Sebelum Terlupa, Cerekarama TV3 28 Ogos 2010

admin Avatar

”Sebelum Terlupa” mengajak kita sentiasa beringat bahawa penjajah ada dimana-mana. Penjajah di zaman sekarang tidak hanya menumpukan kepada senjata, tetapi menyerang melalui kata-kata, minda dan budaya….Anuar merupakan pesara tentera yang kini tinggal bersendirian di rumah sewa di kampungnya dan tanah pusakanya sendiri.

Hidupnya sepi setelah kehilangan isteri dan dua anak yang dikasihinya…. Mengimbas kembali waktu mudanya, Anuar berkhidmat dalam pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia dan kemudiannya diserap ke dalam unit Pasukan Khas (PASKAL). Sepanjang berkhidmat sebagai tentera dia sering meninggalkan isterinya, Rosmah dan anak-anaknya malah tidak berkesempatan untuk bermesra dengan mereka lantaran tuntuan kerjanya.

Anak-anak Anuar iaitu Azhar dan Rosdiana, berkelakuan dingin terhadapnya kerana ketiadaan Anuar yang sentiasa keluar bertugas membuatkan mereka seolah-olah tidak mengenali bapa sendiri. Anuar mula menyalahkan Rosmah kerana tidak pandai mendidik anak-anak mereka manakala Rosmah menyalahkan Anuar yang terlalu mementingkan tugas sehingga dia sendiri tidak pandai mengambil hati anak-anak.

Pertelingkahan sering berlaku apabila masing-masing cuba menuding jari. Selain itu, jiran Rosmah bernama Zuriani pula mempunyai ideologi seperti orang Jepun di zaman sebelum Merdeka. Ideologi Jepun ialah ’Tanah Asia Untuk Orang Asia dan Bukan Untuk Orang Barat’ manakala ideologi Zuraini, ’Isteri Untuk Suami dan Bukan untuk Dimadu’.

Setelah terdengar dan termakan hasutan, akhirnya Anuar dan Rosmah bercerai juga. Selepas beberapa tahun. Azhar meningkat dewasa sebagai remaja yang liar namun Rosdiana bersikap sebaliknya. Dalam diam dia cuba menjejak Anuar.

Dapatkah Rosdiana bertemu kembali dengan bapanya yang sudah lama terpisah?

Pelakon: Zamarul Hisyam, Norish Karman, Afiqah Malek, Wan Maimunah, Wan Elyas

Pengarah: Hitler M Zami

[Sinopsis dari BUDIEY.COM]

Tapi rasanya nama watak ‘Anuar’ sebenarnya ‘Azam’.

Bila drama arahan Hitler ni, saya dapati ia agak berlainan dengan drama-drama Melayu yang biasa. Pertamanya kerana ia agak sukar untuk di’predict’. Hitler bagi saya seorang pengarah yang kreatif dan berani mencuba sesuatu yang baru, walaupun ada kalanya ‘tersasar’. Tersasar di sini maksudnya merapu juga sebab nak bagi saspen sangat.

Saya tak follow drama ni sampai habis, kerana kami ada family gathering. Tapi dari apa yang saya dapat simpulkan dari drama yang sarat dengan mesej ini:

  • Memaparkan ‘budaya’ masyarakat Melayu yang kuat dengki mendengki, iri hati, penuh agenda untuk menjatuhkan antara satu samalain, hatta dalam keluarga sendiri. Dalam drama ini tidak ditunjukkan secara jelas dan digarap dengan begitu baik kerana tiada adegan-adegan tengking-tengking, gaduh-gaduh entah apa-apa… Walaupun ada adegan sedemikian tapi ia sangat bermakna dan bukan sekadar nak mengisi slot saja.
  • Kehidupan keluarga yang porak peranda akibat sikap tidak telus dan tiada kepercayaan antara satu sama lain. Seorang suami sepatutnya sentiasa bersikap terbuka terhadap isterinya, begitu juga dengan isteri, bukan masing-masing memendam, kemudian tunjuk perasaan,akhirnya pihak luar yang mempengaruhi hubungan suami isteri yang sepatutnya terjalin erat meskipun dipisah lautan.
  • Seorang suami adalah pemimpin dalam rumahtangga, adalah kewajipannya untuk mendidik isterinya dan membentuk jiwanya agar selari dengan keperluan dan kehendak si suami. HUbungan suami isteri bukan sekadar di atas katil sebaliknya merangkumi setiap aspek fizikal dan rohani. Suami ke hilir isteri ke hulu, kalau jumpa kerja nak gaduh saja. Apa kes?
  • Anak yang ‘disuap’ dengan sikap-sikap negatif semasa kecilnya akan membesar sebagai seorang yang negatif juga. Contohnya Azhar yang dibesarkan dengan perasaan benci terhadap bapanya, bukan saja terus membenci bapanya malah kehidupannya sendiri pun jadi tak tentu arah. Inilah akibat pemikiran nagatif yang diterapkan sejak kecil.
  • Wang dan harta boleh jadi punca perbalahan sebuah keluarga. Berlaku adillah dalam pembahagian harta agar tak ada yang sakit hati. Kalau dah bahagi adil-adil pun ada yang sakit hati juga, dia memang memerlukan rawatan.
  • Seorang ayah wajib dihormati meskipun apa yang telah dilakukan terhadap keluarga. Ikatan ayah-anak dan ibu-anak berkekalan sampai bila-bila. Kalau kesalahan si ayah dengan si emak, anak-anak tidak wajar diheret sama.
  • Setiap kelakuan kita pasti ada balasannya, sama ada di atas dunia atau di sana. Ingat-ingatlah kita ini siapa…

Sayangnya saya tidak tahu kesudahan drama ini. Mungkinkah keluarga Azam-Rosmah-Azhar-Rosdiana kembali bersatu? Dan mungkin kali ni Azam lebih tegas dengan peranannya sebagai bapa dan suami menakhodai keluarga?

Tapi ada satu benda pelik si Azam ni. Dah orang kata isteri & anak dh meninggal, ada cari mana kuburnya? Ada cari mentuanya tanya khabar? Anaknya yang masih hidup tak diendah pun? Mungkin terlalu percaya kepada makciknya kot… Kesian sungguh bertahun kena tipu. Kot ye pun hubungilah keluarga mentua, kalau ye pun isteri dah meninggal, sekadar mengeratkan silaturrahim 😀 SORRY TERLEPAS SCENE NI.

admin Avatar

8 responses to “Sebelum Terlupa, Cerekarama TV3 28 Ogos 2010”

  1. fidieyaaa Avatar
    fidieyaaa

    adela mentua dia tunjuk kubur, tp kubur sape2 tah… azam x sempat baca nama kot, sedih sgt… huhu
    akhirnya bersatu la, ape lagi….
    rebutlah masa ketika aman sebelum dijajah…
    selamat hari merdeka

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Oh ya ka. Telepas scene tu sbb tgk Yes Man kat HBO hahaha. Maafkan saya tuan pengarah.

  2. fid Avatar

    yg ai tgk tadi
    azam..maznah…azhar diana
    azam tu nama abu azamuddin

    mak mertua dia pun TERmakan hasutan mak ton (mak sedara dia)
    mak ton jd jahat sbb nak balas dendam kat bapa azam yang bolot harta pusaka

    maznah termakan hasutan juga….sebab tu dia ingat suami dia jahat

    akhirnya mereka bersatu la setelah semua penjahat mengaku jahat

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Maznah?? I dengar dia panggil ROS huhu. Macam masuk pulak Ros dgn Rosdiana.

  3. kak iena Avatar

    betul apa yang along nyatakan itu…

    akak pun setuju.. kita org melayu masih lagi mempunyai sifat hasad dengki antara satu sama lain.. mcm cth mak ton.. sebenarnyer yg jahat adalah ayah azam.. tp dia hukumkan kepada azam n keluarga… hingga akhirnye dia sedar apa yg dia buat tu tak elok setelah di tegur anak sendiri.. keluarga dia ditimpa satu satu bencana br la nak insaf n meminta maaf pada azam

    yg laki bini ni pulak patut nyer bersatu… org kata sayang bini tinggal tinggalkan.. patutnyer dia percaya pada suami… dan tak payah la dok dengar hasutan dr org keliling… or maybe konon pembawakan budak kot.. hahahhahaha

    apa pun citer ni ada mesage sendiri.. akak pun tak brp kusyuk sebb sambil wat kuih raya..
    .-= kak iena´s last blog ..Cinta Kirana =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mari kita cadangkan para produser keluarkan drama2 yang bermesej macam ni daripada cerita2 merapu ntah apa2 tuh. hehe.

  4. sitisifir10 Avatar

    Eksaited sangat suruh anak tido sbb nak layan cerekarama sorang2, last2 tersedar kul 3 pagi…waaaaaaaaaaaa………tak tengok jugak
    .-= sitisifir10´s last blog ..GIVEAWAY FOR HEALTY 2010 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Allah memeliharamu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge