Teknik Membanyakkan Susu Ibu & Menjayakan Penyusuan – Hypnobreastfeeding

admin Avatar

Pernah dengar tentang hypnobreastfeeding? Bukan hippopotamus ya.

Hypnobreastfeeding adalah satu teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar atau subconscious minds untuk membanyakkan susu (cukup untuk keperluan bayi) sekaligus menjayakan penyusuan hingga anak berumur 2 tahun.

Penghasilan dan pengeluaran susu badan bergantung kepada faktor utama : fisiologi dan psikologi. Bila seseorang ibu itu fit dari segi tubuh badan dan emosi, insyaAllah penyusuan pasti berjaya.

Sebagaimana teknik hypnobirthing yang menggunakan kekuatan dalaman untuk memberi motivasi dan kekuatan kepada ibu yang menjalani proses kelahiran, begitu jugalah dengan hypnobreastfeeding yang gunakan kuasa minda untuk meningkatkan motivasi dalaman dalam penyusuan.

Pernah tak jumpa seorang ibu yang menyusukan anaknya sampai 2 tahun yg berkata “Saya tak pernah plan pun nak menyusu. Awal2 dulu memang beli susu tepung siap2. Hari pertama tu memang bagi FM. Pam susu memang tak beli, belajar tentang BF pun tak. Memang saya tak yakin langsung saya boleh menyusu. Masa kerja pun saya tak pam. Tapi susu saya memang banyak berlambak2 sampai terpaksa bagi susu badan kat anak”.

Saya tak tau kalau ada, tapi saya tak pernah jumpa. Yang saya selalu jumpa,

“Saya dari awal niat nak susukan anak, saya tak beli sebarang susu tepung. Dari awal kelahiran saya susukan dia dan saya yakin saya boleh menyusu walaupun susu mulai ada pada hari ke-3. Saya kerap pam dan alhamdulillah susu saya cukup utk anak saya.

Dan yang macam ni:

“Saya dari awal niat nak menyusukan anak, tapi susu tak ada”
“Saya memang nak BF anak tapi tak ada rezeki”

Tahu tak kenapa kita asyik tak ada rezeki? Sebab kita dok selalu cakap kat diri “Kita takde rezeki…” rezeki pun tak ndak datang dekat2 sebab asyik kena halau saja.

Hypnobreastfeeding adalah benda yang paling basic dalam BF, iaitu merasa tenang dan yakin untuk menyusukan anak.

So, macamana nak praktik hypnobreastfeeding ni?

10 Teknik Hypnobreastfeeding:

(1) Memahami bahawa ketenangan itu perlu dalam penyusuan.
(2) Tingkat mood ‘bonding’ dengan baby seperti lihat gambarnya, tengok videonya, dengar rakaman suaranya, etc. Perasaan kasih sayang & baby-bonding ni akan menggerakkan hormon endorfin yang memberikan ketenangan.
(3) Tenangkan diri dengan alunan al-Quran/zikir/muzik yang bersesuaian.
(4) Bernafas dengan teknik yang betul.
(5) Lakukan ‘self-affirmation’ yakni memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri.
(6) Jauhkan perkara2 yang boleh mengundang stress dan kesedihan.
(7) Berdoa dengan bersungguh-sungguh.
(8) Jauhi kata2 dan tanggapan negatif seperti “aku takde susu”, “susu aku tak banyak”, “takde rezeki anak aku menyusu badan”, etc
(9) Perhatikan ibu2 yang berjaya menyusukan anak mereka dan visualkan diri kita juga seperti mereka.
(10) Pastikan diri kita dalam keadaan rileks, bersih dan gembira.

Seperti hypnobithing, hypnobreastfeeding berkait rapat dengan natural living jadi ibu2 haruslah mengambil makanan yang tinggi kandungan khasiat, air yang mencukupi kerana keperluan asas tubuh adalah kunci kepada kelancaran aktiviti tubuh termasuklah mencipta ketenangan.

Rileks, dan jangam gopoh-gapah kerana gopoh gapah itu amalan syaitan.

Tapi jangan lupa, psikologi dan settle, fisiologi jangan diabaikan – serta teknik2 asas breastfeeding ===> stimulasi (rangsangan) & konsep supply & demand 🙂

Affirmation je yang banyak tapi pam tak konsisten tak jadi hokey. Umpama ibu yang praktik hypnobirthing, walaupun dah kurang rasa sakit, tapi baby kena keluar juga ya 🙂

Tagged in :

admin Avatar

5 responses to “Teknik Membanyakkan Susu Ibu & Menjayakan Penyusuan – Hypnobreastfeeding”

  1. zainal Avatar

    salam mommy….

    ini adalah out of topic…

    saya dan isteri baru ada seorang anak perempuan berusia 1 tahun 10 bulan…keadaan anak saya nih sihat walafiat..cuma anak saya selalu sangat menangis…

    semalam saya pegi check anak saya kat klinik sebab dia selselma…tup..tup…doktor cakap anak saya ada tiriod…

    doktor menyatakan punca penyakit anak saya nih kerana diwarisi oleh isteri saya…it mean dia dah kena sejak lahir lagi…

    sekarang nih agak risau saya mengenangkan masa depan anak saya…

    nak tanya…mommy ada pengalaman tak mengenai anak2 yang ada penyakit tiriod nih…terutamanya cara untuk mengatasi atau kurangkan simptom penyakit ini…

    setakat nih anak saya ok…takde masalah kesihatan kronik…cuma sebagai bapa saya dengan nasib anak saya nanti….

  2. mamaNoriz Avatar

    suka dgn skrip2 Lyna tu…hehe

    mmg tu lah kata2 negatif yg selalu my fren ckp bila say push mereka utk fully breastfeeding…

    as for me berjaya maintain fully BF for 2 yrs dgn bertenang, berselawat dan bermanja dgn hubby…hehe, i mean, hubby bagi support dan urutan bila sya penat…

  3. lissa Avatar

    oh, i love this entry.

    sebab tak tau nak cakap apa dah bila ibu2 ni bgtau dia takde susu!

  4. elis Avatar
    elis

    mohon untuk share entry ni bleh?

  5. […] Solusinya : amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik & teknik hypnobreastfeeding. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge