Ujian Covid-19

admin Avatar

Lama sungguh saya tak update di blog ni. Tergerak untuk abadikan kenangan tahun ini, untuk ingatan di masa depan. Dan mungkin juga ada sedikit sebanyak boleh diambil manfaat oleh adik kakak sekalian.

Ia bermula pada hari Jumaat 11 Februari 2022, yang mana PK HEM dan Pengetua sekolah Hafiy & Fahry memaklumkan bahawa terdapat kes positif Covid-19 di kalangan pelajar di asrama. Hal ini memang sangat2 mengejutkan, oleh kerana mereka tak pulang bercuti semasa cuti CNY (sekolah cuti seminggu) bagi mengelakkan penularan virus ni… tapi takdir mendahului segalanya… pasrah seadanya.

Dari situ, bermulalah episod, lepas satu, satu… pelajar yang disahkan positif. Hinggalah hari Ahad 13 Februari, kami menerima khabar yang tidak mahu kami dengar… Fahry disahkan positif Covid-19.

Allahu, tak tahu nak kata apa. Gugur jantung semua ada. Ditambah pula fahry diberitakan demam. Kami pula tiada akses untuk menghubunginya. Hinggalah pada petang hari tu, ustaz yang mengajar hafazan pada Fahry memberikan telefonnya untuk Fahry guna menghubungi saya. Lega lah dapat bercakap dengan dia.

Malam itu kami hantar vitamin-vitamin memandangkan Fahry tak sempat kemas vitaminnya, terus kena masuk bilik kuarantin.

  • Vita-C Sustained Released
  • Hero Kiddo
  • Omega Guard
  • Nutriferon
  • Vivix
  • Res-V
  • Performance Orange

Kalau tak fikirkan nanti banyak2 dia sanggup ke nak telan tanpa disuruh, banyak lagi nak beri.

Manakala Hafiy pula negatif.

Keesokan harinya, pelajar negatif diarahkan pulang ke rumah dan menjalani kuarantin di rumah. Bagi saya perancangan yang tepat. Di sekolah dan asrama, cikgu2 yang kena uruskan pelajar2:-

  • Positif
  • Negatif tapi bergejala
  • Negatif tapi parents tak dapat ambil segera

Pening kepala cikgu.

Lepas ambil Hafiy, terus kami bawa ke klinik buat test PCR. Esoknya result PCR keluar, alhamdulillah negatif.

Kami cakap2 dgn Hafiy tentang adiknya yang positif. Jawab Hafiy “Macamana la Fahry tak positif Mami, asyik skip je makan vitamin. Hafiy memang makan hari-hari”.

So amalkanlah vitamin agar tubuh kita dapat nutrien sepenuhnya dan menguatkan sistem imun. Jangan skip2 ya.

Vitamin yang dihantar kepada Fahry. Termasuk novel buat bacaan.

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Ujian Covid-19”

  1. lynn hamzah Avatar

    saya pun amalkan supplement shaklee juga utk seisi keluarga

    1. admin Avatar
      admin

      alhamdulillah, best kan

  2. JiwaSihat Avatar

    Memang sukar nak elakkan terutamanya kalau pelajar di asrama. Kalau seorang dah positif, maka cepatlah merebak.

    1. admin Avatar
      admin

      begitulah, udahnya tinggal bersama2 kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge