Saya suka hidup di zaman ini, kerana semua benda boleh di-simplify. Hehe. Tak perlu bawa banyak-banyak barang untuk travel atau melancong… dengan smart phone kita boleh lakukan macam-macam benda.
Hari ni saya kongsi antara App yang mesti ada kalau nak travel ke luar negara… tak luar negara pun boleh.
1. SkyScanner
Bila nak travel ni kita nak compare harga tiket penerbangan, hotel dan sebagainya. Guna app ni, sekali semua jalan.
2. Kayak
Adik beradik dengan Sky Scanner, kami akan guna beberapa aggregater termasuk Kayak untuk buat comparison lagi. Biar ada comparisonnya, barulah betul2 dapat yang puas hati.
3. TripIt
Apps yang sangat best, hebat dan mantap untuk itinerary. Yang bestnya, ia boleh set untuk terus forward email booking kita ke akaun tripit. Semua itinerary perjalanan boleh compile di sini. Trip lepas, trip akan datang, trip sekarang…
4. Packing Pro
Saya ni malas nak buat listing, tapi dengan ada app ni, jadi semangat nak list. Hehe. Dia punya library ada banyak items yang boleh add je.
5. World Time Buddy
Ini sangat penting untuk mereka yang menjalankan bisnes online dan apa-apa saja urusan yang melibatkan orang lain yang berada di sudut dunia yang lain.
6. TripAdvisor
App ni penting dari masa plan itinerary lagi. Daripada review-review dalam ni kita boleh plan mana tempat yang worth visit, mana tempat yang buang masa je, lagi-lagi kalau tempoh lawatan kita adalah sangat singkat.
7. World Lense
Sangat berguna bila ke negara yang tak berbahasa Inggeris dan semua jenis signboard serta yang apa yang tertulis adalah dalam bahsa yang sangat asing. Cuma buka je app ni, lepas scan perkataan yang kita tak faham tu.. app ni akan translate.
8. Google Translate
Kalau yang no (7) untuk baca teks, yang ni sangat penting untuk berkomunikasi dengan orang yang tak boleh cakap Inggeris tapi boleh menulis.
9. Speak & Translate
App ni pula untuk berkomunikasi dengan mereka yang mungkin tak boleh menulis dalam bahasa Inggeris. Kalau tak reti nak sebut, suruh aje app ni yang sebutkan.
10. DropBox
Senang untuk simpan apa-apa dokumen yang penting, serta gambar-gambar yang diambil… sync terus jangan hilang dulu!
11. Yahoo Weather
Mengetahui cuaca adalah sangat penting untuk plan perjalanan. Rancang perjalanan agar lebih banyak pengalaman yang dikutip ya!
12. Google Maps
Teman setia perjalanan ni… Baik driving ke naik public transport ke, jalan kaki ke… kena check dulu di Google Maps, route paling dekat.. dan boleh plan berapa lama akan ambil masa. Jarang-jarang sesat kalau guna Google Maps, walaupun takde internet di jalan, tapi di tempat tinggal yang ada wifi tu set siap2.
Banyak lagi app travel yang ada dalam iPhone saya ni. Tapi ini sajalah yang saya kongsikan dulu untuk kali ni. App di atas ni kebanyakannya free (ada yang kena beli), tapi takpe lah kan, berbaloi sebab memang digunakan.
Silalah install ye.
Leave a Reply