje – juga boleh sembang tentang fizik/biologi semasa keluar dating.. 😛
    .-= sya´s last blog ..projek menghitamkan darwisy =-.

    1. Mommy Lyna Avatar

      dulu ke? saya suka sampai sekarang. hehehe. tengok asben saya dari satu sudut nampak macam arjun rampal tau! muahahhaa.
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Rezeki Dari Allah Yang Secupak Takkan Jadi Segantang? =-.

  7. silbiabigail Avatar
    silbiabigail

    klu mncari kesempurnaan, kita akan ‘mati’ keseorangan. kerana kita yg ‘menyempurnakan’ sesuatu. jodoh kita sudah ditentukan, tetapi bgaiman untuk kita mempelihara jodoh menjadi sempurna?

    1. Mommy Lyna Avatar

      bukan mencari kesempurnaan, tapi berhak memilih yang terbaik untuk menjadi teman hidup kita.

      Rasulullah pernah mencadangkan seorang sahabat wanita menolak lamaran sahabat yang miskin kerana dibimbangi beliau tidak mampu memberi nafkah.

      Baginda juga bersabda “Jika datang seorang lelaki yang kamu sukai akhlak dan agamanya, maka nikahilah dia”.

      Dan kesempurnaan itu terletak atas nama agama.

      Kerana itu sebelum terjadinya pernikahan, memilih itu perlu. Bila dah nikah lain pula ceritanya 🙂
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Rezeki Dari Allah Yang Secupak Takkan Jadi Segantang? =-.

  8. MadamKerch Avatar

    hahahaha…really gelak guling-guling… syukur dengan apa yang diberikan olehNYA .. ye tak?
    Ada pasangan yang saling lengkap melengkapi..Alhamdulillah..
    😛

    1. Mommy Lyna Avatar

      MORAK OF THE STORY : sebelum nikah buat istikharah, kalau dah nikah jangan berbalah2. sedangkan lidah lagi tergigit.
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Rezeki Dari Allah Yang Secupak Takkan Jadi Segantang? =-.

  9. naihusna Avatar
    naihusna

    hahaha…mmg xbleh lupe yg alom mmg minat giler ngan Mark Dacascos…igt lagi alom siap cari lg cara nak contact dia..pernah kan beremail ngan dia?? hmm…sy masih lagi mencari lelaki yg sesuai..xsemestinye sempurna tapi bleh melengkapi satu sama lain..dan yg penting agamanya…

  10. izyanty collection Avatar
    izyanty collection

    kita pun ada lelaki idaman gak,tapi sampai sekarang xdapat2 yang i nak…..huhuhu. yang xsuka banyak lak dapat heheh…

  11. Hanim Avatar

    haha… sy suka tajuk ni. sy pun tak terpk akn kawin sbb rasa x lawa. tp yusry is one of my dreamt guys…. heheh… tp bila dah jodoh, kita mmg tak sangka. Tak letrik2, jantung degup kencang2 pun takde. Yg pasti, kawin jd express smp kawan pun tekejut. Dpt suami yg sgt penyayang dan rasa dlm dunia ni, aku la yg paling bertuah… heheheh….
    .-= Hanim´s last blog ..Crocs dan Allah? =-.

  12. knv Avatar
    knv

    ah ah ah ah yusry kru? zaman tondan tu kan? hahahha?

    err.. lipat kain pun kena belajar ke? hahahha… bukan datang sendiri gitu? 😛
    .-= knv´s last blog ..pelbagai roti =-.

  13. masalifah Avatar

    oh, tidak ku sangka…begitu hebat imaginasi itu…
    .-= masalifah´s last blog ..Sukarelawan Malaysia dibebaskan.. =-.

  14. Fid Avatar

    oh sebab tu u reject si fahrin tu ya??kesian fahrin
    kalau dia dapat u mungkin dia takyah nangis2 wat statement erkk

    tapi i nak ngata u la
    u memang gataaaiii
    u tau dak walaupun i ada boyfren masa belom SPM i tak gatai mcm u hahaha
    walaupun boyfren i ajak i kawen b4 spm i tak bayangkan lg nak serumah ngan dia
    maklumlah rumah sukan pun lain lain walaupun setiap hari makan nasi sama kawah…

    erkkk
    .-= Fid´s last blog ..bag peragaan kakak minggu ni =-.

  15. mommy danish dan arissa Avatar
    mommy danish dan arissa

    Saya jua suka kan AJ (bsb) dan fahrin ahmad;p..heheh

  16. salzahari Avatar
    salzahari

    Yusry? hahaa…termasuk juga dlm senaraiku! Tapi time M.Nasir kematian isteri dulu, sebelum dia menikah dgn marlia Musa pwernah jgk angankan dia !! hhaha…serabai tapi rasa dia matang ..hhee,kendian dari adik ke abg lak — Norman KRU pun masuk senarai walaupun hidungnya besar dan kembang sbb rasa dia pun lebih bijak dan matang dari Yusry! ahahhaa…podaaah citt!

  17. Ealyie Avatar

    ai pon selalu berangankan si Yusry tuuu..*sob..sob..sob..* :p
    .-= Ealyie´s last blog ..Baby Baru =-.

  18. Asiah Abd Jalil Avatar

    Jodoh tu sangat misteri kan… Bila dah tua-tua ni, bila tengok kawan-kawan kita yang dah kahwin, terasa takjub juga dengan percaturan Allah. Ada yang macam nak rak bercinta zaman sekolah dulu, alih-alih dia kahwin dengan orang lain. Ada yang relax aje jadi single masa zaman sekolah, tiba-tiba dia yang kahwin dulu. Ada yang glamour gila masa zaman sekolah sampai boleh reject 3, 4 lelaki yang nak berkenalan dalam sebulan, tapi sampai sekarang jodoh dia masih belum sampai. Ada yang bertemu jodoh dengan suami orang, dengan cikgu sendiri, dengan kawan sekelas musuh ketat dia dulu… Sungguh jodoh itu sangat misteri!
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Benchmark =-.

  19. yan Avatar
    yan

    sebut pasal mark dacascos..dulu yan minat sgt ngan dia nie..dahlh org asian..huh..mmg dari segi fizikal mmg perfect guy..tp tuu..cuma jejaka idaman..bukan yang rasmi..apa nak wat..zaman kanak2..tgk org berlakon hemsem2..baru nak tgk movie..klu x..haram nak tgk..tp sampai skrg lom bertemu lagi..ntahlah..apa nak dikata..dah nak masuk hjg tahun…biarlah wat taktahu jek..yg ptg ade jdh adelah kawin..org dok sibuk2 tanya bila nak kawin..yg dicari xdpt lagi..sudahnya..biarlah jdh yg dtg cari kite lak..hehehe..

    p/s..wat ape nak peningkan otak2..yg ptg rancangan tuu ade..tp bl aku pun xtau agii..hanya tuhan yg mentakdirkannya…

  20. Naja Laa Avatar
    Naja Laa

    sukalaa sy bc cite akak ni… SENYUM je…:)

  21. IMAAA Avatar

    YES BETUL I SUKA PENDAPAT NI…
    SAYA PUN RASA PERLU CARI SUAMI YANG SAMA MACAM SAYA
    LEBIH BIJAK DARI SAYA
    YANG PENTING LEBIH BIJAK MENGURUS MASA DEPAN
    LAGI PTG LEBIH BAGUS DIA BIJAK MENGURUS DIRI SAYA….

  22. IMAAA Avatar

    TERIMA JODOH KITA SEADANYA… WALAUPUN JODOH KITA DGN SUAMI ORG…. ANGGAP JE SUMA JODOH YG ALLAH BERIKAN ADALAH YG TERBAIK UTK KITA…

  23. IMAAA Avatar

    TAPI SYA LEBIH TERTARIK PADA LELAKI YANG SUKA DUKUNG, LAYAN BABY….

  24. Syuhada Avatar
    Syuhada

    Terfikir2 juga siapa yang ditakdirkan jodoh ini…..tp jodoh ni perlu diusahakan dan dijaga sebaiknya.

    Matlamat no 1 kawin xnk cerai….biarlah bersama susah dan senang bersama didik anak2.

  25. zunairah Avatar

    masalah sya.. sya sukar nak dekat dgn lelaki n lelaki pula sukar nak mendekati sya. tu lah masalah sya.. mcam mna iya? sya risau diri sya mcam ni.. 🙁

  26. zunairah Avatar

    mcam mna sya nak selesaikn masalah sya nie..

  27. Raihanah Ahmad Avatar

    Tak perasan posting ni dulu. Kelakarla alom ni. Anyway you both look great together.

  28. efie Avatar

    Teringat dulu pernah tny mung cmane nk tau jodoh kita… hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge