Antara Takdir Dan Usaha

admin Avatar

Sepanjang pengelibatan saya dalam bisnes network marketing selama beberapa tahun ni, sukacita saya nak beritahu bahawa, tak semua yang menjalankan bisnes ni menemui kejayaan. Samalah kaedahnya yang buka restoran, tak semua bertahan. Yang buka butik, tak semua berjaya. Begitulah juga dengan bisnes network marketing. Walaupun ia adalah antara bisnes yang menawarkan support dan sistem dukungan yang hebat (dan percuma) tapi sesungguhnya itu semua tidak akan membantu walau sedikit pun, bagi orang yang tidak berapa nak.

“Saya dah usaha dah, tapi tak dapat gak”
“Takdir saya tak boleh berjaya…”

Urusan kita adalah berusaha, dan urusan Allah menentukan keputusannya.

Tak wajar untuk kita mencampuri urusan Allah dengan melibatkan ‘takdir’ dalam keputusan kita.

“Dah takdir aku tak berjaya”
“Dah takdir aku macam ni”

Menyalahkan takdir dan redho (pasrah?) membabi buta bukan cara yang diajar oleh Islam. Sekadar berusaha bukan kunci pergantungan untuk ‘takdir; itu, sebaliknya usaha yang bersungguh-sungguh dan mengambil langkah memperbaiki setiap kesilapan, sekiranya gagal.

Gagal bukan bermakna kita tak ditakdirkan untuk berjaya.

Contohnya… kita nak belajar naik basikal, lepas tu kita jatuh. Apa yang wajar kita lakukan?

  • Cuba lagi sekali
  • Dapatkan bantuan orang yang pakar mengayuh basikal
  • Beli basikal baru
  • Mengalah dan menganggap bukan takdir untuk pandai berbasikal

Tarbiah Allah atau pendidikan dari Allah itu tak datang dengan cara mudah. Kegagalan, kejatuhan adalah merupakan ujian-ujian dalam mendidik kita tetap teguh di jalan yang kita sudah pilih (yang tak melanggar syariat).

Malah, lebih bagus lagi kerana takdir ni boleh ditolak!

 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرُدُّ الْقَضَاءَ
إِلَّا الدُّعَاءُ وَلَا يَزِيدُ فِي الْعُمْرِ إِلَّا الْبِرُّ (الترمذي

Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah ta’aala selain do’a. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang selain (perbuatan) baik.” [HR Tirmizi]

Kalau tak suka dengan takdir kita itu, berdoalah dan jangan berputus asa. Inilah tanda kasih sayang Allah SWT kepada kita yang tetap memberi sinar harapan dalam apa jua keadaan. Berdoalah, sentiasa optimis dan jauhkan dari sifat putus asa.

NAK 1000 DAYA, TAKNAK 1000 DALIH.

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Antara Takdir Dan Usaha”

  1. Khadeejah Hasmad Avatar

    Fuiyoo makkk!! Buat bahan kat Creams nih

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehe semoga bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge