”Sebelum Terlupa” mengajak kita sentiasa beringat bahawa penjajah ada dimana-mana. Penjajah di zaman sekarang tidak hanya menumpukan kepada senjata, tetapi menyerang melalui kata-kata, minda dan budaya….Anuar merupakan pesara tentera yang kini tinggal bersendirian di rumah sewa di kampungnya dan tanah pusakanya sendiri.
Hidupnya sepi setelah kehilangan isteri dan dua anak yang dikasihinya…. Mengimbas kembali waktu mudanya, Anuar berkhidmat dalam pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia dan kemudiannya diserap ke dalam unit Pasukan Khas (PASKAL). Sepanjang berkhidmat sebagai tentera dia sering meninggalkan isterinya, Rosmah dan anak-anaknya malah tidak berkesempatan untuk bermesra dengan mereka lantaran tuntuan kerjanya.
Anak-anak Anuar iaitu Azhar dan Rosdiana, berkelakuan dingin terhadapnya kerana ketiadaan Anuar yang sentiasa keluar bertugas membuatkan mereka seolah-olah tidak mengenali bapa sendiri. Anuar mula menyalahkan Rosmah kerana tidak pandai mendidik anak-anak mereka manakala Rosmah menyalahkan Anuar yang terlalu mementingkan tugas sehingga dia sendiri tidak pandai mengambil hati anak-anak.
Pertelingkahan sering berlaku apabila masing-masing cuba menuding jari. Selain itu, jiran Rosmah bernama Zuriani pula mempunyai ideologi seperti orang Jepun di zaman sebelum Merdeka. Ideologi Jepun ialah ’Tanah Asia Untuk Orang Asia dan Bukan Untuk Orang Barat’ manakala ideologi Zuraini, ’Isteri Untuk Suami dan Bukan untuk Dimadu’.
Setelah terdengar dan termakan hasutan, akhirnya Anuar dan Rosmah bercerai juga. Selepas beberapa tahun. Azhar meningkat dewasa sebagai remaja yang liar namun Rosdiana bersikap sebaliknya. Dalam diam dia cuba menjejak Anuar.
Dapatkah Rosdiana bertemu kembali dengan bapanya yang sudah lama terpisah?
Pelakon: Zamarul Hisyam, Norish Karman, Afiqah Malek, Wan Maimunah, Wan Elyas
Pengarah: Hitler M Zami
[Sinopsis dari BUDIEY.COM]
Tapi rasanya nama watak ‘Anuar’ sebenarnya ‘Azam’.
Bila drama arahan Hitler ni, saya dapati ia agak berlainan dengan drama-drama Melayu yang biasa. Pertamanya kerana ia agak sukar untuk di’predict’. Hitler bagi saya seorang pengarah yang kreatif dan berani mencuba sesuatu yang baru, walaupun ada kalanya ‘tersasar’. Tersasar di sini maksudnya merapu juga sebab nak bagi saspen sangat.
Saya tak follow drama ni sampai habis, kerana kami ada family gathering. Tapi dari apa yang saya dapat simpulkan dari drama yang sarat dengan mesej ini:
- Memaparkan ‘budaya’ masyarakat Melayu yang kuat dengki mendengki, iri hati, penuh agenda untuk menjatuhkan antara satu samalain, hatta dalam keluarga sendiri. Dalam drama ini tidak ditunjukkan secara jelas dan digarap dengan begitu baik kerana tiada adegan-adegan tengking-tengking, gaduh-gaduh entah apa-apa… Walaupun ada adegan sedemikian tapi ia sangat bermakna dan bukan sekadar nak mengisi slot saja.
- Kehidupan keluarga yang porak peranda akibat sikap tidak telus dan tiada kepercayaan antara satu sama lain. Seorang suami sepatutnya sentiasa bersikap terbuka terhadap isterinya, begitu juga dengan isteri, bukan masing-masing memendam, kemudian tunjuk perasaan,akhirnya pihak luar yang mempengaruhi hubungan suami isteri yang sepatutnya terjalin erat meskipun dipisah lautan.
- Seorang suami adalah pemimpin dalam rumahtangga, adalah kewajipannya untuk mendidik isterinya dan membentuk jiwanya agar selari dengan keperluan dan kehendak si suami. HUbungan suami isteri bukan sekadar di atas katil sebaliknya merangkumi setiap aspek fizikal dan rohani. Suami ke hilir isteri ke hulu, kalau jumpa kerja nak gaduh saja. Apa kes?
- Anak yang ‘disuap’ dengan sikap-sikap negatif semasa kecilnya akan membesar sebagai seorang yang negatif juga. Contohnya Azhar yang dibesarkan dengan perasaan benci terhadap bapanya, bukan saja terus membenci bapanya malah kehidupannya sendiri pun jadi tak tentu arah. Inilah akibat pemikiran nagatif yang diterapkan sejak kecil.
- Wang dan harta boleh jadi punca perbalahan sebuah keluarga. Berlaku adillah dalam pembahagian harta agar tak ada yang sakit hati. Kalau dah bahagi adil-adil pun ada yang sakit hati juga, dia memang memerlukan rawatan.
- Seorang ayah wajib dihormati meskipun apa yang telah dilakukan terhadap keluarga. Ikatan ayah-anak dan ibu-anak berkekalan sampai bila-bila. Kalau kesalahan si ayah dengan si emak, anak-anak tidak wajar diheret sama.
- Setiap kelakuan kita pasti ada balasannya, sama ada di atas dunia atau di sana. Ingat-ingatlah kita ini siapa…
Sayangnya saya tidak tahu kesudahan drama ini. Mungkinkah keluarga Azam-Rosmah-Azhar-Rosdiana kembali bersatu? Dan mungkin kali ni Azam lebih tegas dengan peranannya sebagai bapa dan suami menakhodai keluarga?
Tapi ada satu benda pelik si Azam ni. Dah orang kata isteri & anak dh meninggal, ada cari mana kuburnya? Ada cari mentuanya tanya khabar? Anaknya yang masih hidup tak diendah pun? Mungkin terlalu percaya kepada makciknya kot… Kesian sungguh bertahun kena tipu. Kot ye pun hubungilah keluarga mentua, kalau ye pun isteri dah meninggal, sekadar mengeratkan silaturrahim 😀 SORRY TERLEPAS SCENE NI.
Leave a Reply