“9/10 punca pendapatan adalah dari perniagaan” maksud hadis. Ada yang kata ini hadis mursal, ada kata hadis dhoif. Tak apa, kita bukan nak bincang atau belajar tentang hadis di sini.
Bila menyebut tentang 9/10 punca pendapatan adalah dari perniagaan, biasanya orang akan interpret as:
90% dari income adalah dari business. 10% adalah dari makan gaji.
jadi marilah kita semua buat business.
Tidak salah sama sekali. Malah 10 orang terkaya di dunia semuanya adalah businessman, dan bukan orang makan gaji. Pendapatan yang tinggi dan unlimited hanya boleh dijana dari perniagaan. Setuju?
Tetapi yang kurang tepat, biasanya aspek ini dilihat dari sudut mikro.
Seorang pekerja makan gaji. Harus ada side income untuk mencukupkan kuota 90% punca pendapatan dari perniagaan. Makin ramai (tak semua) orang yang hilang fokus dalam kerja sebab rasa makan gaji tak berapa ada future. Satu lagi, makan gaji tak membenarkan kita buat ikut suka kita. Walaupun ada ofis yang mempraktikkan ‘flexi hour’, tapi tak ada lah boleh masuk pukul 10 pagi, balik jam 3 petang.
Itu dari sudut mikro.
Dari pandangan makro. Kalau kita tengok, ya memang 90% sumber pendapatan dari perniagaan. Pendapatan siapa? Perniagaan apa?
Orang yang bekerja dengan kilang makanan. Perniagaan yang dijalankan (makanan) memberinya peluang pekerjaan, lalu menghasilkan pendapatan buat beliau.
Nampak tak? Perniagaan itu mewujudkan sumber pendapatan.
Mungkin sebelum ni saya banyak memandang isu ni dari sudut mikro. Mungkin saya pun ada sedikit ‘menyesali’ nasib diri makan gaji. Tapi sebenarnya ia bukan soal duit atau pendapatan semata-mata. Sebaliknya lebih kepada kehendak emosi kepada sesuatu yang boleh kita kawal sendiri, sesuatu yang membuatkan kita bebas. Bayangkan di bawah label “makan gaji”, kita ada banyak perkara yang mesti kita ikut dan buat. Or else kita akan berada di takuk lama, gaji tak naik, pangkat tak gerak, dan yang paling tak best bila dicop macam-macam. Kerja 15 tahun, tapi masih di gred yang sama, what do you think?
Sebenarnya bila kerja makan gaji, kita terikat. Lagi2 bekerja dengan syarikat besar yang mementingkan kualiti, kompetensi dan kompetitif pula. Silap2 gaya kena VSS atau MSS.
Tapi, kita harus ingat. Kalau semua orang menanam dalam diri tentang isu ini dari sudut mikro, termasuk kita yang mencanang-canang, kita mungkin dalam bahaya. Sekiranya kita menjalankan bisnes freelance, kita mungkin selamatlah. Tapi kalaulah kita mempunya premis, dan terpaksa mengupah pekerja… pause sekejap sebab kita dah masuk dalam golongan makro. Kita dah offer peluang pekerjaan kepada orang lain, dan kita mestilah nak pekerja tu bekerja dengan ikhlas.. kalaulah si pekerja kita tu asyik dengan “9/10 punca pendapatan dari perniagaan”, rasanya tiap2 tahun atau 3 bulan sekali kita kena cari pekerja baru.
Perniagaan membuka peluang untuk ramai orang meraih pendapatan, tapi bukan semua orang kena jadi peniaga ya. Yang bekerja, bekerja lah dengan sepenuh hati menjalankan tanggungjawab (nasihat untuk diri sendiri). Semoga rezeki yang halal diperolehi. Jangan duk merungut dengan nasib kerja makan gaji. Kalau kerja bagus, progresif, orang kenal, rajin belajar, pandai politik, pandai bodek bos, pasti takkan berada di takuk lama punyalah. CEO kompeni besar-besar tu asalnya dari pekerja biasa saja (kecuali kalau kompeni bapak dia punya lah).
Leave a Reply