Anak Kena Kurung di Taska

admin Avatar

Ibu bekerja dan taska pasti tak dapat dipisahkan lagi. (Ada ibu yang memilih untuk hantar anak ke pengasuh, etc).

Saya pernah membuat sedikit research tentang taska, (kerana pernah merancang nak buka taska)… Nanti saya akan cerita di bawah-bawah.

Kebanyakan mak ayah yang nak pilih taska anak, mula2 depa tengok HARGA dulu. Iyelah, dengan gaji yang sederhana, tinggal di bandar besar, kereta lagi, rumah lagi, PTPTN lagi, bagi mak ayah lagi.. kereta nak kena ada 2, isteri hala ke lain, suami hala ke lain. Tu belum masuk hobi masing-masing, shopping ke apa ke. Jadi seboleh-bolehnya kena kurangkan perbelanjaan untuk komitmen yang dah tetap setiap bulan.

Antara perkara yang boleh dikurangkan ialah bajet untuk taska anak, pengasuh, atau Bibik.

Dialog biasa kalau ibu-ibu…

“Anak hantar taska berapa yuran?”
“RM500”
“Wah, mahalnya! I punya RM300 je”

Yang lebih mengejutkan, ada ibu-ibu yang sanggup habiskan beratus nak beli tudung atau baju cantik, tapi nak bayar lebih untuk taska anak berkira.

Bagi pemilik taska, yuran yang dibayar setiap bulan tu bukan terus masuk untung. Tolak bil, tolak sewa, GAJI PEKERJA!

Orang yang mengasuh anak-anak di taska tu adalah orang-orang yang macam kita… kerja, dibayar gaji, demand naik gaji, tak puas hati dengan bos, boring kerja, dan sebagainya.

Bagi taska yang murah bayarannya… pastilah gaji yang mampu dibayar kepada pekerja juga kecil. Kalau nak gaji banyak, kena untung banyak. Nak untung banyak, kena terima lebih ramai budak. Bila ramai budak, mak bapak complaint budak2 ramai sangat. JKM pun tak bagi budak2 ramai sangat sebab mereka ada nisbah, budak dengan pengasuh.

Bila berlakunya kes seorang anak kena kurung di taska, ramai yang bereaksi. Ada yang bereaksi terhadap pengasuh dan pemilik, dan ada juga yang memberi respon kepada ibu… katanya ibu tak sepatutnya bekerja, jaga saja anak di rumah.

Setiap orang ada masalah dan kekangan masing-masing, dan ini bukan masa untuk menunding jari.

Pemilik taska ada masalah dan kepentingannya, pengasuh ada masalahnya, ibu juga ada masalahnya.

Ibu yang terpaksa menghantar anak ke taska, mungkin perlu letak main priority untuk yuran anak di taska, tak boleh cut untuk pilihan yang lebih murah. Letakkan priority untuk yuran taska seperti komitmen lain – tak boleh tidak. Dan keperluan2 lain pula yang boleh kita cut. Misalnya cut budget untuk pakaian baru, cut budget untuk makan di luar, cut budget untuk benda-benda tak perlu, mungkin boleh cut untuk siaran TV satelit? Dengan itu kita boleh pilih untuk hantar anak ke taska yang agak mahal sedikit.

Ini adalah hakikat, taska murah, bayaran pekerjanya murah. Gaji murah2 ni, takkanlah yang ada diploma dan degree kan… Semuanya macam ayam dan telur, jadi tak boleh salahkan sesiapa. Naikkan gaji bermakna naikkan yuran, naikkan yuran bermakna… sama saja lah kan?

Ibu berhenti kerja? Mungkin pada sesetengah orang itu jawapan terbaik. Tapi berhenti kerja bukan semudah ‘berhenti dan tinggal di rumah’. Sangat banyak perkara yang mesti dipertimbangkan untuk berhenti kerja.

Sekarang ni ramai ibu yang mengambil keputusan untuk buat kerja sambilan dari rumah, ataupun berhenti kerja untuk membina perniagaan dari rumah. Ia satu langkah yang baik juga, namun tak semua ibu mahu dan mampu untuk berada di rumah, pada masa yang sama hal ehwal ekonomi keluarga tetap mantap.

Apa-apa pun, anak adalah amanah. Bukan saja amanah ke atas diri kita tapi amanah yang kita ‘hutang’ dengan dunia. Esok-esok, anak-anak ni lah yang bakal mentadbir dunia ni. Tinggalkanlah anak-anak yang hebat, bukan mangsa trauma yang bakal mengembalikan sejarahnya.

Sama-sama kita jaga kepentingan anak-anak kita.

admin Avatar

3 responses to “Anak Kena Kurung di Taska”

  1. mona Avatar

    true. memasing ada kekangan memasing. rasa nak gelak pon ade bile bace komen2 yg menghentam 2 – 3 org yg suh ibu2 sume benti keje jage anak kat umah dan jgn hanya tau ternak anak sahaja. we are not in the position to judge and we are not in their shoes…

  2. Farah Avatar
    Farah

    Haa mmg Ada sanggup spend bende tempat lain dr cari taska elok utk anak..n tolongla jgn percaya sgt penjaga..rasa mcm ada yg tak kena cepat2 selidik or tukar

  3. Naimah Wahab Avatar

    Pernah juga saudara terdekat bagitau yang dia memang tak boleh terperap dalam rumah, jadi nak kene karja. Apa2 pun bergantung kepada pilihan dan kesesuaian masing2 kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge