Alhamdulillah… akhirnya siap juga pasang katil ‘asrama’ utk boys. Bertahun2 mereka berkongsi katil akhirnya dapatlah katil seorang satu.
Masa belajar dulu sy pernah buat satu kajian tentang masalah kerosakan akhlak di kalangan remaja. Lebih spesifik tentang budaya lepak dan gejala2 tidak sihat yang lain.
Salah satu punca adalah kerana ketiadaan ruang untuk mereka di rumah sendiri. Tak cukup bilik, misalnya rumah cuma ada 2 bilik, satu bilik ibu bapa & satu bilik utk anak2 perempuan. Anak2 lelaki tiada tempat mereka nak berehat, menyebabkan mereka lebih suka keluar. Ada juga yang bilik banyak, tapi kena berkongsi dengan maksu, paksu, mak lang, pak ngah….
Dari situ saya belajar bahawa ruang peribadi adalah penting utk perkembangan anak2. Saya sendiri membesar dengan ruang peribadi. Sekalipun berkongsi dengan adik perempuan sy, tp kami ada katil masing2 (katil double decker). Begitu juga dgn adik2 lelaki saya.
Alhamdulillah kami adik beradik bebas dari budaya2 seperti di atas. Semua orang lebih suka duduk di rumah. Keluar sekejap2 jumpa kawan2, tapi recharge di ruang sendiri di rumah kami.
Hinggalah sekarang pun mak ayah saya tetap sediakan ruang masing2 utk anak2 yang dah berkeluarga.
Anak2 saya masa kecil semuanya berkongsi ruang – katil, almari, etc. semuanya satu. Saya bincang dgn suami, bila mereka meningkat remaja ktia kena sediakan ruang peribadi untuk mereka. Katil sendiri, almari sendiri.. biar mereka ada sense of belonging di rumah sendiri.
Sy teringat beberapa orang kawan saya, dulu di asrama, mereka memberitahu yang lebih suka duduk di asrama. Ada ruang sendiri. Di rumah tak ada bilik. Kena kongsi dengan adik-beradik yg ramai. Bila di asrama ada katil sendiri, loker sendiri, rasa selamat nak simpan barang2 peribadi.
Syukur alhamdulillah, Allah kurniakan nikmat ni utk anak2.. rezeki anak2 orang kata. Saya doakan ibu bapa di luar sana yang punya anak remaja, dipermudahkan utk menyediakan ruang peribadi utk anak2 di rumah. Mudah2an mengelakkan mereka dari mencari ruang di luar. Sekaligus menurunkan statistik gejala sosial.
Namun begitu ada juga yang kata, bila ada ruang sendiri ni, macam2 budak2 skg boleh buat. Dengan skg ni kecoh tentang DS (dark side) di twitter… sbb tu lah kata orang kg sy “it takes a village to raise a child”, nak besarkan anak bukan dgn satu laluan saja. Dah beri ruang, beri juga perhatian, beri juga kasih sayang, dorongan, pemerhatian, hukuman…. Dan doa.
Bukan senang nak besarkan anak. Kita cuma boleh berusaha dan berdoa sebaiknya. Percayalah yang Allah akan mudahkan… dan ’kemudahan’ Allah tu kadangkala datang dgn cara tak diduga.. sbb tu kena kuatkan hubungan dgn Allah. Mudah-mudahan Dia bimbing hati kita & anak2 utk nampak beza benda yang haq dan yg batil.
Leave a Reply