Selamat Hari Raya Aidil Adha Dari Kami

admin Avatar

Alhamdulillah, tiba kita ke 10 Zulhijjah, Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji… Aidil Adha disambut penuh kesyukuran.
 
 Berkongsi Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha. Boleh jadi panduan sampai bila-bila.
 
 1. Niat:
 اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى
 
 Sahaja aju bersolat sunat Aidil Adha, dua raka’at (mengikut imam) kerana Allah Ta’ala.
 
 
 2. Pada rakaat pertama:
  a. Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:
 
 سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
 
 Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
 
 
 b. Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Khafiruun.
 
 
 c. Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
 
 
 3. Rakaat ke-dua:
 
 a. Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.
 
 سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
 
 Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
 
 
 b. Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.
 
 
 c. Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam kedua.
 
 Selamat mengerjakan solat sunat Aidil Adha!

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Selamat Hari Raya Aidil Adha Dari Kami”

  1. Zu Avatar

    Minta izin share ya Mommy Lyna. Moga Allah kurniakan berbanyak-banyak pahala dan keberkatan atas usaha Mommy.

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    selamat hari raya alom dan famili

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge