Cara Hantar Susu Ibu ke Taska atau Pengasuh

admin Avatar

Ibu yang bekerja biasanya memerah susu badan untuk ditinggalkan kepada pengasuh supaya diberi kepada anak yang ditinggalkan. Jumlah susu yanh ditinggalkan ialah mengikut keperluan bayi yang menyusu.

TIPS UNTUK SUSU YANG DIPERAH.

1- Simpan dalam kuantiti ‘sekali minum’ dalam container. Jadinya tak berlaku pembaziran.
2- Labelkan container dengan nama bayi dan tarikh diperah.

Ibu boleh mula pam susu dalam 1-2 minggu sebelum mula bekerja. Kalau dapat lagi awal lagi bagus, tapi jangan terlalu obses nak banyakkan stok. Ingatlah, masa dalam pantang adalah masa kritikal untuk bersama dengan anak yang baru lahir.

Bila dah mula kerja, hantarkan kepada pengasuh dengan melebihkan susu fresh (yang tidak dibekukan) berbanding EBM beku.

Berapa oz nak tinggal kepada pengasuh? Cara paling mudah ialah dengan membuat latihan iaitu tinggalkan bayi dengan EBM dalam tempoh 2-3 hari selama 8 jam (atau jam ibu bekerja) untuk memastikan berapa oz cukup untuk bayi.

Rule paling senang untuk membuat estimation ialah —> bayi minum 5 oz untuk setiap kilogram berat badannya dalam masa 24 jam. Jadi kalau bayi beratnya 5kg, 5×5 = 25 oz dalam masa 24 jam; 25/3 = dalam 8 oz lebih minimum dalam masa 8 jam. Tapi ini estimation saja.. Boleh la dibuat panduan untuk tidak tinggal susu kurang dari paras minimum.

TIPS NAK TINGGAL SUSU IBU KEPADA PENGASUH

1- Estimate dalam satu botol/container cukup untuk sekali feeding. Tak payah nak isi penuh2.
2- Lebihkan yang belum dibekukan.. Misalnya kalau baby minum 5 botol, tinggal 3 botol susu yang belum masuk freezer (tak beku) dan 2 botol susu beku. Atau 4 susu fresh 1 susu beku. Susu fresh lebih baik. Dulu2 saya hantar 2 botol susu yang baru diperah pada sebelah paginya (termasuk yang dah pam sebelumnya) ke rumah pengasuh.
3- Lampirkan satu helaian ‘PANDUAN MENGURUSKAN SUSU IBU’ bersama fridge magnet kepada pengasuh supaya dia boleh tampal di pintu peti sejuknya dan baca selalu.
4- Gunakan botol susu berasingan dari storage bottle.
5- Gunakan beg yang sesuai untuk transport susu dari rumah ke tempat bayi dijaga.
6- Untuk susu beku, gunakan yang paling lama disimpan terlebih dahulu (FIFO).
7- Kalau boleh, bagi warmer sekali. Pengasuh pun mesti suka konon2 mudahkan kerja dia.

Untuk hari2 pertama, boleh tinggalkan susu sedikit lebih untuk mengelakkan insiden susu tak cukup.

Di pejabat pula, ibu kena pam secara konsisten. JANGAN TUNGGU BREAST BENGKAK DULU BARU NAK PAM. Pam susu mengikut jadual.

Susu yang dipam tu, separuh simpan di fridge (peti bawah) untuk kegunaan hari esok, separuh bekukan untuk kegunaan masa depan & masa kecemasan.

Selamat maju jaya kepada ibu-ibu dan bakal ibu!

Tagged in :

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge