Seringkali jadi topik perbualan tentang hal ini. Bila menyentuh soal anak – adakah kuantiti, atau kualitinya yang penting?
Ada yang berpendapat, adalah penting untuk menjaga kualiti anak, oleh itu mereka merancang kehamilamn,agar anak2 yang lahir dapat diberi perhatian dan asuhan secukupnya.
Ada pula yang berpendapat, setiap anak ada rezeki masing2, jadi tak perlu risau tentang perhatian dan sebagainya. Sebagaimana Rasulullah SAW menyukai apabila umatnya ramai.
Jadi, kes 1 atau kes 2 yang betul?
Sebenarnya persoalan ini (kualiti vs kuantiti) telahpun banyak kali dijawab oleh Islam itu sendiri. Antaranya ialah dua contoh di bawah.
Pertama, dalam peristiwa Perang Badar. Jumlah umat Islam dalam peperangan Badar ialah 300 orang, manakala orang kafir ialah 1000 orang. Namun dalam Perang Badar, tentera kafir telah kalah dengan begitu teruk sekali.
Kedua, dalam al-Quran sendiri Allah mencela golongan yang ramai tapi tak mendatangkan faedah. Banyak ayat2 macam “..amat sedikit yang mengetahui…”, “…amat sedikit kamu bersyukur…” menunjukkan jumlah yang ramai tu yang jahil, yang tak bersyukur, dan sebagainya.
Dalam kedua-dua kes di atas membicarakan soal kualiti vs. kuantiti yang begitu jelas sekali.
Dalam Perang Badar, ratio 1:3 tu macam tak logik aje. Sorang lawan 3. Tapi pertolongan Allah itu tiba, kerana kualiti yang dipegang oleh tentera Islam. Mereka mengikut kata ketua, malah dalam bulan puasa sanggup berada di medan perang. Compare juga kepada jumlah tentera Islam dalam peperangan Uhud yang mencapai 1000 orang, namun mereka kalah kerana kurangnya kualiti yang ada dalam diri tentera2 tersebut. Mereka tidak dengar cakap ketua, cepat kelabu mata dengan harta dan sebagainya.
Itu dah cukup membuktikan bahawa Islam itu mementingkan kualiti, bukan kuantiti.
Dalam contoh kedua, ayat2 yang menceritakan ‘amat sedikit’, ‘amat sedikit’ tu… memberi mesej bahawa tak ada faedahnya ramai2 tapi tak reti bersyukur. Kalau ramai tapi semua jadi pencuri, bagus ke?
Menyentuh soal anak, Prof Yusof Qadrawi juga berpendapatan yang sama. Meskipun Rasullah SAW berbangga dengan umatnya yang ramai, namun Baginda takkan bangga kalau yang ramai2 tu adalah stok2 yang menyusahkan umat manusia lain.
Leave a Reply