Pasti ramai yang pernah baca kisah di bawah:-
Suatu hari seorang lelaki bernama Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Zainal selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja.
Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja. Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.
Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kantak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Kata orang tua-tua, perempuan setinggi mana belajar/bekerja, di ceruk dapur juga tempatnya.
Saya setuju sebab itulah tempat saya ^__^
Walaupun zaman sekarang, ramai kaum lelaki (suami) yang dah masuk ke dapur, buat kerja rumah dan sebagainya, hakikatnya it’s not in their blood kot?
Tapi saya tak suka berdebat2 tanggungjawab siapa, kerja siapa dalam urusan rumah ni. Yang penting kena ada seseorang yang membereskannya.
Mujur ada Toshiba ^__^
Leave a Reply