Walaupun kelihatan agak poyo dan takdela hebat manapun tetapi ini adalah milestone My Super Kids hahaha. Eh, anak pandai meniarap pun orang canang2 sana sini OK, apa salahnya nak berterima kasih kepada mereka2 ni. Janganla bandingkan saya dengan orang lain yang famous2 lagi top2 lagi fofular.(Rasa rendah diri pulak sebab berblog dah sekian lama tapi takde pun peningkatan ke pelbagai steps macam orang lain yang terkemudian 😀 masih di takuk lama saja. Takpe2, kita kan suka2 je. Rezeki masing2 dok?).
Nantikan keputusan GA Mari Kelih Kedai AMbo @My Super Kids.
Saya memang ada habit suka lambat2kan annnouncement giveaway. Tapi kali ni bukan saya yang tentukan pemenangnya ya… Mereka adalah sponsor2 iaitu marikelih.blogspot.com dan geraiambo.blogspot.com.
Rentetan perborakan saya dengan Daia (bukan nama sebenar) tentang blog yang orang suka baca.
Saya rasa, majoriti pembaca2 suka blog yang ringan2 (isu ringan ye bukan aktiviti ringan2) sebab kita ni dah penat otak dengan kehidupan seharian, so nak le cari entertainment kan.
Daia kata kenapa orang suka blog2 yang tayang2 barang shopping?
Saya kata saya tak tahu, mungkin mereka boleh menumpang glam, menumpang bangga atau tumpang tengok sebab nak beli sendiri tak mampu.
Lagi Daia kata kenapa blog yang suka cerita tentang diri sendiri lebih famous dari blog yang informatif (blog saya kategori mana ntah ye).
Saya kata mungkin sebab orang kita (eh kita la tu) suka ambil tahu tentang hal orang. Dan jugak advertisers mungkin suka orang2 yang exposekan diri mereka, sebab nanti maybe peminat mereka akan kata “Eh, Mommy Lyna (contoh saja, jangan perasan ada peminat OK) pun guna product XXX la! Aku nak cuba jugaklah?”.
Beliau juga mendedahkan tentang ketidakfaedahan berblog tentang diri sendiri.
Kata saya, majoriti orang suka ambil tahu hal ehwal orang lain (kata prihatin~). Kalau tak, takkan le cerita2 gossip artis/ahli politik yang orang paling suka borakkan. Blog begini paling senang attract traffic. Tapi kebanyakan yang tulis blog berbentuk terlalu peribadi tu mungkin nak kongsi dengan ahli keluarga yang jauh nun di sana.
Alah tak kisahla.. hak masing2 kan. Kalau kita tak suka jangan buat. Ramai pun yang kaya dengan blog peribadi ape… (jeles pulak rasanya bila saya masih camni, tapi tak boleh tau! Allah kata orang yang kita boleh jeles ialah orang yang hafal al-Quran. OK2 tak jeles dah. Semoga rezeki kita pun murah, mungkin datang dalam bentuk lain :D)
Leave a Reply