Akaun Deposit Emas CIMB + FREE Gift (Kalau 20g, 200g, 400g)

admin Avatar

Korek2 mail daripada CIMB semalam kat rumah terjumpa brochure ni. CIMB cakap dia baru melancarkan akaun deposit emas (CIMB Gold Deposit Account) sama macam Maybank Gold Saving Passbook Account dan Gold Investment Account Public Bank.

Maklumat lanjut tentang akaun deposit emas CIMB ni sangat terhad. Tak tahu le kat mana nak cek harga jualan & belian emasnya. Dan tak tahu lagi sama ada boleh withdraw dalam bentuk emas fizikal atau hanya koleksi emas atas kertas. Tapi anda boleh cek laman web CIMB pasal Akaun Deposit Emas CIMB kat sini.

Sesiapa berminat, boleh pergi ke cawangan bank CIMB terdekat untuk maklumat lanjut. Dan sebab ini produk terbaru yang masih baru, mungkin pekerja CIMB sendiri pun masih tak dapat nak bagi penjelasan yang tepat. Apa-apa hal pun worth asking.

Pasal free gift tu, tanya pekerja CIMB dulu. Ikut brochure ni, dapat Gold Umbrella kalau letak beli 20g emas, Royal Selangor Plum Blosson Tea Caddy kalau letak 200g & Royal Selangor Four Seasons Beakers (sepasang) kalau beli 400g emas.

Kalau pekerja CIMB pun tak dapat bagi kepastian, tunjuk brochure kat atas tu ke dia. Haha, bagi derang caught in surprise sikit. Btw, promosi sehingga 16 April, 2011.

Tagged in :

admin Avatar

6 responses to “Akaun Deposit Emas CIMB + FREE Gift (Kalau 20g, 200g, 400g)”

  1. Nazri Avatar
    Nazri

    Kak, soalan ni mungkin tak berapa cerdik tapi saya musykil camana orang buat untung atas jual beli simpanan emas ni.
    Katakan la saya ada akaun emas ni sebanyak 50 gram.
    Katakan dulu saya beli RM 110/gram dan harga sekarang RM 140/gram.
    Katakan sekarang saya jual balik emas ni sebanyak 10 gram je, lagi 40 gram maintain simpan dlm akaun, dapat le untung RM 30/gram yakni RM 300.
    Soalannya saya rugi ke untung sebab kalau saya jual 1 g ke, 20 gram ke, 50 gram sekalipun, amount simpanan emas saya dah berkurangan dan saya pulak ‘tak dapat nak menambah’ simpanan emas sebab harga emas semakin hari semakin mahal. Maksud saya kalau nak topup balik even 5 gram pun, fuh.. banyak wooo RM nak kena keluar, susah atau lambat la lagi nak boleh topup 10 gram tu balik.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kita untung sebab dapat jual balik emas pada harga yang lebih tinggi daripada harga jual. Tapi kita rasa rugi sebab bila dah jual koleksi emas2 tu susah nak beli balik sebab harganya yang makin naik, betul?

      My own opinion, tak perlu risau dengan perasaan rugi kalau tak mampu beli balik sebab peluang pelaburan tu ada di mana-mana. Boleh jadi emas turun? So boleh beli balik dengan harga lebih murah lepas dapat untung jual dengan harga tinggi?

      Ataupun, keuntungan jual emas tu tadi dijadikan modal untuk melabur tempat lain yang lebih menguntungkan; perak ke, hartanah ke, saham ke. Ini orang panggil asset/portfolio mgmt, memaksimakan pulangan dengan pengurusan asset sedia ada.

      Tak payah pikir pasal emas je. Emas bukan everything in this world to make money…

      1. Nazri Avatar
        Nazri

        “Tapi kita rasa rugi sebab bila dah jual koleksi emas2 tu susah nak beli balik sebab harganya yang makin naik, betul?”
        Ya betul. Kak re-phrase soalan dengan amat tepat.
        Terima kasih atas jawapan yang memberi saya kefahaman.

  2. Nazri Avatar
    Nazri

    Err 1 lagi. Masa saya g Citibank nak bayar kad kedit minggu lepas, ada nampak banner Citibank Gold Investment Account mcm Public Bank & Maybank tu. Ada sapa2 tau pasal benda ni ?

    Maksud saya, kawan ada bagitau antara Public Bank dan Maybank, lebih baik buka Gold Investment Account ni dengan Public Bank sebab margin jual beli yang rendah (~ RM 5) compare to Maybank yang lebih tinggi.

    1. Nur Avatar
      Nur

      Salam,

      This is a Conventional product which is not comply with Shariah requirement.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        Ni refer to Citibank or this CIMB product?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge