Sebab-Sebab Susu Badan Kurang/Kering/Tiada

admin Avatar

Lumrah bila tak semua ibu dapat menyusukan anaknya. Ramai ibu yang niat awal nak menyusukan anak, tapi bila anak lahir, tak dapat… Dan paling mudah untuk menerangkan keadaan ni adalah – TAK ADA SUSU. Paling menyedihkan bila ibu tu tak tahu apa sebabnya dia boleh tak ada susu… Jadi ini mungkin memberikan sedikit tekanan bila orang lain mampu menyusu badan. Sebenarnya, mudah kalau kita tahu sebab2nya, jadi kita boleh cari cara nak atasinya.

Antara penyebab ibu-ibu mengalami kekurangan/kekeringan/ketiadaan susu badan (tanpa mengabaikan rangsangan dari hisapan bayi & pam) semasa awal kelahiran:

  • Anemia
  • Ketidakseimbangan hormon tiroid
  • Hypopituitarism
  • Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
  • Gestational ovarian theca lutein cyst (keadaan ni sangat jarang berlaku)
  • Menghidap kencing manis & bergantung pada insulin
  • Tak cukup tisu glandular (IGT)
  • Pernah jalani pembedahan payudara
  • Plasenta tak keluar lagi/tak keluar habis
  • Sindrom Sheehan, apabila pituitari kekurangan darah disebabkan oleh pendarahan semasa melahirkan, so ia tidak menghasilkan hormon mencukupi utk laktasi.
  • Obesiti.
  • Tekanan semasa melahirkan, kehilangan darah etc.
  • Pengambilan drug Pitocin semasa proses kelahiran
  • Penggunaan pil perancang yang mengandungi estrogen dan progesteron.
  • Edema disebabkan oleh IV.
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu.
  • Pengambilan herba/jamu yang mengandungi sifat anti-laktogenik.

Jadi, ibu2 terutama yang baru bersalin kena tengok balik.. apakah mereka mengalami perkara2 di atas. Dan yang paling penting ialah SUSUKAN BAYI SEAWAL MUNGKIN.

Jangan terlalu taksub dengan term MILK BOOSTER sampai mengamalkannya dari awal2 kehamilan lagi. Milk booster yang sebenarnya ialah hisapan bayi, jadi lepas2 je bersalin, teruslah menyusukan bayi supaya terus dapat MILK BOOSTER anda 🙂


Adakah Set Penyusuan Shaklee sejenis milk booster? Tidak, ia lebih dari itu. Set Shaklee memenuhi keperluan nutrisi seorang ibu, lantas membantu proses penyusuan berjalan lancar.

Tapi ia masih berbalik kepada kes2 di atas, dan praktek amali ibu seperti pam dengan kerap…

Jadi kesimpulannya, kalau ‘susu tak ada lepas bersalin’, mungkin sebabnya yang tersenarai di atas. Rezeki adalah rezeki, tapi untuk dapatkan ‘rezeki’ kena berusaha, bukan semata2 menunggu bulan jatuh ke riba.

Selamat menyusukan permata hati!

Tagged in :

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge