Antara Palestin, Masjidil Aqsa dan Zionis

admin Avatar

Abiy adalah orang yang paling saya percayai kerana beliau akan memperbetulkan kesalahan saya, dan menerima pandangan saya yang benar. Walaupun kadang2 merajuk jugak, LOL.

Satu hari kami berbicara tentang Palestin. Kata saya “Bang, I rasa isu Palestin ni termasuk dalam ghuzwul fikr (perang pemikiran) lah”.

“Kenapa you cakap macam tu?” soal Abiy.

Balas saya “Kerana sekarang ni kita lebih fokus kepada humanity, membantu rakyat Palestin. Sedangkan pada masa yang sama kita dah tak tahu tentang Masjidil Aqsa dan siapa Israel Laknatullah tu”.

“Humanity (kemanusiaan) adalah fitrah yang ada dalam segenap hati manusia, tak kira siapa pun dia. Tapi fitrah kita untuk menguasai kembali Masjidil Aqsa dan memerangi Zionis sudah tiada dalam priority”.

Abiy berkata lagi “What is your basis?”

“Go ask your friends, ask them, who is Zionis. I guarantee out of 10, only one person could give the correct answer. Mungkin juga kurang dari tu. Buktinya semasa penawanan kapal Mavi Marmara tempoh hari, ramai yang mengutuk ‘Zionis kejam’ walhal kejam is already associate dengan diorang. Macam you kutuk harimau sebab dia makan daging, tapi ia memang makan daging pun, so what?”

“So what you’re gonna do about it?” Abiy memang suka menduga saya.

Oh memang saya pun adalah salah seorang dari rakyat Malaysia yang pengecut dan hanya pandai bercakap saja. Bila ada benda2 yang meresahkan hati di negara kita, contohnya jenayah, pergolakan politik… mula lah sibuk nak pindah ke luar negara 😀 Tapi mereka di Palestin, meskipun sedikit demi sedikit tanah mereka diratah Israel, rumah2 dirobohkan, tapi mereka tetap berada di situ, walaupun berbekalkan batu. Kerana mereka mempertahankan apa yang ada di bumi Palestin.

Mereka lah pejuang yang sebenar-benarnya. Kita ni apa, tahap pemikiran rakyat negara ni baru dalam minda kelas ketiga pun kita sibuk nak lari overseas. Selfish. Patut sajalah bukan kita yang berada di sana, kalau tak entah-entah sekarang ni dan 100% bumi Palestin diambil Zionis sebab pakat lari pergi overseas semua 🙂

Saya mengakui saya tak banyak tahu tentang Palestin, especially Masjidil-Aqsa, selain ia kiblat pertama umat Islam (Sebelum ditukarkan ke Kaabah di Mekah) dan tempat berlakunya peristiwa Israk Mikraj. Mungkin sebab tak ada satu pun matapelajaran di sekolah yang mengajar “Mengenal Palestin”. Atau pun apa yang dipaparkan di media tu takdelah nampak macam teruk sangat.

Saya ingin sekali mendidik anak2 saya tentang Palestin, dan mengambil semangat mereka. Walaupun sebenarnya kita kat sini lebih kurang ajelah dengan dorang di sana. Cuma bezanya budak2 muda kat sana mati syahid, budak2 muda kita mati merempit. Anak2 perempuan sana dirogol tenteta Zionis, anak2 perempuan di sini diratah bapak, datuk, abang sendiri. Budak2 kecil di sana mati di hujung senapang Israel, budak2 kecil di sini mati didera. Mak2 di sana menangis sebab dah tak ada anak dia yang tinggal untuk jadi pejuang syahid, mak2 di sini menangis bila sorang lagi anaknya mati kena AIDS sebab kongsi jarum suntikan dadah. Di Palestin bayi2 mati berlubang dadanya kerana peluru Israel, di tempat kita bayi2 mati berlubang badannya digonggong anjing.

Nampaknya saya tak perlu jauh2 pergi ke Palestin, di negara saya pun terlalu banyak isu yang lebih dahsyat. Tapi saya tetap akan ajar anak saya semangat Umar Al-Khattab yang menawan Masjidil-Aqso satu ketika dulu Dan juga semangat Muhammad al-Fateh yang awal2 letak target untuk realisasikan sabda Rasulullah SAW.

Wah tingginya cita2. Dah solat belum ni?

admin Avatar

14 responses to “Antara Palestin, Masjidil Aqsa dan Zionis”

  1. mrsnik@meah Avatar

    wow..mind blowing..love every single of it…seriously…
    .-= mrsnik@meah´s last blog ..Apple crumble- x payah ler susahkan diri nak wat benda nih =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      love me? or what? 🙂

  2. Nic Avatar
    Nic

    Lyna, waa.. this is very high level of thought and reality bites..
    Nic pun ada anak lelaki dua orang nie besarnya tanggungjawab sebab semua gejala2 tu lelaki la puncanya.. tengok je la Jehan miskin kata lelaki sekarang semua lembut and metroseksual.. ayoo ngeri..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      cop.. metroseksual tu benda cemana? hehehe.

  3. fid Avatar
    fid

    siti
    hubby ai baru tanya ai malam tadi
    what do u know about palestine..mengapa zionis nak snagat masjidil aqsa

    ai jawap esok ai tanya sitilina hahahahahahaaaaaa

    ni baru ai baca blog u

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      u nak tau ke jawapan dia? dalam entry i tu takde cerita

      ke u dah ada jawapannya?

      1. fid Avatar
        fid

        taktau n tak de jwapan hahahhahahahaa

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          nak i buat entry ke gtalk je?

  4. synn Avatar

    salam lyna,
    saya suka para. yg awak compare palestin and malaysia…mmg betul…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam synn

      mencari kebenaran bila orang kata “kita di sini bertuah negara yg aman” ehe.. bertuah cemana tu cuba explain. rasa macam lg menakutkan ada la. kat sana depa dah kenal musuh diorang, kat sini tibe2 je orang sebelah rumah pakai topeng masuk rompak rumah kita.

  5. fizanur Avatar

    Saya tanya husband kenapa bantuan Allah belum datang. Dah lama rakyat Palestin menderita. Dia ada kenalan orang Palestin yang dtg ke Malaysia. Menurutnya, kanak-kanak kecil telah diajar untuk berperang dan membenci Yahudi, tetapi tidak di ajar solat. Perkara ini tidak ditonjolkan dalam media cetak atau elektronik. Iman kita tak sama macam Sahabat. Itulah puncanya umat islam ditindas.
    .-= fizanur´s last blog ..Shaklee Fiber Plan Unflavoured =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      make sense.

      menurut Imam hassan Al-Hudhaibiy “tegakkan daulah Islamiah dalam hatimu, maka ia akan tertegak di bumimu”

      Salahuddin al-Ayubbi mewajibkan semua tenteranya qiyamullail.

      Sultan Muhd al-fateh tak pernah tinggal tahajud.

      hati2 bila kita semarakkan jiwa pejuang dalam hati anak2, tapi tak ada jiwa hamba. pegi-balik sama je macam pejuang2 kafirun.

  6. Hanz Avatar

    Nak request sambungan, muleh? 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Sambungan apa Nyah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge