Dulu… Dulu la… Masa mula nak menetap di rumah sendiri, Ikea tu salah satu tempat wajib terjah. Tengok barang rumah katanya… (padahal beli separuh-separuh je, bajet la katakan).
Bila dah penat bershopping (window shopping) haruslah nak cicip meatball Ikea yang terkenal itu.
– gambar Google
Di cafe Ikea tu ada satu signboard supaya kemas meja sendiri. Tapi… Tak ada seorangpun (mungkinlah ada seorang dua) yang kemaskan meja mereka sendiri… Kebanyakannya bersepah pinggan atas meja.
OK.. Mungkin itu cuma gimik saja, fikir saya.
Kisahnya kami ke Jepun. Selepas kenyang menyantap, nak basuh tangan, sepupu saya (pelajar Malaysia di Jepun) memberitahu bahawa saya kena kemaskan meja dan bawa dulang berisi pinggan, mangkuk, cawan ke rak yang disediakan.
Terus saya teringat Ikea…
Di kafe-kafe di Korea juga mengamalkan konsep yang sama. Pandai makan, pandailah kemas. Siap lap meja lagi.
Di mana-mana pun kena buat sendiri, termasuk kafe di airport.
Kenapa kita tak boleh buat benda tu ya? Atau pihak Ikea perlu tugaskan pekerjanya buat pengumuman supaya kemaskan meja, tak cukup sekadar tampal di dinding…
Atau Ikea tak kisah pun sebenarnya? They still can afford, cheap labours-lah katakan…
Leave a Reply