Bila saya ke kedai buku dan tengok2 buku motivasi, tersenyum aje bila tengok buku2 motivasi tentang pelajar cemerlang. Mestilah ia tentang pelajar sekolah atau kolej/uni. Dah tua2 ni walau claim ‘I am a student of university of the world’ tapi still takkan survive macam pelajar2 sekolah tu.
Saya ni bukanlah cemerlang sangat masa sekolah dulu. Orang kata, cukup makan. Tapi seronok juga bila mak ayah tengok kita naik pentas tiap2 tahun terima hadiah cemerlang peperiksaan 🙂 Masa sekolah rendah dulu saya target nak basikal baru, hadiah dari sekolah untuk pelajar yang dapat 4A UPSR, tapi sayangnya masa tahun saya kami dapat jam Alba, tak de rezekila nak dapat basikal.
Teringat masa sekolah rendah, terkedek2 naik basikal ke sekolah.
Masuk sekolah menengah, lagilah teruk. Harusla kan, budak kampung masuk bandar. Memang jakun habis. Kerja saya tiap2 tahun ialah turun kelas. Malas belajar. Taknak masuk kelas no. 1 sebab taknak nanti kena belajar pasal orang lain semua rajin2. Boleh tak macam tu? AKhirnya masa tingkata 3 dapat hidayah, untuk ‘lari’ dari sekolah tu, kena dapat asrama penuh. Kalau tak mesti jatuh standard, daripada sekolah pilihan, balik sekolah kat kampung 😛
Syukur pada Allah tercapai gak impian nak duk asrama.Walaupun masa form 3 saya lari keluar asrama. Hehe. Kelakar sungguh. Tiba2 punggah kain baju balik rumah. Sampai dormate pun tak sedar saya hilang. Tau2 dah jadi pelajar harian. Tension kat asrama sebab tak dapat makan cikedis 😛
Form 4 & form 5 pun sama. Walapun duk kelas nombor 1 tapi tak semestinya pandai! Dahlatarget SPM cukup2 makan je. Padan muka kan akhirnya dapatle cukup makan…
Tentang tajuk di atas, cemana nak bagi tips cara jadi pelajar cemerlang sedangkan saya sendiri pun cukup2 makan je.
Tapi ape yang boleh saya kongsi sepanjang masa2 mendapat hidayah, antara cara menjadi pelajar cemerlang:
1. Letak target
Setiap kali peperiksaan saya nak nombor 1. Tapi masa sekolah rendah saya memang pandai pun 😛 Tak target pun memang nombor 1 punyalah!
Saya adalah pelajar yang lemah dalam Maths (tapi apsal jadi engineer??) dan ENglish. Tapi masa tingkatan 3, saya letak target yang Maths saya akan OK, begitu juga ENglish. Berani tu letak 9A 😀 Bila ada target, kita akan berusaha untuk capai target tu, walaupun agak impossible pada mulanya. Maths saya memang duk main di sekitar bulan sabit je, tapi kejayaan itu tiba jua semasa peperiksaan sebenar. 🙂
2. Tahu apa yang diperlukan untuk capai target
Kalau dah tahu tak pandai Maths tapi nak dapat A, pandai2 la cari jalan cemana nak realisasikan. Kalau setakat tulis dan tampal je, kucing pun boleh buat. Macam kita nak bawak kereta, kita kena start engine dia dulu. Kalau kita cuma duduk di seat driver dan berharap kereta itu bergerak akhirnya supaya kita dapat bawak… hmmm berkaratla…
3. Fahami target supaya kita tak tersasar
Nak dapat 9A kenapa? Nak dapat 4.0 kenapa? Tak penting pun ni, tapi penting di saat2 kita down. Katala tengah down, pastu malas nak pikir. Terus ingat “Ah lantaklah dapat berapa2 pun aku tak kisah dah?”. Tapi bila ada target tu kita cuba untuk perbaiki mana yang patut, dan setiap kali kita jatuh tu kita anggap as motivasi.
4. Hubungan baik dengan guru
Penting ni woo. Tak berkat ilmu nanti. Kalau ye pun belakang mengata, depan2 mesti mulut manis.Hehe. Kang kene sumpah dengan cikgu terus tak jadi apa. Eh, saya memang respek sama cikgu. Tak penah nak lawan2 cikgu. Long term effect tuh. Kang besok2 kita jadi cikgu anak murid taknak dengar langsung cakap kita (eh bukan mmg camtu ke?).
5. Hubungan baik dengan ibu bapa
Doa mereka.. restu mereka… Tapi haruslah belajar rajin2 utk mereka jugak kan? Kena hormat dan sayang mak ayah, jangan sampai mak kata “Pegi mamp*s sama kau?” ha… nanti betul2 merana hidup.Naudzubillah.
6. Menjaga amalan
Amalan ni termasuklah amalan spiritual dan amalan akademik. Nak pandai kena la rajin belajar, rajin ulangkaji, rajin baca buku.. dan yang utama ialah menjaga solat, jauhi maksiat dan sebagainya. Ada pulak yang kata “EH dia tu tak solat pun tapi pandai juga. Dia ni rajin solat tapi tak pandai pun” Wallahuaklam bissawab. Little that we know apa yang Allah sediakan untuk setiap kita. Tapi sunnatullah kalo nak berjaya kena laa usaha beb.
7. Berdoa
Usaha dah, belajar dah, buat ulangkaji hari, tapi lupa nak berdoa. Ini sama la macam budak nak amik gula2 dalam almari berkunci.. macam2 la dibuatnya untuk amiq gula2 tu. Tapi.. kunci tak mintak. Appara.
Apa lagi ye? Apa kata kita tunggu komentator yang semestinya ada banyak tips untuk dikongsikan 🙂
Leave a Reply