Anak Tertonggeng Dalam Baldi, Jatuh Dalam Periuk Sup

admin Avatar

Naudzubillahi min zalik.
 
 Minggu ni mak saya ada di rumah, jadi setiap hari saya belikan surat khabar untuknya. Tajuk di atas tu adalah antara hightlight dalam akhbar-akhbar tempatan 2-3 hari ni, tentang kemalangan yang menimpa anak-anak, di rumah sendiri!
 
 Hati saya memang sangat berdebar dan tersentuh dengan kejadian-kejadian kemalangan di rumah sendiri… Iye, malang tak berbau, benda nak jadi… Kadang-kadang pandangan dan ingatan mak dihijab apabila sesuatu yang tak diingini berlaku pada anak (pengalaman teman baik saya sendiri)… Kadang-kadang saya rasa itula hikmah anak asyik nak berkepit je dengan saya… tak lepas di mata saya, mereka ni asyik nak berekor dengan kita je.
 
 Memang tak boleh nak jangka, benda nak jadi.. boleh berlaku dengan sangat pantas. Macam apa yang berlaku pada salah seorang teman rapat saya, anaknya tertonggeng dalam baldi semasa dia berhenti sekejap untuk ambil tuala dan suruh anak masuk bilik air dulu. Syukurlah semuanya selamat, sempat birulah jugak.
 
 Sebelum saya ada anak, dan sebelum perkara sedemikina terjadi kepada rakan terdekat, memang saya akan terdetik “Cuai!” tapi sebenarnya.. susah nak cakap. Secara kasarnya mak ayah yang nampak macam cuai sebab biarkan anak bermain seorang diri dan hilang dari pandangan mata seketika. Tapi hakikatnya, tak ada mak yang biarkan anaknya terbabit dalam kemalangan, apa lagi di rumah sendiri.
 
 Namun kejadian-kejadian sebegini mengajar kita untuk lebih berhati-hati. Misalnya, sentiasa pastikan pintu bilik air tertutup. Lebih-lebih lagi kalau ada tong air atau baldi. Awasi anak selalu. Jangan biarkan anak duduk-duduk atau bermain berdekatan dengan tempat masak, terutama yang rendah-rendah. Kemalangan di garaj kereta pun selalu juga berlaku. Takkan ada mak ayah yang main gostan je sebelum pastikan anak semua dah ada dalam rumah. Tapi memang kena hati-hati dan biar kita nampak anak-anak memang ada dalam rumah, atau bersama orang dewasa. Satu ketakutan juga nak mengundur kereta.
 
 Semoga anak-anak kita dilindungi dari sebarang kemalangan, dan kita sentiasa diberi mata hati yang jelas agar tidak terlalai dalam mengasuh mereka.
 
 Buat anak-anak dan keluarga yang berkenaan, syurga tempat mereka, tabah dan redho, semuanya dari Allah SWT jua.

Tagged in :

admin Avatar

15 responses to “Anak Tertonggeng Dalam Baldi, Jatuh Dalam Periuk Sup”

  1. adianiez AIDA Avatar

    Yes. Malang x berbau. Bukan cuai, sometimes x perasan and terleka…

  2. Amyz Avatar

    Semoga kita ambil pengajaran dan sentiasa berhati-hati. Anak-anak kadang senyap-senyap je, ibu bapa bukanlah leka. Tengah masak la, tengah mengemas la. Tau-tau anak dah panjat tangga. Haih. Gugur jantung kejap.

  3. kinna Avatar

    dlm law test cuai ini adalah: sama ada kita dah ambil reasonable precaution atau tidak.. kalau pintu bilik air tak ditutup contohnya, mmg kita fail la test tu.. tapi kalau kita dah tutup bilik air, dah buat double halangan utk elak budak2 masuk bilik air, tapi anak2 stil boleh masuk bilik air, selamat la dari test ni.. just my 2 cents

  4. Shazy Avatar

    Ya Allah..Nauzubillah..Jadikanlah pe yang berlaku ni sebagai pengalaman supaya kita lebih berhati-hati..

    Shazy menulis tentang http://shazzycalamidades.blogspot.com/set resdung

  5. irfa Avatar

    CITE PSL UNDUR KETA, LAST WEEK DEPAN SAYA, JIRAN UNDUR KETA, ANAK DUK BELAKANG.. SIB BAIK ANAK TU DAH BESAR, DLM DARJAH 3 KOT, SEMPAT LOMPAT TEPI, SI DRIVER TAK PERASAN PUN..BERDERAU DARAH SAYA

  6. tutyrahiza Avatar

    ermmm.. masa takde anak, memang fikir napelah boleh cuai derang ni.. skang sendiri dah ada, baru kena batang hidung sendiri.. so memang kena ada mata dekat depan dan belakang untuk tengok aktiviti anak-anak.

    sib baiklah sekarang duduk rumah..so kita yang pantau sendiri kan..

  7. Best san diego dui defense Avatar

    This is important if threats to pursue the legal case, there has been no
    drinking within a 15-minute timeframe. Another sad fact is that
    legal domestic violence organizations and shelters. As a senator from
    Delaware on the Senate Judiciary Committee voted in favor last week when the committee
    approved a well-crafted reauthorization bill introduced by its chairman, Senator Patrick Leahy, D-Vt.
    Ask the person exactly what happened in your
    case, but took issue with Sotomayor’s broader definition of physical force
    for conviction on domestic assault cases.

  8. 24 hour emergency locksmith encinitas Avatar

    It happens to the rest of the campus, maintenance, finance, security,
    cafeteria, shopping mall and emergency 24 hour locksmith
    encinitas other local offices or shops.

  9. Best elder law san diego Avatar

    It provides essential contacts, advice on escaping a violent relationship.
    Halle chairs their ‘Year of Giving Campaign’ and has been convicted of criminal misconduct and dismissed from the Met.
    Domestic violence and emotional abuse easier to prosecute
    by making sure she is completely dependent on him.
    You’ve san diego drug trafficking attorney contributed successfully to: Dental work helps Tenn.
    The CDC has labeled domestic san diego drug trafficking attorney violence as a
    resort to personal problems.

  10. 24 hour locksmith poway Avatar

    Our mobile units come on-site to cut a new key, and locksmith poway california need to
    get your locked keys in car.

  11. san marcos locksmith Avatar

    Elderly and physically challenged clients will definitely mobile locksmith san marcos benefit from the use of safe sex on set.
    The best thing about a locksmith service. This is to
    make sure that their services come at an affordable price a locksmith specialist’s locksmith service.
    Please someone tell me that I’m not the only concern either; statistically thirty percent of businesses do not operate
    on a 24×7 basis. These problems can be handled quickly, securely and efficiently, usually within a matter of personal choice.

  12. Eellee Nana Avatar

    Malang tidak berbau
    takziah utk kelurga meraka

  13. E Juice Avatar

    Having read this I thought it was rather informative. I appreciate you taking the time
    and energy to put this article together. I once again find
    myself spending way too much time both reading and commenting.
    But so what, it was still worthwhile!

  14. Nia Avatar

    Betul tu, sebelum ada anak, hati sendiri akan kata ibunya cuai, tapi lepas dah ada anak dan tau betapa susahnya nak control diaorg ni, baru faham..huhu

  15. Rokiah Avatar

    Subhanallah..jauhkanlah kami sekeluarga dari perkara yg tidak diduga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge