Sambungan kembara kami di Hong Kong, selepas ber-boating di Aberdeen, kami ke kilang jed dan jewellery di Queen’s Road, Hong Kong. Saya bukanlah peminat barang kemas, malah takde seurat barang kemas pun di badan, termasuk cincin perkahwinan pun tak saya pakai. Satunya, cincin kahwin dah kena curi T__T dan cincin yang ada dah longgar.
Tapi orang kata, kalau ke China tak sah kalau tak tengok benda-benda ni. Batu jed adalah simbol kemuliaan, maruah, dan ketinggian taraf masyarakat di China. Setiap simbol membawa maksud yang tersendiri.
Kami diberitahu, simbol yang terkenal di Hong Kong ialah simbol ‘kipas’ yang membawa maksud ‘nasib baik’.
Google-google tak jumpa pula exact bentuknya, hehe. Tapi lebih kurang macam di bawah, dalam benda bulat tu kipas yang boleh berpusing-pusing. Semakin bagus pusingannya, makin baiklah nasib pemakainya.
Boleh dijadikan loket ataupun kerongsang.
Harga barang kemas di Hong Kong mengikut jenis dan design-nya. Makin banyak ‘ong’ makin mahal lah.
Saya beli gelang copper, hehe. Katanya bagus untuk blood circulation. Saja lah beli untuk tanda mata.. kenang-kenangan dari Hong Kong.
Batu-batu jed semua tu, tak reti nak belek. Tak pandai nak appreciate agaknya. Namun begitu, penerangan dari sales assistance tu boleh tahan jugalah. Faham mungkin, kenapa orang sanggup berhabis untuk jed yang bermacam bentuk.
Tapi yang paling menarik adalah ini…
Leave a Reply