Kebelakangan ni di mana-mana orang bercakap tentang Seth Tan. Itu Seth Tan, ini Seth Tan. Seriously pada mulanya saya ingatkan Seth Tan tu internet marketer yang baru famous. Mentang2 nama Seth kan, ala2 Seth Godin la, LOL. Rupa-rupanya watak dalam drama Nora Elena slot Akasia TV3, sabar ajelah aku. Saya tak pasti apa yang istimewanya Seth Tan ni, sebab saya tak tengok pun siri tu. Tapi dari ceritanya konon macam lelaki paling romantik idaman wanita, macam tu lah lebih kurang. Toksah kata anak dara, mak-mak budak pun turut sama menggilai Seth Tan.
Tapi itu cuma assumption saja je ya, sebab saya tak tengok 🙂
Kebelakangan ini juga timbul isu tentang ‘layan suami seperti pelacur kelas pertama’ yang katanya disarankan oleh Kelab Isteri Taat. Which got many views dari pelbagai peringkat (terutama isteri), dan ramai yang menyatakan ketidakpersetujuan dengan nama ‘pelacur’ itu. Malah saya sendiri pun terasa terkejut dan sedikit frust dengan darjat seorang isteri disamakan dengan pelacur. Kelas pertama pula tu. Dalam kenyataannya, diberitahu bahawa seorang isteri harus melayan suaminya seperti seorang pelacur bagi mengelakkan si suami membuat onar, kerana sudah mendapat layanan istimewa di bilik tidurnya sendiri.
Saya cuma ada 2 benda nak cakap:
1) Saya tak minat lelaki romantik.
2) Saya bukan pe****r.
Hehe. Itu cuma gurauan saja.
Saya ada borak dengan teman saya, Ummu Fateh tentang kenyataan Dr Rohaya Mohamed tentang layanan seorang isteri terhadap suaminya tu. Apa yang nak disampaikan itu betul… seorang isteri hendaklah memuaskan kehendak batin suami, dan seperti pelacur kelas pertama; segala-galanya bersih, wangi, kondusif, ada class… bukan macam pelacur murahan yang main bantai saja, rambut mengerbang ke, tangan bau bawang ke, mulut bau longkang ke.. etc. Atau yang lagi teruk, langsung ‘sejuk’.
Malah seorang mak bidan pernah memberi nasihat kepada Ummu Fateh supaya “..layan suami macam jalang” Haaa, kau, Jalang terus dikasiknya!
Tapi mungkin untuk tatapan umum, analogi pelacur tu patutnya ditukar. Maklumlah, tak semua orang boleh menerima benda macam itu. Lagi-lagi bila meletakkan pelacur kelas pertama tu sebagai contoh, ramai yang tidak bersetuju kerana seolah-olah dasar perkahwinan itu adalah seks semata-mata.
Nasihat perkahwinan yang biasa kita dengar untuk para isteri – jagalah suami akan 3 perkara: perutnya, tidurnya dan nafsunya. Perutnya biar selalu kenyang dan boroi!, tidurnya jangan diganggu dan kehendak batinnya dipenuhi. Yang disarankan oleh Dr Rohaya Mohamed adalah untuk perkara yang ketiga, iaitu dalam memenuhi kehendak batin, bukan keseluruhan perkahwinan. Tapi mungkin dalam ruangan yang kecil itu beliau cuma sempat menerangkan part itu saja dan wartawan cuma sempat tulis yang itu je.. (Wallahuaklam lah, saya bukan ada kat situ pun).
Perkahwinan adalah satu ikatan yang berdasarkan toleransi. Tak ada orang yang sempurna. Kerana itu kita dijodohkan dengan pasangan kita, agar masing-masing dapat melengkapkan bahagian masing-masing. Isteri Khalifah Umar juga membebel terhadap suaminya, dan Khalifah Umar cuma membiarkan saja isterinya meluahkan perasaan. Di situlah serasinya perkahwinan tu.. Perkahwinan yang serasi bukannya yang tak pernah gaduh-gaduh, tak pernah ada rasa tak puas hati, tak pernah bertelingkah… Di situlah hikmahnya satu sifat yang dinamakan sabar…
Sebut tentang sabar, terdapat satu kisah yang menarik tentang seorang wanita di zaman Rasulullah yang mengidap sawan. Setiap kali penyakitnya menyerang, pasti auratnya tersingkap. Lalu wanita ini berjumpa Rasulullah dan meminta didoakan agar sembuh penyakitnya. Kata Rasulullah “Aku boleh saja mendoakan penyakitmu sembuh, atau kamu bersabar dengannya dan syurgalah balasannya atas kesabaranmu itu”. Maka perempuan itu berkata “Kalau begitu doakanlah agar kain saya tidak tersingkap dan aurat saya terpelihara tatkala sakit itu menyerang”.
Bila ada sesuatu ujian yang melanda, sebenarnya Allah ingin memberi sesuatu nikmat yang dinamakan sabar itu. Tapi biasanya kita susah betul nak terima. Kita nak semuanya indah-indah, bagus-bagus. Malah ada isteri yang mempertikaikan kenapa suami boleh itu boleh ini.. isteri tak boleh. Itulah misterinya penjagaan Islam terhadap hak wanita; kerana kita terus mendapat hak dari Allah, hanya dengan taat kepada suami (untuk benda2 yang Allah suruhlah.. kalo taat suami tolong dia rogol anak sendiri ape jadahnya!) dan menjaga hak-hak Allah, syurgalah balasannya.
Pasangan yang Allah jodohkan, insya-Allah adalah yang terbaik buat kita. Meskipun tak seromantik Seth Tan, tapi orang tu lah yang Allah pilihkan untuk ‘handle’ kita. Kalau rasa tak puas hati dengan pasangan sekarang, bersyukur ajelah tak ‘terkahwin’ dengan orang yang lebih teruk dari itu. HeHe. Tapi jangan risau, Islam tetap memelihara seorang isteri.. meskipun talak di tangan suami, tapi isteri ada hak untuk membatalkan perkahwinan melalui tuntutan fasakh, dan juga tebus talak (khuluk). Kalau sehingga memudaratkan, isteri boleh mengambil tindakan seumpamanya. Tapi janganlah merajuk sebab suami lupa bagi hadiah birthday sampai nak bercerai-berai. HuHuHu. Tak ada benda lain yang lagi besar ke?
Semoga Allah memelihara ikatan perkahwinan kita semua sehingga ke syurga.
Wah, rupanya dalam masa 2 bulan lagi kami akan menyambut anniversary ke-5. Dah 5 tahun kahwin rupanya. Rasa macam baru 5 hari 😀
Leave a Reply