Bagaimana Mengelakkan Dari Menjadi Mangsa Cyber

admin Avatar

Last week lin mesej GTalk (kebetulan saya tengah check email di GMail) dan bertanya adakah saya dah baca blog dia hari tu. Saya kata saya tak baca blog kalau di ofis. Maklumlah saya ni pekerja yang dedikasi 😀 (Sebenarnya saya takut kantoi dengan bos. Eh takdelah.. Saya tak sempat nak layan blog sebab busy ‘study’.)Lin mintak saya baca dan beri pendapat. Saya tanya apa halnya? Lin kata baca je la nanti. Saya kata OK nanti saya baca.

Balik rumah, saya pun terus bukak blog beliau. Oh rupanya tentang isi blog beliau yang diplagiat.

Sekarang2 ni macam ada trend pulak plagiat content, curi gambar dan lagi best terus ambik blog seseorang, tuka sikit2 URL dan Title pastu jadikan blog dia. Dengan gamba2, content2 semua dia sapu.

Sepanjang saya bergiat dalam dunia cyber ni, ini lah hakikat yang kita kena telan.

Penjenayah cyber could be anyone.

Sebab itu dalam berblog ke, apa2 ke, bagi saya kita sendiri yang kena letak limitation dan bina sekuriti sendiri. Mana ada cyber police kan.

Ini adalah pendapat saya secara general, bukan berpusat pada Lin seorang. Mulanya saya rasa nak tulis kat comment box entry Lin tu tapi saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan semua.

1. Blog ni macam rumah. Rumah adalah tempat kita tinggal, berlindung, safe and sound. Dalam rumah, kita buat macam2 benda yang kita tak buat di luar. Kita tidur tertonggeng ke, kita tak buat benda tu di shopping mall kan? Kita tengok TV dari pagi sampai malam ke, kita tak buat kat rumah orang kan. Sebab ia macam rumah, ia mencerminkan peribadi kita. So kena la jaga2, rumah kita selain kemas dan cantik, kita juga jaga rumah kita dari anasir luar. Sebelum tulis blog kita patut dah tahu tentang benda2 entah apa2 kat alam cyber ni. Macam kita nak buat rumah, kita dah tahu apa benda kena ada untuk protect rumah kita. Tak ada orang yang, hanya lepas rumah masuk pencuri baru ggaduh nak pasang kunci pintu.

2. Kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai. Kalau takut isi blog/hal2 diri kita diperkotak-katikkan, jangan terlalu banyak expose kan diri sendiri/perkara peribadi dalam blog. We never know who else yang baca blog kita. Ada orang baca sekadar hiburan, ada yang baca dengan niat baik, ada yang baca dengan perasaan iri, etc. Kalau rumah kita pun kita letak pagar, grill bagai. Blog kita pun, don’t be too open. Lain la kalau kita tak kisah dengan semua tu. Kalau kita kisah, awal2 lagi should take preventive steps.

3. Walaupun kita rasa “Blog aku suka hati aku la nak tulis apa”, tapi orang lain yang baca blog kita tu ada macam2 jenis orang. Dia pun suka hati dia la nak buat apa kan. Kita tak boleh expect semua orang akan respect kita. Imagine kalau kita tak tutup pintu rumah, pagar semua terkangkang je. Pastu kita bila orang tegur “Apsal ko tak tutup pintu”, kita jawab “Rumah aku suka hati aku la!”. Pastu kalau masuk pencuri ke, or tiba2 ada orang datang hijack rumah kita, adakah salah orang tu atau salah kita yang membuka pintu seluas-luasnya?

4. Bertapis2 lah dalam menulis. Ramai orang jadikan blog sebagai online diari. Sampai size baju dalam pun nak cerita. Tak kisahlah kan, tapi in future we’ll never know apa akan jadi, siapa kita akan jadi, siapa kawan kita, siapa musuh kita. Dibuatnya kita masa tu jadi somebody, pastu ada orang dengki nak jatuhkan kita, tak payah nak fitnah pelik2, korek blog entry lama2 terjumpa cerita2 yang memalukan. Siapa yang susah kan kalau macam tu.

5. Tingkatkan security blog seperti disable right klik dan sebagainya. Melainkan orang tu tabah lagi sabar nak taip balik or copy gambar pakai Snag It atau Grab.

6. To become Anonymous ataupun ‘tiada dalam gambar’ selamanya. Contoh macam blog Mrs Noba dan M-I-O, (sekadar menyebut beberapa nama), sampai sekarang saya tak tahu rupa paras mereka.

7. Tak payahla nak kejar2 glamour kalau rasa kita susah nak ‘pegang’ title tu. Ada orang dia tak kisah (bukan la tak kisah tapi malas nak layan) kalau blog diplagiat. Mungkin ucapkan terima kasih sebab itu menandakan blog mereka sangat popular sampai ada yang ‘nak jadi macam mereka’ atau mempunyai peminat tahap fanatik. Kalau kita rasa kita cuma biasa2 aje, dan keluarga kita perlu dilindungi, lindungilah mereka. Tak salah nak kongsi gambar atau cerita atau apa-apa saja dengan kawan2, tapi bila kita tulis blog ni maknanya kita kongsi dengan semua orang. Kecuali kalau kita hanya buka untuk invited reader. Kalau rasa blog kita hanya untuk orang2 tertentu, buka hanya pada orang2 itu aje.

Walau bagaimanapun, hakcipta terpelihara ni amat penting terutama bagi blog yang menjana mendapatan bagi pemiliknya. Blog yang mempunyai content yang tidak original (copycat) atau yang tidak unik (banyak blog yang ada content sama) akan membuatkan blog itu tidak menepati SEO (search engine optimization) dan menjatuhkan ranking di search engine. Jadi, perancangan yang rapi adalah penting agar blog yang menjadi aset kepada kita tidak diplagiat.

So, bolehkah kita mengesan kalau ada sesiapa yang copy isi blog kita? Ya memang boleh. Boleh gunakan CopyScape, CopyGator, Plagium, dan sebagainya. Mereka ni akan beritahu pada kita sekiranya terdapat blog lain yang sama isinya dengan blog kita.

Kepada para plagiat writer, kok ye pun takde kerja, carila kerja. Jadi freelance writer ke, translator ke, designer ke… dapat gak duit 🙂

Tagged in :

admin Avatar

15 responses to “Bagaimana Mengelakkan Dari Menjadi Mangsa Cyber”

  1. Mama-Miya Avatar

    great tips. slalu wonder about these things.
    .-= Mama-Miya´s last blog ..Miya & Kipas =-.

  2. zuhaini Avatar

    oh, saya setuju number 2! sometimes mmg kena tgk dulu ap yg nak dikongsi di blog.. ahaha..

    **yang right disable tu saya pernah buat, tapi last2 saya balik yg susah.. huhu.. so saya remove jer.. 🙂

  3. FF Avatar
    FF

    mocik, ku setuju. elakkan cerita sgt hal keluarga dan peribadi spt di nursery mana tinggal anak, dimana kita kerja atau atau apa2 yang boleh mendatangkan bahaya. sekali sekala ok kot. kdg2 kita syok nak menulis tentang hal keluarga, tapi risau benda lain yang jadi. ada pernah jadi satu kes dimana dia selalu cerita tentang apa anak dia suka makan, then ada org jahat ni tunggu di sekolah (emaknye toke emas) bwk makanan yang budak tu suka & tunggu masa rehat. nasibla budak ni bijak and lari masuk dlm bilik guru. i dun agree with “blog aku, suka hatila nak tulis ape”, perlu tapis2 supaya tak memudaratkan diri sendiri. lagi satu, jgn gunakan blog untuk mengutuk orang, mencerca org kerana ianya melambangkan keperibadian penulis itu sendiri. bukan cover atau filter, tp eloklah cerita yang baik2 saje. yang menyakitkan hati tulis dalam diari lebih elok, kan? elakkan menjadi sumpah seranah org sbb ianya doa.
    apapun, saya suka baca blog ibu2! 😉

  4. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    thanks kpngsi gano nok tahu ado ore ocpy blog kito ke dop tuh..baru tau. 🙂
    .-= yatie chomeyl´s last blog ..MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE =-.

  5. arin Avatar

    great tips mommy lyna!
    .-= arin´s last blog ..Breastfeeding & Co-Sleeping =-.

  6. mama emma® Avatar

    #7 tu mcm akak je.. haha.. akak ttunggu gak kot2 ada org plagiat blog akak, tp nan ado.. haha…

    maknanya akak x famous la tu.. hehe…

    sorry la komen merapu.. otak tepu nie…
    .-= mama emma®´s last blog ..– TEASER – =-.

  7. akak su Avatar

    tq so much…info yang bagus…memang betul, akak pun kengkadang lupa…plan asal dulu tak nak tunjukkan diri…nak stori pasal anak2 dan kehidupan disekeliling…cuma kdg2 tu rasa gedik nak letak gambar seniri…memang bahaya kalo terlalu byk bercerita pasal hal peribodi…peringatan utk kita semua…tak semua org berniat baik…sesetengah tu ada udang disebalik mee…..harap2 blog kita semua ok tanpa ada sebrg gangguan merbahaya…takutttt
    .-= akak su´s last blog ..Konvo Ratu Kesayangan =-.

  8. fid Avatar

    rasa macam nak try cek tgk la..kahkahkah
    .-= fid´s last blog ..Bahang Ravina =-.

  9. ummu masyitah Avatar

    Salam,terima kasih ya.
    .-= ummu masyitah´s last blog ..PJJ =-.

  10. Zaila Avatar

    Owh, thanks for sharing!!! Saya pun setuju dengan semua pendapat Lina di atas!! Owh, kadang2 terover excited juga bila bercerita tapi bila fikir balik, nak kena tapis2 juga pasal kita tak tahu kan niat orang yang membaca blog kita, ada yang boleh terima benda itu secara baik tapi ada juga yang terimanya dengan penuh iri hati..pendek kata, manusia ni Allah telah ciptakan dengan pelbagai watak & perangai so kalau nak selamat, kita kenalah bina benteng keselamatan kita sendiri..huhuhuhu..nak masuk website copyscape lah kejap;P
    .-= Zaila´s last blog ..~~Hari Ahad Yang Penuhkan Perut~~ =-.

  11. nieda Avatar
    nieda

    info yg sangat menarik..thanks for sharing..mmg dkt malaysia ni plagiat sukar dikenakan tindakan. Tidak seperti di UK contohnya, hatta nak fotostat satu buku mmg tidak dibenarkan. Mereka sangat2 menjaga hak copyright..
    Alam siber ni lagi senang orang nak plagiat, jadi kita sebagai owner kena lah berpada2 dgn isu yang ditulis.

  12. lin Avatar

    alhamdulillah…2 org blogger tu dh removed gambar sya..
    actually,dia nk amik cth cara saya pakai tudung..tapi dia google gambar sya tu dr googlesearch..adala keyword tertentu yg dia type and terus jumpa gamba sya dlu.terus dia amik gamba sya tu tanpa minta kebenaran sya…
    entry yg dia buat tu actually nk kutuk tok guru nik aziz. -blogger politik dia ni..
    tak patutla mcmtu…thanks mommy lyna share pkr ni..spy takde yg terima nasib yg sama cm sya.sya taktaula if entry sya selama ni dlm blog ada buatkan mana2 pihak terasa hati ke..pasni mmg kena bertapisla apa yg ditulis.

  13. Hanz Avatar

    nak tengok jugaklah sebab perasan femes! wakakakaka!!!
    .-= Hanz´s last blog ..AliceWonders.com "Find The White Rabbit" Party =-.

  14. nadnye Avatar

    macam-macam la nie…kene tgk balik apa cerita mau tulis,
    .-= nadnye´s last blog ..Perlu ke membayar lebih untuk pendidikan anak anda? =-.

  15. Hanis Avatar

    nice tips lyna..thanks for sharing..
    .-= Hanis´s last blog .."How can i get more rest,please?" ask a mama =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge