Minggu lepas saya agak terkejut (sebenarnya takdela terkejut sangat tapi buat2 terkejut) dengan berita seorang pelatih PLKN yang melahirkan seorang bayi di dalam tandas di kem latihannya.
Ajaib kan seorang remaja berusia 18 tahun, yang mengikuti PLKN, mengikut semua aktiviti2 dalam kem, rupa2nya sedang sarat mengandung.
Kalau saya, masuk trimester ketiga tu dah tak boleh nak bernafas dah rasanya. Nak jalan pun tak larat.
Menjadi tandatanya juga pada saya.. selain tak ada tanda2 mengandung (pelik kan, perut besar sorok cemana dalam baju PLKN tu?), adalah ke’larat’an beliau untuk buat segala aktiviti2 tu. Kalau ibu yang ada suami, dah tahu mengandung pun, semua benda tak boleh buat dah 😀 Risau macam-macam…
Mungkin bila dah terdesak tu, apa pun tak apa. Kalau seorang isteri tu bila nak lahirkan bayi, siap minta ampun maaf dari semua orang, takut apa2 terjadi..
Mungkin itulah tanda kasih sayang Allah. Walaupun kita ni menderhaka pada Dia, dia tetap nak tolong jugak. Allah mudahkan mereka ni mengandung tanpa loya2 4 bulan tak boleh makan siap kena MC lagi… Mereka ni boleh hidup macam biasa. Bersalin pun tak payah fikir2 hospital mana, doktor mana, cara apa… sakit pun tak lama, sejam dua dah keluar baby.
Tapi… ada kemungkinan bila mak2 yang ada suami ni, kita ‘ditakut2kan’ dengan proses bersalin tu sendiri. Takut.. gabra… nak cari hospital yang selesa, pastu doktor & nurse yang lemah lembut. Dan bila dah masuk dalam labour room tu macam2 lah yang difikirkan. Bila emosi dah berkecamuk, nak kawal kontraksi pun tak boleh, nak push pun tak pandai. Lagi2 bila doktor offer epidural la, vakuum la, forcep la…
Lagi satu hal, bila yang nikah ni nak baby punya la usaha sana sini,tapi yang taknak, senang je dapat, siap boleh buang2.
Kurang pendidikan agama? Hmm.. memang faktor utama, tapi susah nak cakap. Sebab I knew someone yang parent-nya adalah ‘somebody’ dalam sebuah Islamic organisation, pasangan belum nikahnya pun bukan calang2.. ketua pertubuhan agama di uni.. tapi terlanjur jua mereka sampai hamil. Ujian?
Pendidikan agama tu memang vital, penting, wajib, tak boleh tidak. Kenapa nak persoalkan lagi?
Yang lain2 ialah mungkin proses keibubapaan dan kemahiran mendekati anak remaja tu sendiri. Zaman sekarang tak macam zaman dulu2 kan? Sekarang ni kalau anak tu ada komputer sendiri, they can do anything.
Bila jadi bayi2 dibuang macam sampah, dibunuh mak sendiri (kalau layak dipanggil mak), ramai yang kesian, tergamak mereka tu bunuh nyawa yang lahir dari rahim sendiri. Tapi… kalau saya kan… kalau mereka tu hidup.. lagi kesian. Bayangkan hidup tanpa ibu bapa.. bukan je ibu bapa tapi sedara mara pun takde. Macamana tu? Adakah mereka2 ni yang jadi gelandangan, akhirnya jadi pencuri atau peragut, bukan sebab mereka jahat tapi sebab nak makan.
Kita duk sibuk2 nak susukan anak kita, diorang tu siapa nak susukan?
Ntah apa ye perasaan remaja2 yang lahirkan anak tanpa nikah ni… Mungkin mereka alami tekanan emosi yang amat tinggi. Bayangkanlah mengandung 9 bulan tanpa ada orang tahu. Mungkin boifren yang sama2 sedap dulu tu dah lari ntah ke mana. Mungkin dia sendiri pun takde kawan. Last2 bila lahir baby, dia pun tak tahu nak buat apa. Lepas sakit sorang2, sambut baby sorang2…
Semoga mereka dibukakan pintu hati untuk bertaubat.
Untuk hentikan pengeluaran buah2 tak elok dan busuk ni, kena matikan pokok dan akarnya. Bukan sediakan bekas untuk buang buah2 tu.
Leave a Reply