Ada Hikmah Di Sebalik Setiap Kejadian

admin Avatar

[writing in BM bagi menyahut seruan K Fid & K Rizza (biar deme tak seru pun!)]

Biasalah kan, bila ada benda yang tak gembira, kita akan cakap "ada hikmah di sebaliknya". Betul ke tidak, tak tahu lah.

Tapi kalau kita dalami dan perhatikan, memang hikmah yang tersembunyi itu sentiasa ada, dalam apa juga kejadian pun. Cuma ia bergantunglah kepada yang menerima hikmah di sebalik kejadian tu. Kalau kita sabar dan redha, nampaklah hikmahnya. Kan?

Nama pun ujian… Kalau dalam exam hall pun, soalan sesusah mana pun kita perabiskan juga, at least dapatla D ke. Ntah2 lecturer/cikgu bermurah hati, semua dapat markah bonus sebab soalan susah. Tapi kalau tengah2 exam tu terus keluar taknak jawab sebab susah sangat, terus dapat gred TH (tak hadir). Sia-sia je bayar duit belajar sem tu.

Inna maal usri yusro. Fainna maal usri yusro (94:5-6)

Sebenarnya I never question pun kenapa Fahry lahir awal, kenapa Fahry macam tu, etc. Even if ramai orang tanya "Apa sebabnya dia jadi premature?" I just answer "Ntahlah. Dah dia tak sabar nak tengok duniaaaaaa. Biar aje lah diaaaa". Tapi bila merenung kejadian ni setelah Fahry berusia 2 bulan ni, memang aturan Allah itu sangat hebat.

  1. Fahry lahir di Sarawak

    – jauh daripada pengaruh orang-orang (tua) yang kita tak tahu macamana respon mereka. At least kat sini semuanya kawan-kawan je. Semua pun ‘bengong’ macam kami. So tak ada yang nak cakap bukan-bukan.

  2. Fahry premature – 42 hari dia di SCN. Bila balik rumah, Mommy dah habis pantang (pantang?hahaha) & episod kesyahduan kami dan para hadirin (orang yang datang visit) dah tamat. So tak adalah yang visit Fahry and cakap "Kesiannya… kesiannya dia..". Semua yang datang, bergelak ketawa bersama kami (bersyukur dan meraikan).
  3. Fahry lahir dalam keluarga kami – semua orang menerima Fahry dengan gembira sekali especially Mommy. Tak nampak beza apa pun Fahry dengan Hafiy. Fahry pun tak ada kene manja-manja terlebih. Sama je kamu dua orang. Penah Mommy diberitahu, ada mak yang tak bole terima keadaan anaknya, walaupun kecacatan minor. Kesian baby ditinggal sorang-sorang… (sapa yg cakap ye? Lupa dah laaaa).
  4. Fahry dapat menangkis serangan ABS di bahagian dada – di dada Fahry ada parut sebenar syiling 5 sen. Syukurlah ia tak menjerut sampai ke dalam yang mana organ-organ vital ada kat situ.
  5. Fahry hensen dan femes – girangnya hatiku ini bila mendapat SMS, email, mesej, pm atau apa saja medium komunikasi yang bertanya khabar Fahry. Mak mana tak suka anak dia glemeeeeerrrrrrrrrr. Ni lagi glemer dari Fahri Ayat2 Cinta mahupun Fahrin Ahmad. HaHaHa. (tak ke? takpe la. nak perasan tak bole ke?)

Bila kita melihat semuanya sebagai positif, insya-Allah akan menjadi positif. Kalaupun things not turn out macam yang kita expect, kita akan lebih redha dan ‘Aiman tak kisah’. Sape la kita ni pun.. hidup menumpang je kat dunia ni. Seperti Sabda Rasulullah SAW, manusia kat dunia ni umpama seorang musafir yang berhenti rehat kat bawah pokok je, & lepas tu nak sambung jalan lagi. Part yang rest bawah pokok tu je dunia ni. Dahla rest bawah pokok je, bukan R&R pun. 

Jadi toksah sedih terover atau happy terover dengan kehidupan kita kat dunia ni. Sekejap sangat je. Sebab sekejap tu, takyahhlah buang masa membuat benda takde faedah, baiknya gunakan masa tu untuk membangun agama, bangsa dan negara.(hambik kau Mommy!)

Bukan kena keluar pegi dakwah/perang/jihad pun. Mendidik anak-anak itulah usaha membangun bangsa & agama seorang mak. Seperti kata pepatah Arab, bila kau mendidik seorang lelaki, kau mendidik seorang, bila kau mendidik seorang wanita, kau mendidik satu bangsa (lebih kurang camtulah, ingat tak ingat je ni).

Tu la dia peranan sorang mak. Yang dok tekan-tekan umat Islam tu semuanya ada mak. Ntah ape la mak dia ajar masa deme tu kecik-kecik dulu ntah. (Ada la orang kasi artikel pasal tu, malas nak cerita)

Maka Mommy dengan bangganya menayangkan kaki & tangan Fahry kepada umum dengan pesanan ringkas "Tak payah risaulah kalau anak anda lahir cacat-direct je sebut cacat- (kalau anda sedang mengandung & risau bukan2 terhadap anak dalam perut). Maknanya anda mak yang best. Doakan yang terbaik. Jaga dia elok-elok macam orang lain. Biar cacat tapi hensem dan berguna dari tak cacat tapi hampessss ".

Semoga Fahry (& anak-anak yang lelain juga) jadi insan berguna (bukan dipergunakan). Bak kata Haji Rezz (bukan nama sebenar) boss HR, ada sorang profesor buta, abang dia yang tak buta bawak dia pegi mana-mana. Tapi yang buta jadi profesor (oh abang profesor, saya tidak berniat memperkecilkan kamu. Mungkin encik abang profesor tu lebih profesor dari profesor).

fahry_superkids16

panic free

fahry_superkids15 

L-R : Tangan kiri (kelingking je sempurna), Tangan kanan (jari tengah takde satu ruas), Kaki kiri (kelingking je sempurna). Senang, tak payah potong kuku banyak-banyak.

download assassins divx

*Hari ni Abiy pegi offshore. Esok Fahry ROP second time. Next week jumpa Pakar Ortopedik & cucuk 2 bulan. Result first ROP – no ROP.

admin Avatar

43 responses to “Ada Hikmah Di Sebalik Setiap Kejadian”

  1. hetz Avatar
    hetz

    you’re an amazing person. thanks for sharing this with us 🙂

    oh noo… im an ordinary person jer.
    btw sama2 😀

  2. zety Avatar

    Pada pandangan mata saya, Fahry takde cacatnya. Serius. Dia sempurna pada mata saya.

    Fahry sungguh bertuah lahir dalam keluarga Mommy Lyna. Dan Lyna sungguh bertuah kerana dikurniakan anak yang hensem macam Fahry.

    ya Fahry mmg hensem, lebih hensem dari Fahri ayat2 cinta. hensem ke Fahri tu? nayyy

  3. mamaamir Avatar
    mamaamir

    alom…

    betapa fahry bertuah dapat mummy macam alom and abah macam wak..Tgk pic dia..fahry mmg sempurna diciptakanNya

    saya mmg memberi tuah kpd org2 disekelilingku
    muahahahaha

  4. aishah Avatar

    salam..sungguh bertuah fahry dapat mummy mcm lyna..sha doakan semoga lyna dan anak2 sihat dan tabah dgn ajukkan org2 sekeliling..fahry memang hensem..

    salam sha

    alhamdulillah.. TQ kerana doakan kami 🙂
    Fahry hensem & lagi hensem sebab dia tak suka nangis2
    hehe

  5. anamiraa Avatar
    anamiraa

    yes, there are always two sides of the coin.

    you’ve picked the right one!

    :O)

    i am a customer
    customer is always right!
    😀

  6. ibu adam ariff Avatar

    salam,
    hai mommy lina..actually I baru je tau pasal halba tu..
    my friends forward the email to me..
    i pun belum pernah cube lagi..
    nnti kalo I got any info i info back to u k..
    keep in touch

    salam ibu adam ariff
    allrite, will be waiting 😉

  7. Fid Avatar

    [writing in BM bagi menyahut seruan K Fid & K Rizza (biar deme tak seru pun!)]
    sungguh terharu kahkahkahkah
    Ehh I tak kisah ya u nak tulis dlm bhs apa pun!I bleh faham kahkahkahkah..I tak faham I kacau u laaaaa

    lyna
    montel dah tangan dia..kaki dia…dah rasa ada hati nak gigit laaaaa
    kalu jumpa I sila jaga anak u baik2 kang aku gigit!

    i nak tulih bahaso kelate tp payoh nok ejo sesetengoh pekataer. hix.

    montel ke? taklah. biasa je. hehehe. (sambil menggaru2 belakang leher gaya katun Jepang)

  8. salwa Avatar

    ye betul..sy suka kata2 kak anamira.yg citer pasal anak cacat minor kena tinggal sorg2 tu kite la…yg baby girl cleft palate kena tinggal 2 bulan kat nicu mak dia tak dtg2

    a ah laa. Sal yg citer. hahahha. bole pulak lupa 😛

  9. zuhaini Avatar

    saya terharu + kagum dengan para ibu yg tabah menghadapi dugaan ni.. sabar ya.. tp cute la si fahry tu.. ni buat saya rasa mcm nak pregnant je.. hihi..

    anyway, anda di tag! 🙂 hahaha..

    pregnant, jangan tak pregnant 😀
    (berazam utk membayar hutang2 tag samada yang lapuk atau baru)

  10. mirah Avatar

    Lyna, semuanya pinjaman cuma jua..
    Bersyukur lah kerana masih ada insan di luar sana yang lebih dashyat dugaan yang Allah timpakan untuk uji keimanan mereka…
    Anyway, tangan fahry dah nampak tembam. Ohh nnt msg lah kita result rop fahry yea..

    betul benar tu
    kat luar sana lagi ramai mereka yg menghadapi benda yg tak terjangkau dek pemikiran ini
    cuma derang takde blog, so tak tahu huhuh

    insya-Allah, nt kite sms OK!

  11. LeeN Avatar

    kan senang kalo sme pk macam lyna ni… hehe. tp penyebab yg lyna letak kat nombo satu tu mmg… dlm keadaan yg masih ‘panas’ dulu tu, mmg sakit juga tinge walopon kita ‘buat2’ dengar.. kan?

    so takyah la nk cerita panjang2 lg kenapa kita kat atas muka bumi ni.. puan lyna dah terangkan dengan panjang lebar ye emak2 semua..

    sini bukan RnR pun. bawah pokok je..

    so no big deal la pun kan kalo kite nak beli baju tp takde saiz walopon baju tu cantikkkk sgt di mata kita.. siapa kita ni sebenarnya? tuan ke kat atas muka bumi ni? tak kan…?

    nice article lyna. really.

    sapa nak beli baju tapi takde saiz?
    (saya dah lamaaaaa tak beli baju)

  12. NeroEcha Avatar

    Hidup bahasa melayu…i’allah akan jadi prof tu..

    Hidup BM!
    biar jadi prof asal kaya hahaha (apa kaitan?)

  13. anasfadilah Avatar
    anasfadilah

    bagi saya fahry takde cacat nye

    caption “senang,tak payah potong kuku banyak-banyak” tu..kelakar pun ada

    pasal saya teringat diri sendiri

    gigi jarang

    orang selalu persenda

    saya selalu kata

    “senang,daging tak lekat celah gigi…tak macam korang..”

    atau

    “gigi jarang tade kaviti…”

    hahaha..

    memang setiap benda jadi ada hikmahnye 🙂

    sebut pasal gigi…. gigi ini dah mengalami kerusakan yg teruk
    tp tak pegi2 lagi jumpe dentist
    arghhh
    tanak pakai gigi palsu!!!

  14. salwa Avatar

    Lyna u kena collect ur award kat ‘umah’ kite…dtg tau..

    orraaaiiitttt

  15. suri Avatar
    suri

    menitis airmata aunt bila baca mami fahry neh tulis…
    noty btl la mami fahry neh..

    fahry sayang..
    aunt harap fahry belaja rajin2..
    fahry anak yg hebat..
    dlm kandungan fahry bley menahan sakit..
    di dunia ini fahry mesti lebey kuat..

    Fahry says : isk auntie suri ni jgnla sedey2. tak rock laa.
    Fahry pun tak nangis2 tau 😀

  16. rizza Avatar
    rizza

    amboi menyahut seruan kami ye… hehhe syabas!!

    yup… sesuatu tu terjadi ade hikmah disebalik nye.. kita kena teliti dan bersyukur …

    ko memang ibu yg hebat….. Fahry dan Hafiy memang bertuah mempunyai ibu seperti lyna….

    betul la fid.. montel2 tangan2 nye… macam mak gigit2 (tak leh tgk tangan kaki baby montel2.. geram je…)

    bukan mereka yang bertuah tapi saya yg bertuah kerana mendapat anak seperti mereka (ayat drama).
    nanti la… bulan depan Fahry lagi montel lagi bulat lagi tembam. arghhhh! cepatla besar!!! (ni la manusia, dah besar besok komplen penat nk jaga plak)

  17. mrs noba Avatar
    mrs noba

    you are one STRONG mother. enough said.

    (oh Tuhanku, jgnlah kau uji dengan benda yg tidakku sanggup menghadapinya).

  18. nor-mommy2h Avatar

    seorang ibu yang hebat dan tabah! insaf sekejap nor bila fikirkan selalu merungut penat jaga hero 2 org tuh..huhu
    bertuah hafiy dan fahry ada ibu mcm lyna…semoga nor pon bole jadi setabah lyna…aminnn
    mmg betul setiap yg terjadi baik atau buruk ada himah di sebaliknya, think from the bright side, InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan 🙂

    jari2 fahry montok dan cantik..geram je nak geget..halqy tu byk kai kena geget dah..hafiy pon masih menjadi mangsa mommy dia!hahaha

  19. sya Avatar

    salam,
    fahry tentu membesar sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi…
    fahry sangat beruntung dapat mommy Lyna..
    saya berangan anak saya, darwisy dapat berjumpa fahry satu hari nanti… sebab diorang sebaya.. 😛

  20. puteri1@mama_aqilah Avatar

    alahai budak encem ni dah cukup besar aar… cacat cela tu cuma sikit je lyna… kan… fahry kuat…n bijak…semoga membesar dengan sihat n bijak ye..

  21. kakyong Avatar

    tahniah mommy lyna,
    proud dpt kenal ibu muda yang strong mcm u..

  22. bAiTi Avatar
    bAiTi

    alhmdulillah, fahry lahir dari seorang mommy yang begitu tabah, sabar + positif. Insya Allah, dia akan membesar menjadi insan yang terbaik ;).

    Tak sabar nak tengok Fahry membesar, sure hensem berganda2 hehehe.. 😉

  23. mama emma Avatar

    akak tau prof yg buta tu… dia la student buta ptama yg dpt masuk U (x sure U mana… dia tu prof ismail kan?

    “YB. Senator Prof Datuk Dr. Ismail Md. Salleh
    Vice Chancellor
    INTERNATIONAL UNIVERSITY COLLEGE OF TECHNOLOGY TWINTECH

    vc kolej akak tu… woohoo!!!

    kalau lyna nak tau, dia boleh tau warna baju anak dia, tp dia x nampak.. camna tu???

  24. lindahpadlee Avatar
    lindahpadlee

    salam ziarah,

    thanks for dropping by..anyways, suka dengan blogni..betullah setiap benda yang berlaku pasti ada hikhmahnyer…samaada kita terima atau tidak..semua manusia tidak sempurna..namun kita boleh merubah menjadi sempurna..jemput datang lagi ke blog yer..

    regards

  25. mommylyssa Avatar

    you are inspiring!

  26. Nur Avatar

    yup..agree 300%!
    Allah mmg tau mommylyna mmg kuat, that’s why Dia kasi ujian yg bkn sumer og bley lalui..

    Go go go Fahry!
    nanti besar jadi anak yg soleh cam abg hafiy okeh!

  27. laila Avatar

    mommy lina..
    ye betull… segala yg berlaku ade hikmahnyee…
    .. anda mmg seorang ibu yg amat tabah… TABIK!!!
    .psstt…org kelantan ke??

  28. ibu rayyan Avatar

    oh..sgt comel bila Fahry letak tgn silangkan mcm tu..
    jari2nya dhle montok..
    betulla, rasa nak geget2..ummmpph

  29. emmacommey Avatar

    cayalah kak…nanti bile emma da jadi mommy jugak…nk jadi mommy mcm kak la…macam best jek jd mommy like mommy lyna…

    tulun peluk ciom hafiy ngan fahry… 🙂

  30. Yus Avatar

    Lyna…
    Keep strong and tough babe!!!

    Berat mata yg memandang, berat lagi mata yg memikul

    Fahry sayang,
    don’t feel isolated ye..
    U are most welcome in this world.

    Lyna, saya pun tak la adakah saya sekuat awak.
    Mcm yg Kak N bgtau pada saya, manusia itu diuji atas sifat2nya.
    Awak mmg kuat..

  31. nurul Avatar

    normaly, anak yg dilahirkan kurang sempurna mmg hensem & bnyk kelebihan mcm my bro in law.. mmg hensem smpai org x perasan pun ‘kekurangan’ dia.. dia lebih kurang cam fahry, cume ade ibu jari je, jari yg lain semua x de, blh kanan plak ade jari tp semua x de kuku… i x persan pun when 1st time i saw him, smpai la hubby bgtau, then, bile peratikan betul2, baru perasan…

  32. annasuejie Avatar

    hi~!
    saya 1st time kat sini…itupon sbb u bg comment kat my chatbox~ thanks neway~ 😉

    for me..semua baby dlm dunia ni comelll sgt…yg lain2 tolak tepi k~ 😉

  33. k ina Avatar

    beauty is in the eyes of the beholder… 😉

    kalau sape yg kata fahry tak comel tu maknanya dia yg tak sempurna, it’s not the other way around…

    Serious, takyah potong kuku, k ina dulu kecik2 suke gigit kuku hehehe sbb malas potong kuku hahaha…fahry senang, settle…

  34. ain Avatar

    SALAM MOMMY LYNA,

    BETAPA BERTUAHNYA FAKHRY DAN HAFIY PUNYA MOMMY SEPERTI LYNA. SAYA SUNGGUH KAGUM DENGAN KEKUATAN DAN KETABAHAN YANG LYNA MILIKI.

    TAK SABAR NAK TUNGGU PERKEMBANGAN FAKHRY DAN HAFIY SETERUSNYA….

  35. ellisa Avatar
    ellisa

    hi mommy lina…

    saya sgt kagum dgn ketabahan mommy, bertuah fahry dan hafiy punya mak seperti kamu..saya sebak membaca blog kamu kerana kamu adalah orang yg sangat berjaya menghadapi hari2 yang telah ditentukan oleh Tuhan..Sentiasa bersabar dan besarkan hafiy dan fahry dgn sewajarnya…saya pun mempunyai seorang anak perempuan sebaya dengan anak kamu…saya bayangkan kalo saya ditempat kamu dan mungkin tidak setabah kamu…Apapun ‘ada hikmah disebaliknya’…

  36. kakLuna Avatar

    besar atau kecil sesuatu ujian atau masalah itu sebenarnya tidak penting, yang penting ialah bagaimana kamu menanganinya..

  37. kakLuna Avatar

    dlm idup kita ni hanya ada 2 pilihan saja setiap kali memulai hari yg baru, iaitu nak yg baik atau buruk, nk yg bahagia atau derita, nk yg manis atau masam nk yg gelap atau terang…smuanya terpulang pd kita kerana kita yg menjalani idup kita dgn matlamat akhirnya mdapat keredhaan Allah

  38. kakLuna Avatar

    mslh manusia ni sbnrnya yg paling hebat ialah bila akidahnya, keimananya kpd Allah diugut dan diancam, masalah lain hanya lah kecil tp kita saja yg merasakan mslh kita itu terlalu besar.

    – dr La tahzan

  39. Watie Avatar

    Lyna,

    I’m so proud of u dear!! Besar sungguh kuasa Tuhan kan, walaupun sangat2 awal Fahry lahir, tapi masih bernyawa. I baca ur stories masa u lahirkan dia pun i dah takut giler (baca pun separuh-separuh sebab takut nak bayangkan, pasni kena baca balik btol2, heheh), then I only get to know about this..

    I feel sorry for u dear, tapi sangat2 kagum dengan ketabahan yang u miliki. Kita tak sangka kita tabah selagi tak melalui apa2 ujian kan? I support u all the way ..peluk cium Fahry ok..:)

  40. Riez Avatar

    salam mommy lyna..suke bace blog u..n feel proud of u..ketidaksempurnaan fahry di sempurnakan oleh ibu sepertimu…sehingga tiada nmpak nye kekurangan fahry itu..GO GO Mommy!

  41. faizah Avatar
    faizah

    fahri sangat bertuah dapat mommy macam mommy lina.. terharu saya dengan mommy lina yang menerima lebih dan kurangnye fahri..kita x perlu malu menghadapi semua dugaan dari Nya. setiap dugaan yang diberi akan diberi kepada hamba yang boleh menghadapi..insyaallah…anak adalah anugerah Allah…

    1. nur Avatar

      Anak adalah anugerah yang amat bermakna..Ramai lagi insan lain yang inginkan anak,saya sudah 5 thun berkahwin tapi belum ada rezeki,saya dan suami redha dan yakin suatu hari nanti rezki kami akan ada..Hati saya amat terusik bila melihat anak2 kawan tapi saya hanya sabar dan terus berdoa supaya suatu hari nanti saya akn dianugerahi anak jua…Setiap kejadian,dugaan,ada hikmah yang tersembunyi..Allah maha berkuasa..Saya bangga kerana walaupun saya saudara baru saya mempunyai suami yg sentiasa membimbing saya kearah jln yng benar..Saya bertuah kerana Islam adalah agama ku..
      .-= nur´s last blog ..Dakwaan salah guna kuasa MB: YBK buat laporan polis =-.

  42. nur Avatar

    Tahniah buat anda..Saya bangga dngan anda moga hidup anda dan keluarga bahgia dunia dan akhirat..Saya pernah lalui dugaan hampir maut tp berkat doa dan Allah mmberi peluang untuk saya hidup saya tak akan sia2..kan hidup saya lagi..Saya akn sntiasa untuk mengingati Allah masa sihat dan sakit saya..
    .-= nur´s last blog ..Dakwaan salah guna kuasa MB: YBK buat laporan polis =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge