Anak Ramai – Kualiti Atau Kuantiti?

admin Avatar

Seringkali jadi topik perbualan tentang hal ini. Bila menyentuh soal anak – adakah kuantiti, atau kualitinya yang penting?

Ada yang berpendapat, adalah penting untuk menjaga kualiti anak, oleh itu mereka merancang kehamilamn,agar anak2 yang lahir dapat diberi perhatian dan asuhan secukupnya.

Ada pula yang berpendapat, setiap anak ada rezeki masing2, jadi tak perlu risau tentang perhatian dan sebagainya. Sebagaimana Rasulullah SAW menyukai apabila umatnya ramai.

Jadi, kes 1 atau kes 2 yang betul?

Sebenarnya persoalan ini (kualiti vs kuantiti) telahpun banyak kali dijawab oleh Islam itu sendiri. Antaranya ialah dua contoh di bawah.

Pertama, dalam peristiwa Perang Badar. Jumlah umat Islam dalam peperangan Badar ialah 300 orang, manakala orang kafir ialah 1000 orang. Namun dalam Perang Badar, tentera kafir telah kalah dengan begitu teruk sekali.

Kedua, dalam al-Quran sendiri Allah mencela golongan yang ramai tapi tak mendatangkan faedah. Banyak ayat2 macam “..amat sedikit yang mengetahui…”, “…amat sedikit kamu bersyukur…” menunjukkan jumlah yang ramai tu yang jahil, yang tak bersyukur, dan sebagainya.

Dalam kedua-dua kes di atas membicarakan soal kualiti vs. kuantiti yang begitu jelas sekali.

Dalam Perang Badar, ratio 1:3 tu macam tak logik aje. Sorang lawan 3. Tapi pertolongan Allah itu tiba, kerana kualiti yang dipegang oleh tentera Islam. Mereka mengikut kata ketua, malah dalam bulan puasa sanggup berada di medan perang. Compare juga kepada jumlah tentera Islam dalam peperangan Uhud yang mencapai 1000 orang, namun mereka kalah kerana kurangnya kualiti yang ada dalam diri tentera2 tersebut. Mereka tidak dengar cakap ketua, cepat kelabu mata dengan harta dan sebagainya.

Itu dah cukup membuktikan bahawa Islam itu mementingkan kualiti, bukan kuantiti.

Dalam contoh kedua, ayat2 yang menceritakan ‘amat sedikit’, ‘amat sedikit’ tu… memberi mesej bahawa tak ada faedahnya ramai2 tapi tak reti bersyukur. Kalau ramai tapi semua jadi pencuri, bagus ke?

Menyentuh soal anak, Prof Yusof Qadrawi juga berpendapatan yang sama. Meskipun Rasullah SAW berbangga dengan umatnya yang ramai, namun Baginda takkan bangga kalau yang ramai2 tu adalah stok2 yang menyusahkan umat manusia lain.

admin Avatar

28 responses to “Anak Ramai – Kualiti Atau Kuantiti?”

  1. lydzar Avatar

    setuju! kalau ada ramai, terbiar je kesian juga kan..

    tp orang2 dulu, ramai juga anak mereka, boleh pulak berkuantiti yg berkualiti..

    so lyna bila nk tambah ahli lagi 🙂
    .-= lydzar´s last blog ..Yahoo- Messanger Im Mobile =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Tambah lagi bila dah buat LASIK. Ok tak alasan? Hahaha

  2. arin Avatar

    saya pergi kepada ke dua-dua nya. kuantiti dan of course kualiti. macam arin, makin lama umur makin banyak, kalau nak ditumpu pada kualiti je pon susah. kalau boleh nak ada anak seramai mungkin.
    .-= arin´s last blog ..Restoran Arab Di Melaka =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Betul tu. Anak ramai Dan berkualiti, barula sampai maksud Rasulullah

      Hehe

  3. sitisifir10 Avatar

    Entry hari ini tidak menenangkan ibu beranak ramai… pasti ada dalam ramai2 di sana yang masih mementingkan kualiti dalam kuantiti
    .-= sitisifir10´s last blog ..Iklan Oligo =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Cuba baca lg sekali saya tidak menujukan kepada siapa2. Anak tak ramai pun tak bermakna semua berkualiti. Kan? Saya cuma mencadangkan tentang quality saja, kuAntiti tu ikut sedaplah kot. Kalo anak sorang tp tak dididik dgn baik, takde maknanya nak kualiti2 kan.

  4. Ina Avatar

    To me kedua2nya penting but of course kualiti must come first.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Indeed.
      Sbb tu Rasulullah suruh beranak ramai2 hehe

  5. Wan Anie Avatar

    sudah tentulah kualiti, tapi jika kuantiti besar dengan kualiti tinggi lagi bagus 😀

    Blog Tinta Comellote
    .-= Wan Anie´s last blog ..FREE Bag Keychain Yang Cute =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Ye gitu. Bukan menidakkan kuantiti tp konsep prioritization hehe

  6. ain fathihah Avatar

    kak lyna, 5orang anak tu, tak ramai pun.

    yeay! hafiy n fahry akan dapat lagi 3org adik. hehe
    .-= ain fathihah´s last blog ..Hello- mau top up tulis nombor sini ya =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hahahahahaha. Nak ramai2 tp mcm dah Tua sgt plak nk lebih2 huhu

  7. Fid Avatar

    kakak pentingkan kualiti walaupun apa kata org anak dah besar bila nak tambah
    kakak tetap nak kualiti
    kakakakkakakakaka

    apakah?
    .-= Fid´s last blog ..kenapa saya suka kata hasil jahitan bag saya itu SENGET =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sikit tak semestinya berkualiti

      mahahaha

  8. knv Avatar
    knv

    apa kes pulak yang tak berkuantiti dan tak berkualiti.. lagik haru kan? 😛

    kualiti pun very subjektif. bergantung pada definasi parents. 😀
    .-= knv´s last blog ..the gems =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kualiti secara general sudah. janji hidup tak menyusahkan masyarakat 😀 kan?kan?

  9. Fith Avatar

    agree with you kak lyna.
    tak boleh dah nak samakan dulu dan sekarang,as for now cabaran mendidik tu sangat besar.kuantiti yang ramai plus kita kerja plus dunia material hari ni kalau anak sampai 10 hmmm mungkin susah jugak kan,tak dinafikan masih ada yang mampu dapatkan kualiti dalam kuantiti tapi cuba tgk brp kerat sgt laa kan,hehe.sbnrnya kesian tgk org2 yg anak ramai tp at the same time anak2 terbiar,pelajaran pun tak ke mana,huhu…
    .-= Fith´s last blog ..Resepi2 masakan hujung minggu ini =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      itula maksudnya. walaupun setiap anak ditetapkan rezekinya tapi ditakdirkan kita kena usaha, plan, organize.. cara2 nak dapatkan rezeki & didik mereka.

      nampaknye ramai salah faham kan? kalo cakap KUANTITI tak semestinya banyak. sikit pun bersabit kuantiti juga, & kualiti tu tak kira banyak ke sikit. cuma bagi contoh2 nak bagitau kuantiti banyak pun takde guna kalo tak berkualiti.

      hehe

  10. fid Avatar

    ada kes org kata anak tu rezeki
    tapi dwpa lupa rezeki utk anak kena juga cari bukannya main beranak biar beranak biar
    sedar2 anak 12 tapi sekolahnya idak dgn alasan ulat dalam batu pun bley hidup
    kalau anak ko tu ulat ok la

    masalahnya anak jd SAMPAH masyarakat…tak pee tu rezeki dia
    hah???
    .-= fid´s last blog ..kenapa saya suka kata hasil jahitan bag saya itu SENGET =-.

  11. fid Avatar

    saya sokong kuantiti tak kata bnyk ke sikit sikit pun kuantiti juga
    kualiti??
    hahahahaa
    .-= fid´s last blog ..kenapa saya suka kata hasil jahitan bag saya itu SENGET =-.

  12. adianiez AIDA Avatar

    bagi aida kualiti yg penting. sebab, kalau ramai tapi menyusahkan parents, family, k’jaan, bangsa dan agama, tak guna! juga bergantung kpd kehendak parents and cara mereka corakkan idup anak-anak. bukan salah anak yg dilahirkan, peranan parents yg ‘mengadakan’ tu penting.

  13. Asiah Abd Jalil Avatar

    Pasangan yang halal, sibuk nak berkualiti-kualiti sampai limitkan anak takat 2 orang.

    Pasangan yang tak halal, selamba dek beranak ramai-ramai, pi buang rata-rata, suruh rumah kebajikan kutip dan besarkan.

    Esok-esok ada 100 anak yang berkualiti, Alhamdulillah. At the same time ada 1000 anak luar nikah, katalah 100 dapat dibesarkan menjadi yang berkualiti, tinggal 900 yang tak berkualiti. Tak membangun juga negara kalau 200 yang berkualiti kena tanggung 900 yang tak berkualiti… (sekadar suka-suka letak nombor, tidak berdasarkan apa-apa statistik).

    Tengok Singapura, semua pakat nak lahirkan anak yang berkualiti, setiap pasangan cuma ada 2 orang anak. Sampaikan depa dah tak cukup rakyat nak mengisi jawatan tentera dan polis. Kerja-kerja lain boleh bagi warga asing isi, tapi hal-hal keselamatan negara, kena cari warganegara juga.
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Ayah anak-anakku =-.

  14. laila Avatar

    hehe… mcm2 rupanya pendapatan2 di atas…
    utk saya & suami, KUALITI plg penting… kuantiti adalah berdasarkan KUALITI anak2 yg pertama-kedua…. berdasarkan mampu ke idak kami nk bagi yg terbaik utk anak2…. usaha kami adalah ‘merancang’… Tuhan yg tentukan rejeki tu spt yg dirancang atau tidak…:)
    .-= laila´s last blog ..Pencarian – part time maid-cleaner -amp tukang urut selepas bersalin Sticky entry =-.

  15. meah Avatar
    meah

    kebanyakan pendapat mmg betul..kualiti lg penitgn dr kuantiti, tp kalu dpt hasilkan kuantiti yg banyak n berkualiti, itu lagi bagus.. cuma cabaran hari ini tuh yg menakutkan sgt2…sebab kite tak boleh simpan jer anak kt umah, they will go out, find the truth about life in different ways as early as 2months..yelah, kalu career mom, of cos lepas pantang samada bagi kt bibik atau pengasuh jaga, itu dah kire expose diorng to a different world compared to their life with us as a parent….so it depends…

  16. tupperware lover Avatar
    tupperware lover

    topik yg memang menarik 🙂 bg saya kualiti pada kuantiti tu bergantung pada persekitaran pembesaran budak2 tu gak. ada yg anak sorang dua aje, tapi perangai macam antu..huhuuhu..sbnya mak bapaknya pun tak tunjuk contoh yg baik kat anak. cth, potong que, potong kiri, maki sana sini… huhuhu
    ada plak yg beranak ramai dan selalu bagi kesedaran kat anak suruh blajar rajin2, ingat Allah, ingat diri susah… jadilah manusia yg baik.. tapi ada gak, anak dah la ramai, pelajarn pun tak ditekankan kepentingannya…
    kiranya yg penting didikan dari mak pak snrik gak.. 🙂 idea seposen dari saya 🙂
    p/s: Jemput le ke blog saya untuk tengok katalog pra ramadan pada harga terendah.. comey2 ooooo……
    http://tupperwarefactory.blogspot.com/

  17. meah Avatar
    meah

    wes, kate nak sapot aku, tgk blog aku pon x? mcm ner jd cekgu nih..

  18. UmmuAhmads Avatar
    UmmuAhmads

    Hmmm…. baru-baru ni dengar ceramah from seorang manusia yg pergi gaza dgn kapal mari marmara. Anak dia 10 org, dia kata…mari semua beranak ramai-ramai…hantar ke palestin…Juga ditunjukkan gambar seorang ibu yg sedang menangis di sisi katil anak lelaki dia yg cedera parah. Ibu ni bukan mengangis sebab anak dia parah….tapi sebab tinggal itu sajelah anak dia yg akan mati syahid, dah takde anak dia nak hantar lawan zionist! Haa…. rasa macam kena tampar je muka ni….bila tengok slide tu…hmmm…. Anyway, kualiti ke, kuantiti ke, deep down inside, the parents know themselves, apa yg dia nak sebenarnya, apart from Allah yg maha mengetahui segala yg tersembunyi dlm hati manusia. Cuma penilaian tentang kualiti mahupun kuantiti kalau boleh biarlah dibuat dgn penuh kesedaran, hasil drp ilmu (agama) dan usaha. Personally, saya ada beberapa kawan yg cuma ada seorang anak sahaja…. dah besar, beribu-ribu ringgit dihabiskan dlm usaha nak tambah anak…. they themselves mengaku yg pd mulanya dulu memang sengaja merancang lambatkan dpt anak kedua, akhirnya cukup payah utk dpt anak kedua. Tapi takpelah…. dah usaha tenaga & wang ringgit pun takde rezeki, nak buat macam mana…. Cuma pelajaran yg saya dpt, duit yg banyak tak mampu utk beli seorang anak darah daging sendiri…. juga tak mampu untuk beli seorang anak yg soleh, lagi mujahid. Maka saya rasa kalau material menjadi sandaran untuk limitkan kuantiti anak (masa pun material jugak), bolehlah difikir-fikirkan sampai tahap mana yg dikatakan ‘hidup senang’ tu….

  19. anastasyea Avatar

    Kualiti lebih baik dari kuantiti (“,)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge