1000, 1000 Bunga, 1000 Bintang, 1001 Malam

admin Avatar

Walaupun kelihatan agak poyo dan takdela hebat manapun tetapi ini adalah milestone My Super Kids hahaha. Eh, anak pandai meniarap pun orang canang2 sana sini OK, apa salahnya nak berterima kasih kepada mereka2 ni. Janganla bandingkan saya dengan orang lain yang famous2 lagi top2 lagi fofular.(Rasa rendah diri pulak sebab berblog dah sekian lama tapi takde pun peningkatan ke pelbagai steps macam orang lain yang terkemudian 😀 masih di takuk lama saja. Takpe2, kita kan suka2 je. Rezeki masing2 dok?).

nuffnang analytic

Nantikan keputusan GA Mari Kelih Kedai AMbo @My Super Kids.

Saya memang ada habit suka lambat2kan annnouncement giveaway. Tapi kali ni bukan saya yang tentukan pemenangnya ya… Mereka adalah sponsor2 iaitu marikelih.blogspot.com dan geraiambo.blogspot.com.

Rentetan perborakan saya dengan Daia (bukan nama sebenar) tentang blog yang orang suka baca.

Saya rasa, majoriti pembaca2 suka blog yang ringan2 (isu ringan ye bukan aktiviti ringan2) sebab kita ni dah penat otak dengan kehidupan seharian, so nak le cari entertainment kan.

Daia kata kenapa orang suka blog2 yang tayang2 barang shopping?

Saya kata saya tak tahu, mungkin mereka boleh menumpang glam, menumpang bangga atau tumpang tengok sebab nak beli sendiri tak mampu.

Lagi Daia kata kenapa blog yang suka cerita tentang diri sendiri lebih famous dari blog yang informatif (blog saya kategori mana ntah ye).

Saya kata mungkin sebab orang kita (eh kita la tu) suka ambil tahu tentang hal orang. Dan jugak advertisers mungkin suka orang2 yang exposekan diri mereka, sebab nanti maybe peminat mereka akan kata “Eh, Mommy Lyna (contoh saja, jangan perasan ada peminat OK) pun guna product XXX la! Aku nak cuba jugaklah?”.

Beliau juga mendedahkan tentang ketidakfaedahan berblog tentang diri sendiri.

Kata saya, majoriti orang suka ambil tahu hal ehwal orang lain (kata prihatin~). Kalau tak, takkan le cerita2 gossip artis/ahli politik yang orang paling suka borakkan. Blog begini paling senang attract traffic. Tapi kebanyakan yang tulis blog berbentuk terlalu peribadi tu mungkin nak kongsi dengan ahli keluarga yang jauh nun di sana.

Alah tak kisahla.. hak masing2 kan. Kalau kita tak suka jangan buat. Ramai pun yang kaya dengan blog peribadi ape… (jeles pulak rasanya bila saya masih camni, tapi tak boleh tau! Allah kata orang yang kita boleh jeles ialah orang yang hafal al-Quran. OK2 tak jeles dah. Semoga rezeki kita pun murah, mungkin datang dalam bentuk lain :D)

admin Avatar

21 responses to “1000, 1000 Bunga, 1000 Bintang, 1001 Malam”

  1. aiDiena Avatar

    Ohh.. should proud of your achievement.. bukan senang satu² blogger nak sampai ke tahap itu… personally your blog ada something yg buat readers keep coming back 😉

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ada i? hehehe.

      alhamdulillah. we proud of ourselves kan 🙂

  2. dbalkis Avatar

    alhamdulillah!!!tompang tempias bole??
    .-= dbalkis´s last blog ..Super Bz Bee and Alif’s Wedding =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      boleh boleh takde hal punye 😀

  3. Hanz Avatar

    Blog yang terlalu peribadi dan dikenali ramai = dikejar Paparazzi + ramai peminat + ramai musuh.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      yah betul tuh
      celebrity memang org nak korek je semua kan?

  4. khairul Avatar

    ada gak kebenarannya 2…sebab aper tau…sbbnya orang kita ni suka benda2 yg melibatkan orang lain…ha contoh paling mudah dunia artis la…gosip sana sini…sbbnya orng kita kalo bleh sumer hal orang dia nak tau kan….kan…..kan…pk2kanlah….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha memang gitula sifat manusia kan
      suka gosip2
      kalo takde gosip pun cari gosip jugak

      tapi kalo tak amik tau hal org lain pun susah gak kan

  5. mila Avatar

    your blog best what, i read it everyday.. gaya penyampaian yang santai tp berinfomatif tau plus sy suka semangat awak 🙂 keep up the good work!
    .-= mila´s last blog ..asal usul tarzan…barangkali.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      oh thank you mila
      terharu rasanya.. making my dayyy 😀 (nampak sangat sukakan pujian)

  6. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    blog lyna soho doh, xyoh jeles2. blog ore hok duk ngapo ngepek koksir ni lagi x soho dr bloy lyna hehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mano ado soho
      dop rajin masuk paper pom
      wakakakkaka

  7. mommy nadia Avatar

    wah tahniah lyna!
    mmg hebat ur blog,kalau tak takkan we all sentiasa singgah..
    plus,blogging ni kan tiada had..so up to the user lah kan nak cite pasal ape..kalau dia define their blog as informative one,they shud talk about something informative..but for me,I define my blog as the journal of my precious world..so cte pasal diri sendiri,my family n my frenz..
    Its up to ur call ait?
    .-= mommy nadia´s last blog ..calling for IKEA fanzzzz… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      that’s why we blog kan. kalau bukan sebab nak publish, tulis je dalam diari ke, private blog ke. tol tak? hehehe.

      ape2pun sendiri mau ingatlah kan. kalau takut kena kutuk kgn buat benda yg bole buat org kutuk. tapi bloggers semua mesti dah keras hati, kalo tak, tak blog dah kan> kan? kan?

  8. dlynna Avatar
    dlynna

    I nak komen tentang blog yang suka tayang barang shopping 🙂
    Bagus jugak ada blog macam ni, so dari tak tau tentang barang or brand tu jadi tau..and boleh baca review tentang sesuatu barang tu

    Blog mommy lynna? I suka baca sebab ada info pasal kewangan keluarga yang mudah difahami dan entri yang pelbagai..hehehe..keep up the good work!

  9. Fid Avatar

    majulah sitilina
    dah kaya belanja gue! kakakkakakaa
    .-= Fid´s last blog ..Activity on weekend =-.

  10. temp. housewife Avatar

    Knur lg suko baco blog hok ado info. sbb bulih tamboh ilmu. tapi betullah ore2 Msia ni lg suko baco mugo2 ngarut mcm gossip sbb tu jd entertainment. biarlah. tapi ramai lg hok minat baco blog hok ado isi.
    .-= temp. housewife´s last blog ..The downside of depending too much on modern communication tools. =-.

  11. Asiah Abd Jalil Avatar

    Tak kisahlah blog tu berkonsepkan informasi ke, syok sendiri cerita pasal diri kita aje ke, dikhaskan untuk kutuk-kutuk orang ke, berunsur politik atau keagamaan ke, blog rojak Singapura ke, whatever la…

    Kalau blog tu hanya dibaca oleh kaum keluarga, saudara mara dan kawan-kawan yang kenal kita aje, kira blog tu taklah hebat pun.

    Tapi kalau blog tu dibaca oleh bukan setakat orang-orang yang kenal kita in person, bahkan juga tahsapasapa orang yang takde kena mengena dengan kita, dan mereka ni frequent visitors pulak, dah tu blog kita siap ada peminat misteri lagi, tu tandanya blog yang hebat, walaupun ranking taklah menakjubkan pun…

  12. Siti Aishah Avatar
    Siti Aishah

    Saye pun suke bace blog Mommy Lina tau. Very informative… Tapi jadik pembace senyap jek. Jarang sangat komen. Saya komen ni pun just nak bagi Mommy Lina tau yg beliau pun ade ramai peminat.
    Peace to all…

  13. yusliza Avatar
    yusliza

    insyaAllah akan kesana jua …nak jumpa lina f2f..

  14. mama amir n iman Avatar

    alom..best blog along ni
    .-= mama amir n iman´s last blog ..Nuffnang =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge