Vitamin dan Susu Ibu

admin Avatar

Adakah ibu menyusu memerlukan vitamin? Benarkah pengambilan vitamin tidak menjadikan susu ibu lebih berkualiti?

Sebelum tu saya nak kongsi tentang ubat (drug) dan vitamin. Zaman dulu masa manusia masih pakai cawat, mereka menggunakan tumbuhan dan herba tertentu untuk merawat penyakit. Masa tu depa ni belum tahu lagi tentang elemen2 dalam tumbuhan tu yang berperanan dalam merawat. Jadi cuma tahu jenis daun, jenis batang dan sebagainya.

Kemudian, bila dunia moden sikit, pengetahuan tentang nutrisi belum ada lagi. Satu kumpulan kelasi yang belayar, tiba2 kena penyakit skurvi. Try macam2, last2 lepas minum jus lemon, penyakit mereka OK.


Ooo rupanya ada sesuatu dalam jus lemon yang boleh merawat skurvi. And the rest is history lah.

Maka berbagai2 kajian dibuat terhadap tumbuhan2 yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit ni.. Dan mereka temuilah yang ada bahan2 kimia tertentu dalam tumbuh-tumbuhan tu yang ada healing property. Untuk memudahkan, ahli2 sains, farmokologi & mereka yang terlibat pun membuat bahan yang sama menggunakan bahan2 kimia yang terdiri dari drugs untuk mengubati sakit. Begitulah juga dengan vitamin..

Jadinya, bila kita makan ubat doktor dengan herba tradisional, kita mungkin dapat kesan sama = sembuh. Tapi, adakah sebenarnya sama?

Sebenarnya bila kita mengambil ‘perskipsi’ dari sumber semulajadi, kita akan dapat sesuatu yang balance.


Arwah moyang saya adalah pengamal perubatan tradisional. Beliau menggunakan gabungan pelbagai jenis tumbuhan dalam pengubatan. Ini kerana untuk mencapai keseimbangan tu, herba2 dan tumbuhan tu digunakan bersama-sama. Kerana sesetengah tumbuhan mempunyai bahan jenis A yang mungkin bahaya kalau diambil secara solo tapi boleh di’tawar’kan dengan bahan B. Macam tu lah seterusnya.

Malah dalam satu buah pun, semua elemen yang dimiliki buah tu adakah menepati konsep itu. Misalnya dalam buah limau mengandungi sejenis serat yang penting untuk penyerapan vitamin C.

Tapi, bila ubat-ubatan dan suplemen di dibuat di kilang, mereka guna bahan kimia dan bahan sintetik untuk penghasilan benda2 tu. Oleh itu ia menjadikan benda (ubat) tu ada side effects. Macam tu juga dengan vitamin.

Eh, dah tak jadi macam tajuknya pula. Hehe nantilah saya sambung 🙂

Tagged in :

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge