Rotavirus – Apekebende nye lah tu

admin Avatar

Anak saya Hafiy adalah disahkan terkena bahana rotavirus. Biasanya bila sebut rotavirus, orang akan tanya balik “Apa benda tu?”. Rotavirus adalah penyakit yang disebabkan oleh virus bernama rota yang berasal dari Mesir (merapu dah ni) yang menyebabkan kanak2 kecil menjadi cirit, muntah, demam, etc.

Kerana itulah Hafiy telah tersadai di Prince Court dekat seminggu. Huhu.

Dipetik dari website Sime Darby HealthCare (kes malas nak menulis):

Simptom dan penularan rotavirus

Muntah, cirit-birit, demam dan sakit perut adalah simptom rotavirus. Demam dan muntah boleh berlarutan hingga sembilan hari, manakala cirit-birit pula hingga tiga minggu.

Kata Dr. Khoo, cirit-birit akibat rotavirus lebih mengundang risiko dehidrasi berbanding cirit-birit akibat lain.

“Komplikasi major akibat dehidrasi termasuk renjatan, masalah pernafasan, kardiak, kegagalan buah pinggang, jangkitan otak dan membawa maut,” katanya.

Menurut beliau, rotavirus sangat mudah menular. Ia boleh hidup hingga beberapa jam pada persekitaran dan beberapa hari pada permukaan tangan dan pepejal.

Saluran makanan dan najis paling mudah menyebarkan rotavirus. Selain itu ia disebarkan melalui seorang ke seorang yang lain melalui tangan yang tercemar, barang permainan dan objek lain.

“Ibu-ibu perlu memahami bahawa gastroenteritis adalah penyakit serius dan rotavirus boleh menyerang semua kanak-kanak,” katanya.

Menangani cirit-birit dan rotavirus

“Elakkan bayi mengalami dehidrasi berterusan dengan memberi susu ibu, formula dan juga cecair lain ketika mereka mengalami cirit-birit. Bawa bayi berjumpa doktor jika ia menunjukkan tanda dehidrasi seperti mulut kering, lampin tidak basah antara enam hingga lapan jam, terdapat pendarahan pada najis, demam dengan suhu tinggi, kerap muntah dan sebagainya,” katanya.

Sementara bagi menangani jangkitan rotavirus pula, tiada rawatan antiviral spesifik digunakan melainkan menggunakan kaolin, pectin, smecta dan probiotik.

“Menggunakan oral redehidrasi adalah penyelesaian biasa yang sering digunakan,” katanya.

Dalam sesetengah kes muntah yang teruk, redehidrasi dengan cecair melalui laluan intravena diperlukan.

Mengurangkan risiko jangkitan

“Susu ibu adalah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan jangkitan rotavirus. Selain itu kerap disinfek barang permainan dan kawasan bermain. Amalkan kebersihan dan sanitasi asas seperti membasuh tangan dengan betul.

“Namun membasuh tangan dan disinfek sahaja tidak mencukupi dan cara yang paling baik adalah mendapatkan vaksinasi rotavirus,” ujar Dr Khoo.

Dengan mendapatkan vaksin rotavirus katanya, ia menawarkan pencegahan paling baik dalam melawan jangkitan rotavirus di kalangan bayi.

Ye… ye… kami tak dapatkan vaksin untuk beliau (padan muka).

Alhamdulillah, hari ni dah nampak peningkatan,, dia dah mula nak makan dan minum. Yang best lagi, Hafiy dah mula pandai susun ayat. Wah, blessing in disguise gitu.

“Mommy, nak nasik dengan sayur”

“Mommy, nak daging. Nak daging je..”

“Taknak makan ubat!”

“Taknak pakai baju”

Beliau adalah hanya berdiaper saja hingga membuatkan setiap orang yang datang tengok akan rasa sayu sebab tulang2 rusuk sungguh timbul dan nampak begitu kurus kering lagi kasihan.

Tapi admitted kat Prince Court ni not that bad. Rasa macam duk hotel aje. Pengalaman jaga Fahry kat sebuah hospital dulu lagi sedih woo. 42 hari kat SCN, tak campur lagi 3 hari kat Pediatric ward.

Tagged in :

admin Avatar

11 responses to “Rotavirus – Apekebende nye lah tu”

  1. syahida Avatar

    anak sakit, warded…semua nightmare utk ibu2, kan??BTW, umur brape leh amik vaksin tu??baby je ker?
    .-= syahida´s last blog ..Abil and FlyFM =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      According to Hafiy’s paed, under 1 YO.

  2. dbalkis Avatar

    ala ciannye cayang Hafiy….Get well soon dear..Mmg best kan PCMC tu?? lobinya mmg cam otel..

    Neway kalau nak kene sakit kene gak, tak kire dapat antiviral ke tak..cam Dhani (my son) gak, amik pneumococcal pun kene H1N1 gak…pengalaman..just Alhamdulillah je…kita bertuah sebab diujinya…
    .-= dbalkis´s last blog ..Dinner at Vapiano, Berlin =-.

  3. mirah Avatar
    mirah

    Lyna, masih di wad ya? demi anak, semua kita sanggup buat kan…
    Moga hafiy cepat dapat balik rumah..

  4. cikrul (silent reader) Avatar
    cikrul (silent reader)

    anak saya baru 15bln,demam tak lama..muntah pun 2 hari je,skang cirit birit dh 3 hari..najis dia cair,membuang tak kerap sgt..adakah jangkitan rotavirus jgk?

  5. Shareen Avatar

    scareee-lah rotavirus nie.. my son punya next immunization @ 5 months nanti, I nak tanya kat doktor lah for this vaccine..
    .-= Shareen´s last blog ..Mama’s little Bugger bug-ed =-.

  6. salzahari Avatar
    salzahari

    good to hear dlm sakit2, Hafiy dah improve satu benda..anyway,dia dah discharge ke belum? perasan tak kita dulu kejarkan pneumonia vaccine sedangkan rotavirus pun perlu…sbb i selalu tgk banner rotavirus bila pegi checkup tapi x terfikir jgk nak amik. kalau dah kena, maybe akan terfikir semula :p

  7. aidie Avatar

    Dari rotavirus terus bley susun ayat.. Bravo Hafiy 🙂

  8. MummyHana Avatar

    Salam,
    Little Hana pun pernah kena rotavirus Jan lepas..
    rasa menyesal sebab tak bagi dia vaksin tu..
    anyway, disebabkan tak mau pisang berbuah dua kali, sy bagi dia jab utk pneumococal..huhuhu
    risau.. bila masuk ward sebab rotavirus tu, tgk Hana lembik tak boleh makan..asyik cirit aje.. kasihan betul dia..
    sedih rasa hati..
    .-= MummyHana´s last blog ..Penipu Durjana!! =-.

  9. Ica Avatar

    my daughter pun pernah kena rotavirus. masa tu age dia 1yr++. Memang sedih sangat to see her in that condition. Very weak, kena masuk drip, buat blood test etc..etc.. 1wk dlm hosp. Sekarang ni dah ambik jap for her. Doctor kata chances for a child yg pernah dpt rotavirus utk kena lagi, mmg slim. Hopefully it’s true la. Don’t want to go thru it again…. all the best to Hafiy…
    .-= Ica´s last blog ..When in Bandung…..Part 2 =-.

  10. alia Avatar
    alia

    anak saya cirit birit berdarah,kena thn kat hkl 3hari setelah 4hr cirit berdarah shari selepas kuar wad anak saya muntah2,still cirit dan nie hari ke10 anak saya cirit,sya nak tau adakah anak saya jg mungkin terkena virus votavirus?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge