Anak-Anak Kita Hebat Dan Bijak

admin Avatar

Kalau dulu saya agak bengang dengan kata2 banding membanding, contohnya macam “Anak I dah pandai melukis, padahal baru masuk setahun setengah, memang hebat anak, time budak2 lain masih tak reti pegang pensel, dia dah tau lukis! Anak I memang hebat tak macam anak you”.

Tapi, as time goes by, fikiran makin matang, jiwa pun lebih lapang.

Kini saya terima dengan syukur dan gembira bila anak2 kenalan atau sesiapa saja mencapai perkara extraordinary, mahupun anak saya masih belum mencapainya.

Anak2 kita semua adalah pewaris generasi. Untuk membina generasi terbilang bukan terletak di tangan seorang, tapi sepasukan. So, tak wajarlah kita cuma nak anak2 kita je yang pandai sedangkan anak orang lain ketinggalan…

Bayangkan anak kita jadi ketua, yang hebat, bijak, berwawasan, tapi orang di bawah pimpinannya lembab, rigid, malas.. Ada kemungkinankah anak kita berjaya dalam kepimpinannya?

Biarlah mak bapak dia brag about anak dia ke langit 7 pun, anak dia tak bersalah. Tak wajar kita doakan “alah, sekarang je pandai, esok2 hancur la tu” untuk anak tu oleh sebab kata2 mak dia. Memang perangai tipikal mak nak brag about anak dia, lebih2 lagi kalau mak tu tak ada ape lagi yang nak dibanggakan, kecuali anak dia je. Kasik can la…

Memang menyampah bila orang asyik cakap pandai, anak dia baik, anak dia hebat… Tapi sebagai mak pun, mesti kita rasa happpy dan bangga bila anak kita berjaya. Mungkin kalau kita di tempat dia, kita pun akan buat benda sama?

Pada saya semuanya bertitik tolak pada fokus dan usaha kita sebagai ibu bapa. Kalau kita tengok anak si A pandai membaca di usia 2 tahun, tentunya bukan tibe2 dia pandai membaca. Haruslah dari usaha si A yang mengajar anak dia. So kalau kita memang dah malas nak ajar anak, tak perlu terasa hati bila A bercerita tentang anak dia, sebab kita tak buat apa2 pun.

Bila perkara mcm ni terjadi, untuk mengelakkan sakit hati, apa yang boleh kita lakukan ialah:
– berlapang dada dan meraikan. Seorang genius telah dilahirkan!
– buat tak kisah je. Anak kita bukan tak pandai cuma masih terlalu kecil untuk diajar macam2. Biarlah dia berkembang ikut tumbesaran dan usianya.
– terima hakikat yang kita tak pernah buat ape2 dengan anak kita, so tak ape lah anak si A tu pandai, padanlah dengan usaha dia.
– mengambil langkah segera untuk melaksanakan home education.
– belajar dari A untuk mempraktikkan perkara sama untuk anak kita juga.
– mendoakan anak A agar terus cemerlang dalam hidupnya sekaligus membina dan membela agama, bangsa dan negara.

Kadang2 kita terlalu emosional dan menganggap semua perkara sebagai personal. Maka timbullah perasaan hasad dengki yang tak berkesudahan.

Bayangkan saja, sesama bangsa sanggup fitnah memfitnah, bomoh membomoh demi mencapai hasrat masing2. Akhirnya semua pun rugi.

Kita selalu cakap, industri ni dikuasai bangsa ini, industri tu dikuasai bangsa itu.. Nak buat macamana bangsa kita sendiri saling dengki, saling dendam, saling sakit hati… Dari kita sampailah ke anak cucu besok.

Kita mampu mengubahnya!

Mulakan dengan berlapang dada dengan pencapaian anak orang lain, tumpang bangga sekali. Mungkin anak bijak itu nanti akan jadi pembantu anak kita satu masa nanti. Bukankah lebih bagus mempunyai pembantu yang cekap dari yang lembab?

Tagged in :

admin Avatar

20 responses to “Anak-Anak Kita Hebat Dan Bijak”

  1. yong Avatar

    dah matang la mami..hehe

  2. Zaila Avatar

    Zaila pun tak suka membanding2kan anak Zaila dengan anak orang lain, bukan apa setiap budak ada fasa tumbesaran dia yang tersendiri, antara cepat dengan tidak sahaja..so kalau anak Zaila pandai pegang pensil seawal usia 2 bulan pon Zaila tak heran, melainkan dia pandai berblog seawal usia 2 bulan..haaa yang tu kena heran;)
    Btw, Zaila ada buat contest di blog zaila so sudi2kanlah join contest ni & promote kat kawan2 Along ya, hadiah menarik menanti anda semua;)
    .-= Zaila´s last blog ..Mari Kelih Store 2010 Contest =-.

  3. ummi Hanie Avatar

    siape x suka brag anak sendiri .. tapi berpada2lah..takyah nak banding terang2..nak kena penampor ke ? hikss..joke je ye kak lyna

    anak adalah fotostat parents nya … am i rite?
    atau lebih tepat,anak itu ibarat kain..mcmmnae parents nya conteng,macam tu lah hasilnya
    .-= ummi Hanie´s last blog ..Pontianak di Ganu ?? =-.

  4. neeza Avatar

    lina,rasanya setiap anak ade kelebihan dan kekurangan masing2..saya tak kisah kalau org puji anak masing2..cume jgn lepas tuh nk kutuk anak kite tak tentu pasal..itu sudah lebih..hehe
    .-= neeza´s last blog ..air asia =-.

  5. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    Maybe u don get my point. Its not about anak sape cepat anak sape pandai anak sape tere, tapi celebrating others’ children’s achievement sebagai pewaris generasi. Coz biasanya kita tak lepas dari berasa ‘alah, biasa je anak dia bukan hebat sgt pun. Anak aku lg hebat’. Biarla semua anak2 pun jadi hebat, tak gitu?

  6. Intan Avatar

    I likeee ur entry nie 🙂

    Semua anak2 kita, insya’Allah akan menjadi org yg hebat dunia akhirat…amin.
    .-= Intan´s last blog ..Lucky Follower Number….1 & 200! =-.

  7. temp. housewife Avatar

    I couldn’t agree more. Great advice as usual. 🙂
    .-= temp. housewife´s last blog ..Blogging as a form of escapism? =-.

  8. nadnye Avatar

    kalau semua anak2 kita hebat, baguih, pandai, soleh.. maka generasi kita akan datang akan hebat….Amin
    .-= nadnye´s last blog ..Happy Cloth Diapering Giveaway~sticky until 31 Jan 10 =-.

  9. salzahari Avatar
    salzahari

    ye,,saya setuju dgn Lyna, dlm semua perkara,kita kena belajar belapang dada! betul..kumpulan sokongan/ rakan2 sebaya yg sama bijak, sama rajin lah akan membina sepasukan yg hebat! we, as parent yg u should play the role…don’t let our children ketinggalan dari progress yg sepatutnya (bkn kena hafal sifir umur 3 tahun,pastu algebra umur 6 thn- advance sgt)

  10. izawani Avatar
    izawani

    Betul… kita patut rasa bangga bila ada anak jiran kita pandai. Selalunya apa yang akak buat, akak puji anak dia dulu sebelum dia memuji muji anaknya… ekekeke…

    Tak payahlah rasa dengki, kita kena rasa anak jiran/kawan macam anak kita. Kita sama sama bangga dengan kelebihan ‘anak anak kita’.

    Akak selalu sematkan dalam hati… selalu memuji anak anak termasuk anak orang lain (kalau tak kat mulut, kat hati), merasa bangga untuk mereka juga… merasa anak yang kecil tu anak akak jugak…

    Tapi…. Kalau jenis family yang riak nak mampus tentang pencapaian anak mereka, akak elakkan berbual, dok jejauh jer. Hahahaha….

    Anak dia tak bersalah, kalau budak tu datang dekat (budak kecik), kita letak la tangan kita kat kepala dia… atau belakang dia… tentu hati kita sejuk dari fikirkan yang bukan bukan … kan ?

  11. littlemama Avatar

    anak2 kita semua memang hebat! dengki dgn pencapaian anak org lain not good for the soul especially kalo dengki yg -ve (nak menjatuhkan).. but kalau dengki +ve (ambil pengajaran) is fine.
    .-= littlemama´s last blog ..30 second Speech by Bryan Dyson (CEO of Coca Cola) =-.

  12. lin Avatar

    setuju dengan mommy lyna..kita kena support semua anak-anak generasi skrg ni tak kira lah itu anak org sekali pun..kalau kita tak beri support mereka, macamana diorg nak jadi pewaris generasi yang berkualiti…betul kan?

    lin muhamad last’s post..#kamu mudah tergoda tak dengan…..

  13. mazz Avatar

    sy lak mmg suka tgk pencapaian anak2 org lain. Pastu mula la nak anak kita jadi mcm anak org tu gak. Mula merisik2 apa yg dia buat, search kat web apa yg blh dilakukan but at then end…..sy duk sibuk menkaji jer. Praktikalnya sikit….then mula la rasa bersalah kat diri sendiri….:)

    Setuju yg kita kena berlapang dada dan terima anak kita seadanya dia kerana setiap anak ada kebijaksanaan dan keistimewaan masing2.

    Koleksi baju utk anak2 yg bercirikan muslimah ada kat blog sy
    mazz-collection.blogspot.com

  14. azrinna Avatar

    Tapi kadang-kadang-kadang memuji anak macam tak masuk dek akal. Contohnya bayi umur 7 tahun dah pandai cakap.
    .-= azrinna´s last blog ..Pendinding Diri… =-.

  15. mamadanish&arissa Avatar

    I understand u..and i agree with you
    Mcm ni baru bangsa leh maju..

    I kalau i rasa menda tu bagus..i ckp bagus, i tak peduli ibunya berbangga ke apa ke..janji dia prove dia mmg bagus!Dan akan cuba nak blajar mcm maner dia buat!

    Tapi kalau tak suka…diam je..n tak campur!
    .-= mamadanish&arissa´s last blog ..Ingin Menjadi Pengedar =-.

  16. Mama-Miya Avatar

    “mean mommies” susah nak celebrate achievement anak org lain selain dr darah daging dia..but as u said kita boleh ubahnye. benda ni cam viral gak. kalo kita curah2kan yg positive & buang yg negative, it will attract more positive.
    .-= Mama-Miya´s last blog ..Importance of Breastfeeding to the Mother (Part 2) =-.

  17. zuhaini Avatar

    betul.. kadang2 ada ibu yg membangga-bangga anak dia sangat, aduhai.. sabar je lah..

    oh ya, kak yong di kakyong72.blogspot mintak alamat mami hafiy… nak pos apa tah.. pi la jenguk ya.. 🙂 sekadar menyampaikan.. 🙂
    .-= zuhaini´s last blog ..My-Alia.com Giveaway Special! =-.

  18. MQ Avatar

    setuju dgn pendapat di atas..selalunya mak2 yg jaki tu dia geram dgn mak bapak yg suka brag tu, jadi tempias kat anak yg tak bersalah..padahal kan bagus kalau budak2 sekeliling anak dia pon pandai2 dan hebat2..

    kan lagi baik kalo kita tanya apa petua n teknik dia didik anak sampai anak dia jadi superb, kalo sesuai kita amik pakai, kalo tak sesuai, diam kan aje la..
    .-= MQ´s last blog ..So Proud.. =-.

  19. Ummi Khayra Avatar

    Setuju… I x kisah kalo ade mak2 yang nak cerita psl kelebihan anak die…. tp kalo diorg cite ape usaha diorg smpi anak diorg pandai lagi best… boleh kite pon blh gune cara yang sama.. so.. hasil die.. semua anak2 kite pandai n berjaya…. Amin… hehehehe 🙂
    .-= Ummi Khayra´s last blog ..~ Mom Bloggers Planet 1st Anniversary Gathering 2010 ~ =-.

  20. neroecha Avatar
    neroecha

    Aku pun tak kisahg if org dok puji anak2 drg..aku cuba belajar dr drg ape buat anak2 drg jadi depa n bukan nye jeles..semua anak2 dia lahir kan bijak kita as parent yg membentuk drg…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge