“Lepas resign ni rileks sikit la kan?”
“Bolehla buat projek belajar baking2 ke”
“Kalau boring kat rumah datanglah sini”
Dan macam2 lagi.
Antara ‘feedback’ kawan2 bila saya memberitahu bahawa saya meletakkan jawatan.
Apa lagi, senyum saja. Itu je yang mampu dibuat.
Samada WAHM mahupun SAHM semata2, tidaklah duduk di rumah itu untuk berehat guling2 tengok Cereka Pilihan 😀 Saya rasa kehidupan kita hari ni dah jauh berbeza dari ibu2 zaman mak saya muda dulu.
Dulu ibu2 lepas lunch dah boleh melepak tengok TV sampai suami balik kerja (makcik saya la). Tapi sekarang MANA NAK SEMPAT! Lepas lunch nak kena upload gambar hidangan kat Facebook. Lepas tu reply komen pulak. Sedar2 dah pukul 5 >__< hihihi jangan marah...
Lagilah... Bila WAHM. Work at home atau kerja di rumah 144 kali lebih teruk dari kerja di pejabat. Di pejabat ada masa FREE (bagi yang kerja office macam saya). Di rumah.. FREE? Ya, masa memang free, masa memang free....
Mengurus rumah dan kerja di rumah umpama kerja 24 jam. Sekasar2 buruh. Oleh itu amat tidak bijak bila memandang surirumah sebagai golongan "tak bijak". Ye lah.. Memanglah kurang bijaknya berbanding CEO Air Asia...
Yang pasti, saya tak sempat nak rasa boring di rumah. Usahkan boring, baring pun tak sempat. Kalau sempat pun tak boleh sebab time is money, man!
Making money in pyjamas. Yes! Tapi bukan sambil tidur, bahkan dalam baju tidur tak sempat2 nak mandi! Hihihi. Busuk... Takdelah main2 saja ^^
Jadi usahlah pandang sebelah mata kepada surirumah macam saya (dah siap mengaku tu!).
-----------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda, dan baju menyusu Muslimah untuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).
—–———–———-
Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.
||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||
Leave a Reply