Apa Maksud 9/10 Punca Pendapatan dari Perniagaan

admin Avatar

“9/10 punca pendapatan adalah dari perniagaan” maksud hadis. Ada yang kata ini hadis mursal, ada kata hadis dhoif. Tak apa, kita bukan nak bincang atau belajar tentang hadis di sini.

Bila menyebut tentang 9/10 punca pendapatan adalah dari perniagaan, biasanya orang akan interpret as:

90% dari income adalah dari business. 10% adalah dari makan gaji.
jadi marilah kita semua buat business.

Tidak salah sama sekali. Malah 10 orang terkaya di dunia semuanya adalah businessman, dan bukan orang makan gaji. Pendapatan yang tinggi dan unlimited hanya boleh dijana dari perniagaan. Setuju?

Tetapi yang kurang tepat, biasanya aspek ini dilihat dari sudut mikro.

Seorang pekerja makan gaji. Harus ada side income untuk mencukupkan kuota 90% punca pendapatan dari perniagaan. Makin ramai (tak semua) orang yang hilang fokus dalam kerja sebab rasa makan gaji tak berapa ada future. Satu lagi, makan gaji tak membenarkan kita buat ikut suka kita. Walaupun ada ofis yang mempraktikkan ‘flexi hour’, tapi tak ada lah boleh masuk pukul 10 pagi, balik jam 3 petang.

Itu dari sudut mikro.

Dari pandangan makro. Kalau kita tengok, ya memang 90% sumber pendapatan dari perniagaan. Pendapatan siapa? Perniagaan apa?

Orang yang bekerja dengan kilang makanan. Perniagaan yang dijalankan (makanan) memberinya peluang pekerjaan, lalu menghasilkan pendapatan buat beliau.

Nampak tak? Perniagaan itu mewujudkan sumber pendapatan.

Mungkin sebelum ni saya banyak memandang isu ni dari sudut mikro. Mungkin saya pun ada sedikit ‘menyesali’ nasib diri makan gaji. Tapi sebenarnya ia bukan soal duit atau pendapatan semata-mata. Sebaliknya lebih kepada kehendak emosi kepada sesuatu yang boleh kita kawal sendiri, sesuatu yang membuatkan kita bebas. Bayangkan di bawah label “makan gaji”, kita ada banyak perkara yang mesti kita ikut dan buat. Or else kita akan berada di takuk lama, gaji tak naik, pangkat tak gerak, dan yang paling tak best bila dicop macam-macam. Kerja 15 tahun, tapi masih di gred yang sama, what do you think?

Sebenarnya bila kerja makan gaji, kita terikat. Lagi2 bekerja dengan syarikat besar yang mementingkan kualiti, kompetensi dan kompetitif pula. Silap2 gaya kena VSS atau MSS.

Tapi, kita harus ingat. Kalau semua orang menanam dalam diri tentang isu ini dari sudut mikro, termasuk kita yang mencanang-canang, kita mungkin dalam bahaya. Sekiranya kita menjalankan bisnes freelance, kita mungkin selamatlah. Tapi kalaulah kita mempunya premis, dan terpaksa mengupah pekerja… pause sekejap sebab kita dah masuk dalam golongan makro. Kita dah offer peluang pekerjaan kepada orang lain, dan kita mestilah nak pekerja tu bekerja dengan ikhlas.. kalaulah si pekerja kita tu asyik dengan “9/10 punca pendapatan dari perniagaan”, rasanya tiap2 tahun atau 3 bulan sekali kita kena cari pekerja baru.

Perniagaan membuka peluang untuk ramai orang meraih pendapatan, tapi bukan semua orang kena jadi peniaga ya. Yang bekerja, bekerja lah dengan sepenuh hati menjalankan tanggungjawab (nasihat untuk diri sendiri). Semoga rezeki yang halal diperolehi. Jangan duk merungut dengan nasib kerja makan gaji. Kalau kerja bagus, progresif, orang kenal, rajin belajar, pandai politik, pandai bodek bos, pasti takkan berada di takuk lama punyalah. CEO kompeni besar-besar tu asalnya dari pekerja biasa saja (kecuali kalau kompeni bapak dia punya lah).

admin Avatar

7 responses to “Apa Maksud 9/10 Punca Pendapatan dari Perniagaan”

  1. Asiah Abd Jalil Avatar

    Saya tidak berjiwa bisnes, tiada bakat, tiada kesungguhan dan tak cukup kental untuk jadi businesswoman. Memang aim nak makan gaji aje sampai mati… :-p

  2. ummu_abdullah Avatar

    Bisnes adalah cabang pekerjaan dan makan gaji juga cabang daripada pekerjaan. Pokok pangkalnya adalah halalnya sistem pekerjaan yang kita ceburi. Tak kiralah dari aspek sumber pendapatan atau lain-lain.

    Nice Post!

  3. cleverspider55 Avatar

    bg saya makan gaji atau berniaga sendiri itu sebenarnya cuma satu alat untuk kita menjalankan kewajipan sebagai manusia di dunia iaitu mencari rezeki dgn cara halal untuk memudahkan hidup yg dilalui seperti makan minum,membesarkan anak2,menjaga keluarga,menyumbang kepada masyarakat dan sebagainya.
    Makan gaji melatih kita agar jujur,bertanggungjawab menjalankan tugas(amanah) yang diberikan.
    Berniaga juga melatih kita agar menjalankan kewajipan kita kepada keinginan kita(apa yg ingin kita dapat bila berniaga).
    Jadi,kedua2 berkenaan tanggungjawab kepada hidup..terpulanglah pada diri masing2 alat mana yg ingin digunakan.
    Asalkan kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai manusia yg mesti berusaha sedaya upaya untuk hidup.
    Makan gaji pun kalau kita bersungguh2 bekerja,sentiasa berusaha,prestasi kerja baik tentulah ada imbuhan yg baik juga.Ternyata,asasnya cuma satu iaitu berusaha dan bertanggungjawab untuk hidup.

  4. kinna Avatar

    baru-baru ni saya ada baca buku sdr Ann Wan Seng- Rahsia Bisnes Orang Cina. Asalnya, orang cina yang dok conquer bisnes sekarang ni bukannye ada b/ground bisnes pon. tapi semangat mereka utk keluar dr kepompong kemiskinan amat kuat. mereka sanggup berusaha lebih dan berhijrah utk kehidupan yang lebih bahagia dan terjamin (merujuk kepada perpindahan mereka beramai-ramai ke Tanah Melayu)

  5. shah Avatar
    shah

    salam hormat,mana2 meniaga ni memang best,… nak kalau dah dapat untung senyum lebar…tapi nak senang kenalah byk sabar,walau kecil camner skalipun biz tetap biz, pada rakan2 yg budiman saya ingin menawarkan peluang bisnes yg paling mudah dlm education..lumayan buat part time jer,semua data nama,no tel,alamat disediakan, tuan badan hanya call saja jika student setuju semua proses diuruskan,cuma nak dapatkan confirmation dr student saja…? boleh sorang dpt nama, alamat rm500.00 x 10 org dah rm5000. keja 1 or 2 hari tak mau ka?lagi byk call sendiri kira…only area nilai,klia,,sabah,sarawak…yg lain2 blh bincang sms AJEN to 019-6437996 shukrie…..part time jer………confirm tiap2 minggu dapat cek,kalau kita tak pandai kita tlg org lain jadi pandai….DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK….PROGRAM HINGGA JULAI

  6. shah Avatar
    shah

    UNTUK ANAK ANAK MUDA LEPASAN SPM 2010, LELAKI MAUPUN WANITA dgn segala hormatnya dipelawa… jika masih belum dapat mana2 ipt, ADMAL COLLEGE menawarkan kepakaran dlm industri kejuruteraan pesawat dlm AVIONIC SYSTEM dan kejuruteraan enjin pesawat dari jenis PIPER hingga ke BOEING, kami ada 9thn pengalaman dlm baikpulih pesawat serta mempunyai beberapa pesawat di seluruh Malaysia serta Indonesia.Kami melatih anda sebagai juruteknik hingga menjadi jurutera pesawat dan mengambil exam DCA,jika lulus gaji anda rm5k keatas…ayuh jgn segan2 ada 6kredit termasuk sains sms nama,alamat anda ke 019-6437996 untuk book tempat, kolej terletak di Nilai, tepi jalan semua kursus dipantau UNIKL- MIAT….ada MQA….JOM SERTAI KAMI

  7. mny Avatar

    hmm.. citer pasal 9/10 perniagaan, saya baru post satu email yang saya dapat masa tahun 2010..

    boleh check it out dekat
    sini.. Kaya tak semestinya senang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge