*giler sungguh direct translation.
Bercakap tentang entry saya semalam tentang sikit2 pasal Law of Attraction, tentang target tinggi2…
Sebenarnya ia adalah sangat obvious antara target dengan angan2.
Macam bila dia berdoa, minta sesuatu daripada Allah, katakan kita dia "YA Allah, jadikan aku kaya ada 10 ribu". Dia takkan bagi esok pagi sedebuk 10 ribu turun dari langit. Dia akan bagi dalam bentuk supaya kita usaha sendiri untuk dapat 10 ribu. Mungkin dengan beri kesihatan yang baik, otak yang waras so that kita dapat usahakan untuk dapat 10 ribu. Atau mungkin ada luck, tiba2 dapat cabutan bertuah 10 ribu ke, menang hadiah ke, tapi kebarangkalian yang tu mungkin tak tinggi. Kebarangkalian yang pertama tu yang hampir 100%.
Jadi, bila kita target, kita sendiri mau ingatlah. Kalau target nak dapat 4 flat, tapi belajar malas… itu memangle tak payah pasang cita2 macam tu. Target tu sebenarnya melambangkan usaha kita. Kalau target dapat 4 flat, usaha pun mestila kene setimpal dengan target kita.
Dan rangkaian ayat2 doa tu sangat indah, kerana Allah betul2 bagi apa yang kita nak. Sebab tu kena doa spesifik apa yang kita nak. Kalau mintak rezeki, bila kita doa "YA Allah murahkan rezeki aku".. tapi Allah anugerahkan kesihatan yang baik, kerja yang baik.. tapi tak nampak itulah rezeki dia sebenarnya.
Bila letak target pun lebih kurang macam tu. Saya tahu saya pemalas, so saya tak target dapat 4 flat 😛 Sebabnye.. kalau target 4 flat mesti saya kena belajar rajin2. Buat jadual segala. Macam masa nak amik PMR, bila target 9A, saya terpaksa belajar rajin2, jauhi perkara yang membutakan hati, rajin semayang sunat segala (ini adalah perangai yang tidak elok, nak apa2 baru rajin minta doa :P). So sendiri mau ingatlah. Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga.
Tak salah nak berangan. Dari angan2 tu akan datang idea. Malah Khalifah Umar sendiri ada berangan. Angan2 beliau ialah untuk melihat di dalam rumahnya ada tokoh seperti Abu Ubaidah bin Jarrah, Umar bin Sa’ad dan yang sepertinya. See, betapa mulianya angan2 Khalifah Umar. Kalau kita mungkin berangan nak jumpa Fahrin Ahmad, opsss.
Tapi angan2 kosong sampai membuang masa.. asyik berangan je tu memang lah tak betul. kerana Nabi pun ada bersabda:
Anas r.a. katanya: “Nabi s.a.w. telah menggariskan beberapa garisan lalu ia bersabda ‘ini angan-angan manusia dan yang ini ajalnya. Ketika seseorang itu dalam keadaan demikian (panjang angan-angan yang tidak putus-putus) tiba-tiba datanglah garisan yang pendek (sampai ajalnya mati)”. —> saya ada simpan dulu rajah yang dilukis Baginda.
Maknanya kita ni jangan berangan sangat. Yang penting angan2 tu adalah sebagai rajah untuk next step kita. Tapi menanam target dan cita2 tinggi itu perlu. barula jadi umat yang progresif. macam Muhammad Al-Fateh yang berangan dan bercita2 untuk menawan Constantinople. Akhirnya baginda mengambil semula COnstatinople pada usia 21 tahun. Tapi tertanya dia bukan berangan kosong je. Masanya dihabiskan dengan persediaan untuk menakluk kota tu.
Shoot for the moon!
Leave a Reply