Apa tu PPSMBI? Sapa Tahu Angkat Tangan

admin Avatar

I’m not gonna write about PPSMBI 😀 *Entry ni merapu*

Sebenarnya, kalau diikut perasaan malu dan segan, memang tidak lah mahu menulis dalam Bahasa Inggeris. Tapi disebabkan tidak malu, maka tulislah saja walaupun tunggang terbalik. Who cares kan? Bukannya ujian BI pun 😛

Bercakap soal bahasa, I’ve no comment. Bahasa adalah satu medium untuk berkomunikasi. Pakai sajalah bahasa apa pun asalkan maksudnya sampai. Takde maknanya kalo pakai bahasa canggih-canggih tapi orang tak faham.

Sebab tu saya tak kisah tulis BI broken habis, sebab standard orang Melayu Malaysia, 98.99% boleh faham bahasa broken. Tapi kalau mat saleh yang baca, samada beliau gelak atau garu kepala sebab tak faham.

Mungkin saya tak sensitif sangat soal bahasa sebab saya bukan seorang sasterawan mahupun aktivis bahasa. Tapi saya suka salah satu cabang dalam variasi bahasa ni :dialek.

Sebagai seorang anak Kelantan yang cuma keluar dari negeri itu pada usia 18 tahun, penguasaan saya terhadap bahasa/dialek lain selain dialek Kelantan amatlah lemah. BI tak usah cakaplah, sampai hari ni pun masih tergagap-gagap. Tapi berbekalkan pesanan cikgu saya masa sekolah menengah (cikgu mana saya pun tak ingat la :D), kata beliau “Untuk mahir berbahasa Inggeris, kamu kena cakap BI. Tak apa lah broken pun, orang bukan kisah, janji kamu yakin”. Dari itu, saya memang berkeyakinan sampailah ke hari ini.

5 tahun belajar di negeri Perak, satu habuk dialek Perak saya tak tahu. Pernah sekali kami pergi berurut di rumah sorang Makcik Perak sejati. Mintak mahap la Makcik, saya tak paham sepatah hagham apa yang Makcik cakap. Saya cuma tumpang gelak masa Makcik gelak je. Dengan tanggapan bahawa Makcik sedang membuat lawak.

Tapi yang bestnya, bila kenalkan diri sebagai “asal Kelantan” orang akan cakap “Yeke? Tak bunyi pun Kelantan”. Nanti dulu… ada tambahan lagi “Tapi kalo ko speaking memang hancus. Tak bole cover dah ko orang Kelantan”. Duh!

Sebenarnya tu adalah kesan sampingan daripada menggelakkan lecturer yang speaking ala Kelantanglish masa first year. Padan muka, derhaka kat cikgu, terus dapat balasan. Tapi dalam speaking Kelantanglish tu pun, dapat jugak pujian markah penuh masa presentation Final Year Project. Tak sangka pulak juri jemputan (seorang Singh) yang datang tu siap bagi tepukan gemuruh lagi, Ke nak amik ati je? Hahahaha.

Sekarang diam di Sarawak, sik banyak, sikit tauk juak kamek kelaka sitok. Kalau orang Sarawak gelak ramai-ramai boleh juak agak sikit-sikit hehehe. (Rosak bahasa Sarawak…).

Satu lagi bahasa nak kena belajar ialah Bahasa Jawa. Tapi kok tak faham ape-ape lagilaaa. Adus.

Sayang sebenarnya kalau ‘kehilangan’ dialek-dialek tu. Especially dialek Kelantan (mestilah, negeri I OK!) Walaupun tak standard, tapi tu la asal usul kita. Sekarang pun, banyak dah dialek Kelantan yang dimodenkan. Kadang-kadang kalau borak dengan generasi 80 tahun ke atas, memang takleh ikut vocab & tone mereka.

Uniknya dialek Kelantan ni, sebab ia bervariasi dari satu zaman ke zaman lain, dan satu tempat dengan tempat lain. Bahasa orang tua dan orang muda tak sama. Alah, samala bahasa KL pun, mana sama bahasa orang tua & orang muda. Dan kalau perasan (tak ramai yang perasan), dialek di setiap jajahan (daerah di Kelantan dipanggil jajahan. Hebat tak? Penjajah semua tu) semuanya berbeza. Dialek Pasir Mas dengan Bachok tak sama, begitu juga dengan dialek KB, Pasir Puteh, Tanah Merah dan sebagainya.

Kampung Kadok pun ada keunikan tersendiri. Kalau orang kata, orang Kelantan malas bercakap, buang2 huruf, macam jalan jadi jale, makan jadi make, tapi orang Kadok lagi malas. Benda perkataan –NG yang tempat lain pakai pun kami tak pakai. Jimat air liur. Contohnya, kapong jadi kapo, Along jadi Alo, jagung jadi jago, tulong jadi tulo dan sebagainya.

Kalau anda orang Kelantan, cuba perati, ‘irama-irama’ di daerah berlainan pun lain bunyinya.

Sekarang kami kat rumah cakap bahasa Melayu pasar je lah. Cakap Kelantan kadang-kadang kalau balik sana atau family sana datang. Cakap Indon=Bibik. Budak-budak ni patut boleh mahir or at least tahu beberapa bahasa dan dialek : BM (wajiblah ni, takkan nak cakap Bahasa Jepun pulak), BI, dialek Kelantan, Bahasa Jawa, Bahasa Arab dan Bahasa Indonessia. 😀 Tapi sayangnya derang (setakat ni) cuma mendengar BM, BI (sepatah dua) dan Bahasa Indon je.

Sebut pasal BI, walaupun tak mahir tapi kira boleh tahan jugaklah kot, sebab lepas juga interview masuk Uni, dapat scholarship & kerja (Riakkkk!!!). Jadi rasanya takde masalah pun kalau tak pandai BI untuk layak masuk ke Uni berprestij dan bekerja dengan syarikat yang masuk dalam list Fortune 500, asalkan bijak dan bergaya (Hahahaha). Betul kan? Kalau speaking berabuk tapi bangang, sapa nak amik kerja, kan?

Jadi, tak kisahlah pelajaran di sekolah diajar dalam bahasa isyarat sekalipun, kalau rajin usaha, rajin belajar, pasti berjaya.

(Wah tiba-tiba dapat conclusion macam tu pulak).

admin Avatar

27 responses to “Apa tu PPSMBI? Sapa Tahu Angkat Tangan”

  1. salzahari Avatar
    salzahari

    i setuju..yg penting confidence and dare to try. broken2 lah janji cuba jgk :p Ni bangkang terus,mana anak2 nak maju? bknlah nak banggakan BI ke bhs ape pun, tak rugi kalau tahu byk bhs..tp jgn sampai lupa bhs ibunda sendiri, BM dan loghat negeri asal.buat malu je kalo camtu!

    ya betul2 hehe.
    i kalo bole nak belajar banyak bahasa… tp nmpak gaya kena pegi kelas la ni. hehehe. (ada orng nak sponsor tak?)

  2. mirah Avatar

    Lyna, slm mirah sempat bincang dgn seorang lecturer sejarah di sini. Asalnya org kelantan. Dan seperti dijangka dia memang bantah PPSMI ni. Antara point yg diutarakan ialah akan hilangnya jatidiri anak bangsa bila belajar dlm bahasa asing. kerana, katanya pemimpin tidak hanya melihat bahasa asing itu sebagai tujuan pembelajaran tetapi juga mengangkat budaya asing ke dalam gaya hidup masyarakat.

    Mkasudnya, pada umur 7-17 thn itu perlunya perkayakan bahasa ibunda dahulu, kemudian bila dh masuk uni tak pelah nak belajar bhs lain menmgikut arus lah kan.

    Pd pandangan saya melalui pembacaan juga, pembelajaran pd peringkat usia sebegitu patut dlm bahasa ibunda agar konsep pemahamannya blh dibina. Jika seorang pelajar itu sudah faham konsep apa yg dia belajar (kan waktu sekolah ni kita byk belajar perkara asas yg nanti akan menjadi cabang subjek bila masuk ini, kn, nanti bila masuk iniv, walaupun blajar dlm bhs asing, akan mudah difahami sebab konsep awal dah faham. Jika melihat negara asing lain baik jerman, china, jepun, UAE, europe dan lain-lain lagi, mereka semua belajar dalam bahasa ibunda mereka, kemudian baru lah di peringkat lebih tinggi baru ada percambahan bahasa mengikut keperluan lah kan.

    namun, apa yang saya terkesan ialah soal jatidiri tadi. Pembinaan tamadun bangsa itu bukan mengambil masa satu atau dua tahun tapi berpuluh tahun juga mungkin ratusan tahun. Jika kita tidak kekalkan kemelayuan kita, bagaimana ingin membina tamadun bangsa melayu yang unggul akan datang?.

    Heheh maaf lyna terpanjang pula, mcm tulis di blog sendiri pula.

    pada pendapat saya, ada baiknya benda ni dibuat. sebabnye, sekarang kita tahu ramai orang memperjuangkan BM. harap2 nanti ada la yg sarankan kat TV tu supaya cakap BM standard je.
    skg kalo tengok muvi2 melayu semua dah pakai bahasa pasar. kalo bukan media yg mulakan, kat mana lagi kita nak prektik BM? kalo nak baca buku, baca paper, skg orang lagi suka baca blog kot hehe (saya tak baca paper sebab mahal).

  3. mamadanish Avatar
    mamadanish

    Hahaha..tak paham la..
    so kena angkat apa ye?kah kah kah kah kah!!
    Apa pun keputusannya,semoga semua anak-anak kita berjaya..aminnn

    kita cuma ibarat mentimun.. deme durian…
    kita ni, digelek gula, menggelek pun luka.
    kalo nak lanyak2 pun kena tunggu durian tu jadi tempoyak dulu.
    huhu.

  4. rumiza.rashid Avatar

    salam akak, teruja nyah jumpe org kelantan.sll follow akaknyer cerita tp xpenah drop comment.

    saya pun perasan dialek kelantan kat lain jajahan lain bunyinya.kdg2 kite org ktan sndr pun xdpt nak tangkap.hahah tangkap gitu!

    dan adakah akak kenal akan nasik tupe?

    bukan setakat bahasa, makanan pun lain2.dah mcm masuk negeri lain.sesuai sgt dipanggil jajahan.

    saya skrg tgh menulis tesis phd dalam bahasa melayu.bukan sbb saya amik course bahasa melayu tp sbb bljr kat ukm.dan saya perasan bi saya dah makin teruk.tp i tak kisah nyah!

    btw akak dulu sek men kat mane?

    salam nyah!

    wah daku pun turut teruja jua!

    nasik tupe? oh itu feveret kawe! 😀

    kade2 kalu duk rama2 nger generasi lah katah, mok, nenek, nye… pakat duk bbual pasal evolusi bahaso. hehe. pahtu tubek la istilah2 huk dop rajing ddenga.

    btw, mulo ambo sekoloh naim, pahtu sainh mache. hehe. demo?

  5. kaknon Avatar
    kaknon

    hang ni sokmo buat akak gelak tau! 😛

    saya ni arap tak masuk Raja Lawak je. kalo tak.. semua2 tu takleh cari makan dah. muahahahaha.

  6. mama emma Avatar

    uik!!!! akak setuju sgt tau PPSMI nih!!! dah la english akak lobang sana sini… kang kalau anak(2) akak x pandai english, sure org pandang rendah… mcm akak nie la…. segan je nak karang entry dlm bahasa melayu, tp belasah je la.. janji smp msg…

    huh.. suddenly my blood go upstairs!!!

    saya sentiasa menyokong dasar kerajaan!

  7. qay Avatar
    qay

    lyna,kat umah ni, i ckp kedah..abahnya pun ckp utagha gak sb lama dok penang n i tak reti ckp klntan sgt..phm..bila g ngurut ngan bidan, dia ckp mmg tak dpt tgkp sume..dia gelak..i pun gelak…hahaha…

    dah 3 thun di Kb bole la kecek kelate skit2..but bunyi nya lawak la…hahaha..anak?taktahu la boleh ke idak nok kecek kelatenye..dah opahnya ( yang org Perak kwen ngan org kelntn ) pun ckp luar ngan cucu nya..bis tuh…camna la ank i yg ic klntan nak pndi ckp kelntn eh..hahahaha…abahnya cuma ckp klntan bila marah aja..tp jd nak tgelak lak..bkn jd serius dgr..hahaha..

    papapun..msti pning ank i nnti…ada sorg anak Doc indon yang buat mster kat sini, anak dia siap ckp klntn lg tuh..lama sgt dok sini..tak bnyi indon lgsg..ahahah..lg lawak

  8. Millie Avatar

    Kelakar sungguh post ni..tergelak sorang2 (sambil BF-kan baby) bila baca “kapo, tulo, Alo”..hee hee teringat kalau balik Ganu (my hubby is from there).

    My father is from N. Sembilan. Tapi dia tak cakap nogori kat rumah masa kita membesar, so skrg we all tak tahu cakap, nyampuk2 boleh le.
    My mother is from Kajang. Takde dialek hee hee..
    My friends during uni days were mostly Indonesians from Jakarta. So dulu2 I ngigau in Indonesian pun pernah haa haa..
    My husband pun tak cakap ganu kat rumah. Tapi bila balik “kapuung” dia start lah. Dulu2 I belajar kat ITM Dungun. So sikit2 boleh la cakap “dungung”.

    Pada pendapat I, English sangat penting sebab tu bahasa antarabangsa. Tapi BM mesti mahir juga, bahasa ibunda! I used to speak only english to my firstborn..hasilnya dia tak mahir BM sampai dlm 4 tahun. Lepas tu I kasi tengok astro ceria, nahhh, sekarang BM dia ok 🙂

  9. sya Avatar

    saya nak angkat tangan! 😛

    setuju dengan lina, kalau english cakap berhabuk, tapi otak kosong pun tak guna juga. suka sangat tengok dokumentari, beria2 orang putih tu interview engineer jepun, diorang relaks je guna bahasa jepun. bila nak ada dokumentari yang ada guna bahasa melayu pulak ye?

  10. Da Avatar

    sebenarnya ngajar Math dan Sains dalam BI membuatkan budak2 tak paham apa sebenarnya yang nak diajar tu..konsep dan teori tu…padahal benda tu kena paham asasnya..kalau dah perkataan BI tu pun tak paham, macamana nak paham subjek tu..kalau nak terrer BI, pertingkatkan pengajaran BI, bukan mengajar subjek2 lain dalam BI…lagi merumitkan adalah…
    hehehehe..teremosional..kesian kat budak2 luar bandar sebenarnya..disebabkan mengajar dalam BI, habis hancur subjek Math dan Sains diorang…

  11. fid Avatar

    i hanya mampu gelak sahaja…

  12. ummuahmads Avatar
    ummuahmads

    PPSMBI diperkenalkan dgn harapan meningkatkan penguasaan subjek sains & maths kerana berpendapat subjek tersebut bersumber drp BI. Maka KALAU BI yg meningkat, bukanlah itu tujuan asalnya,… tu manfaat sampingan je…manfaat pd subjek maths & sains yg perlu diperhatikan.

    rumiza.rashid,

    saya belajar sejak a-level hingga uni semua dlm bahasa inggeris, malah belajar diluar negara, dgn segala macam accent & english british yg standard. Ketika saya buat phd di UKM, saya pd mulanya agak sukar sebab kena tulis thesis dlm BM, memandangkan semua jurnal juga drp luar negara… Tapi, disitu lah saya mula belajar keindahan bahasa melayu…. dan ia amat menyedarkan saya bahawa bahasa melayu sgt kaya dgn vocab, serta sebenarnya hanya dgn bahasa itu, bangsa melayu (yg memang menggunakan BM sejak lahir) boleh memahami subjeck sains & teknologi dgn sedalam-dalamnya, jauh lebih baik drp mempelajarinya dlm BI.

    Tiba-tiba, ada mereka yg sejak sekolah hingga uni belajar di IPTA msia, ada yg dgn bangganya membangkang & mengutuk kenapa thesis kena guna BM semasa saya di UKM. Saya sgt malu dgn bangsa saya yg tidak ada jatidiri… Jika dia seorang yg berkebolehan & memang pandai, pd peringkat phd, tidak ada sebab utk tidak boleh menulis dlm BM. Jika gagal menguasai bhs ibunda dgn baik, jgn berangan utk menguasai bhs asing. Walaupun saya menulis thesis dlm BM, journal paper yg ditulis dlm BI, tetap mampu diterbitkan di dlm international journal yg ternama. Yg penting kandungannya dan cara pemikiran kita….

    ps: suami saya sejak lepas spm dah fly ke UK, tapi boleh juga tulis thesis masters dlm BM di UKM, kini PHD di London. Insya Allah bahasa tu tetap ok, asal kita tahu mana nak letak kat mana nak guna.

  13. ummuahmads Avatar
    ummuahmads

    Tambahan sikit, saya buat phd dlm kejuruteraan, dan hanya mengambil tempoh selama 2.5 years utk submit thesis…. bukan nak menunjuk, tapi sekadar nak bagi semangat pd rumiza…. ;))

  14. YONG Avatar

    wei laa..nyo sipol lagu tu ko dio..oh mek lo..(kecek kadok etek eh)

  15. farah Avatar
    farah

    lina,meme sunggoh pong bahaso kelate ni unik,
    maso dok sek naim dulu,ma k.farah suko sokmo kalu time kita balik hujung minggu sbb ada sokmo perkataan baru.ma kata ni mesti saing ngan org tanah merahla,oghe machela hehehehehe.
    k.farah paling ingat satu perkataan ni sokmo timbul pertikaian masa zame sekoloh dulu: sengeling@semeling = sengaja
    alaah koto baru sebut sengeling tapi pasir mah lah katah sebut semeling,ingat dok badi suko,badi tegok sapo betul.hehehehhe.
    so lagi, peleting = straw.tau pon sbb bercampur2 dr saing2 laing2 jajahae.heheheeh.
    owh oghe lah ko kampung kadok ko kecek jenis tak sudoh gitu???kahkahkah

  16. laila Avatar

    hohohoh.. lawok sungguh!! (bhs melayu n inggeris demo sedap dibaco!<–bukan nk mengampu,ikhlas ni..:))
    sy oghe besut tp keccek kelate.(oghe besut meme keccek kelate pung ke’)
    tp vocab kelate ambo tok power mace oghe kelate laaa wpun ambo membesar kat kelate dr kecik sapa 6 tahung. tp ambo nikkoh nge oghe kelate. vocab terbaru sejak nikkoh..
    -nasik tupe
    -solok ike’
    -ike’ budu….<– sebelum ni ambo tok kenal/tak tahu kewujude’ makene’2 nih
    yo ko? toktau pung oghe kadok keccek lagu tu… harus ambo tok pehe..

  17. mama khai Avatar
    mama khai

    Isu mengenai PPSMI lebih kepada isu pemahaman pelajar terhadap ilmu Matematik dan Sains..sila baca link ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam

    http://www.nurulizzah.com/site/2009/03/03/bm_dalam_sains_realistik/

  18. AF Avatar
    AF

    Fahry sedang dirawat di hosp kerana pneumonia. Bersama kita doakan kesihatannya.

  19. naihusna Avatar
    naihusna

    rugi gak kan alom…5 thn dok blaja kt perak dulu xblaja dialek perak…tulah gunanya blaja jauh2..bleh kenal dialek org…sy ni lglah..namanye lahir kt phg…sepatah haram pon xreti nk ckp dialek phg..hehehe

  20. puteri_islah Avatar
    puteri_islah

    bukan kita anti- bahsa inggeris, kita sokong inggeris perlu dikuasai oleh pelajar2 sekolah, tapi bukan melalui subjek Mtahs & sains. kalau nak perbaiki penguasaan BI, patutnya sukatan pelajaran BI , cara pembelajaran tu kena lah ‘fun & enjoy’.
    dan lagi, bukan guna BI sbg medium ajar Maths & sains, sbb utk yg peringkat anak2 kecil, yg bertutur, berfikir dlm BM.

    yg nak pentingkan kat sini, mcmmana nak sampaikan benda asas atau ‘fundamental’ pasal sains & maths kpd anak2 kecik ni, kalau english dia pun xphm.. dua kali pening. nak bagnkn tamadun, anak2 ni harus menguasai ilmu ni dgn baik, (ya, semestinya ilmu agama yg utama)

    apa jaminan kita, pandai english semestinya pandai maths & sains?
    apa pilihan kita.. pandai english, tapi xpandai mats & sains.
    tengok mcm filipina, brunei, rakyat dia terror ckp english (bukan bahsa rasmi), belajar maths & sains dalam english.. tapi negara dia teknologi mcmmana? ya, pandai ckp english, tp yg tahap rendah la.. eksport filipina.. teknologi ka? eksport filipina ialah buruh, pembantu rumah..malaysia nak jd mcm filipina ka? hal serupa berlaku di afrika, ajar mayhs & sains dlm english & french.

    bila dah besar..pandai la budak tu translate balik ilmu ‘fundamental’ yg dia paham dtu ke medium lain.. e.g english. at least dia dah ada idea/disiplin ilmu utk dia phm dlm bahasa dia.

    tengok china, jepun, korea, jerman.. diaorng belajar sains & maths dlm bahasa ibunda mereka, apa kesannya nya? mereka boleh eksport teknologi ke luar negara.

    apa jaminan ‘terror’ english tapi ‘terror’ sains & maths? fikir-fikirkanlah..

  21. salzahari Avatar
    salzahari

    WAH.PANAS…
    Anyway, nak maklumkan FAHRY KENA PNEUMONIA!
    Sama2 kita doakan fahry boleh pulih dan Lina diberi kekuatan

  22. Babe Avatar
    Babe

    Lina, I got ur sms tapi tak boleh nak reply.

    Aku doakan Fahry cepat sembuh…

    Be strong, my prayer is always with him

    Love

    Babe

  23. NeroEcha Avatar
    NeroEcha

    Bahasa jiwa bangsa ….kihkihkihkih

  24. kakLuna Avatar

    yg ditentang bukan BI, tapi PPSMI…

    ramai salah faham le.

    meh nk buh resolusi PBB tahun 1951 ttg pendidikan;

    UNESCO (1951:691)
    On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.

  25. Hanz Avatar

    MamaLyna, I dulu study kat ITM kelate tau masa tu masih kat Kem Kijang, I ingat sangat baru few weeks jadi freshie, pegi beli maggi goreng kat cafe, brother tu tanya I, “Nak selalu ker?” I mengerutu dalam hati, “Ei, gatalnya brother ni, baru beli nak suh kita beli selalu2 pulak” & I jawab, “Tak…nak sekarang.” Brother tu terus gelakkan I & ada kakak kat situ tolong explain, Slalu tu sekarang-lah! Ohh…I tersipu-sipu malu & mampu tersengih jer.

    I macam Millie, oghang Nogori, my mom memang speakang nogori with us but we balas balik in bahasa malaysia baku. Ha!Ha! My dad pulak campur2 english & nogori. Dialek ni memang menarik…

  26. Mommy Lyna Avatar

    terima kasih banyak2 kerana sudi mengkomen. saya tahu memang topik ni tengah hangat sekarang 😉

    saya pun tak pasti sebanarnya PPSMI ke PPSMBI? kalo tengok potal KPM dia tulis PPSMI tapi kat situ je yg PPSMI, portal orang lain sumer PPSMBI.

    paper? saya tak bace 😀

  27. puteri_islah Avatar
    puteri_islah

    Kajian: Hanya 4% kuasai BI melalui PPSMI

    Jimadie Shah Othman | Mar 18, 09 12:13pm

    kemaskini 2.58pm Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut.

    “PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya,” laporan bertajuk ‘Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid’ dipetik.

    Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga “menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

    “PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.”

    Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).

    Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

    Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.

    “Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.

    “Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan,” laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.

    Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.

    Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.

    Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Daerah dan sekolah tertentu.

    Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

    Laporan eksekutif kajian itu diedarkan buat pertama kali kepada umum semalam di hujung Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.

    Kongres itu turut meluluskan resolusi yang membawa akibat pemansuhan PPSMI apabila mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti.

    Hasil kajian yang sama pernah dibentangkan dalam mesyuarat meja bulat membahaskan dasar tersebut anjuran Kementerian Pelajaran tahun lepas.

    Menjelaskan latar belakang kajian, Abdul Raof berkata, walapun pakar bahasa yang terlibat hanya diberikan saguhati minimum, namun kajian tujuh bulan itu tetap melibatkan kos besar kira-kira RM470,000.

    Beliau berharap kajian itu mampu memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana, sampelnya besar dan luas, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara.

    Seramai 553 guru – termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah – turut dipilih sebagai sampel.

    Abdul Rauf menegaskan, kajian itu dilakukan secara bebas dan tidak dibuat berdasarkan kepentingan tertentu.

    “Kami hanya mengemukakan hasil kajian. Kalau positif, positiflah, kalau negatif, negatiflah,” katanya.

    http://www.malaysiakini.com/news/100432

    p/s: along, moga fahry cepat sembuh. go , go along, u r super mommy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge