Bagi Muslim traveller, mencari surau atau prayer room yang sesuai di airport adalah satu keperluan besar. Maklunlah, airport adalah tempat tertutup, dan tempat solat serta mengambil wuduk yang sesuai membantu jemaah untuk bersolat dengan selesa.
Jangan risau kerana sekarang sudah banyak airport yang menyediakan prayer room yang khas untuk Muslim.
Surau di Airport Don Muang, Bangkok ni bukan saja luas dan selesa, malah juga menyediakan tandas di dalam suraunya. Ia akan jadi lebih mudah, kan?
Kedudukan surau di Don Muang adalah di departure Terminal, di antara Terminal 1 (International) dan Terminal 2 (Domestik).
Sekiranya anda menaiki international flights, berjalanlah ke arah Terminal Domestik (2) di aras 1, begitu juga jika sebaliknya, anda akan bertemu dgn surau ini, berdepan dengan restoran halal, Bangmad.
Leave a Reply