Apa Yang Tidak Boleh Dibawa ke Australia dan New Zealand

admin Avatar

Australia dan New Zealand ni sangat strict bab-bab nak bawa benda ke dalam negara mereka, terutama makanan. Untungnya kami pegi mana-mana memang tak bawa bekalan, jadi takdelah risau pun tentang rules ni. Terkena juga di airport Queenstown sebab bawa Performance Drink dan ESP, tapi lepas explain yang semua tu adalah supplement, maka diorang benarkan bawa keluar. (sampai rosak beg kena rentap dengan pakcik kastam tu).

Makanan yang  boleh dibawa masuk ke Australia & New Zealand?

  • Mi segera
  • Nasi/bubur nasi segera
  • Ikan bilis yang dalam paket
  • Rempah-ratus dalam paket (serbuk)
  • Bihun
  • Ubat-ubatan (kalau yang terkawal sebaiknya ada bukti doktor prescribe)
  • Susu formula bayi (kena ada bayi bersama-sama)

Makanan yang tak boleh dibawa masuk ke Australia & New Zealand?

  • Hasil tenusu
  • Sebarang minuman/makanan yang mengandungi susu, misalnya minuman 3 in 1
  • Sebarang makanan yang berasaskan/mengandungi telur
  • Sebarang makanan yang berasaskan/mengandungi daging/ayam
  • Buah-buahan
  • Daging/ayam

Yang boleh dibawa masuk perlu diisytihar, declare dalam borang ketibaan. Make sure baca betul2 jangan main tick je.

BORANG KETIBAAN AUSTRALIA
Kad ketibaan Australia
Kad ketibaan New Zealand
Kad ketibaan New Zealand

Kegagalan untuk declare bermakna denda atau penjara!

Tak boleh nak sorok-sorok ye sebab diorang akan scan, dan buka semua beg.

Kalau lupa nak declare atau tak pasti, buang je dalam tong sampah sebelum sampai ke tempat scan-scan tu.

Nanti kena lah lalu di lorong ‘Goods to Declare’ sekiranya ada benda yang perlu diisytihar. Agak panjang kena beratur sebab setiap orang kena buka beg kasi tunjuk pada orang kastam tu. Jadi, masa packing barang tu kategorikan siap-siap benda-benda yang perlu declare (rujuk kat ketibaan di atas) dan labelkan cantik-cantik. Bila nak kena tunjuk kat diorang tu just keluarkan dan tak kacau barang-barang lain.

Harap entry ni dapat membantu anda yang sedang merancang nak ke negara Koala dan Kiwi tu ye.

Selamat bermusafir ke Australia dan New Zealand!

admin Avatar

3 responses to “Apa Yang Tidak Boleh Dibawa ke Australia dan New Zealand”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    Memang strict sikit Ozie and NZ ni bab2 makanan. Sebab diorg just nak lindungi produk keluaran mereka. Dulu ingat takleh bawak Maggi, rupanya boleh ya.

  2. Amyz Avatar

    Wow! Kena print entri ni sebagai panduan. Senang nak pergi nanti – sebab NZ ni salah satu tempat impian nak jejak kaki. 🙂

  3. […] Apa Yang Tidak Boleh Dibawa ke Australia dan New Zealand […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge