Anak saya Hafiy adalah disahkan terkena bahana rotavirus. Biasanya bila sebut rotavirus, orang akan tanya balik “Apa benda tu?”. Rotavirus adalah penyakit yang disebabkan oleh virus bernama rota yang berasal dari Mesir (merapu dah ni) yang menyebabkan kanak2 kecil menjadi cirit, muntah, demam, etc.
Kerana itulah Hafiy telah tersadai di Prince Court dekat seminggu. Huhu.
Dipetik dari website Sime Darby HealthCare (kes malas nak menulis):
Simptom dan penularan rotavirus
Muntah, cirit-birit, demam dan sakit perut adalah simptom rotavirus. Demam dan muntah boleh berlarutan hingga sembilan hari, manakala cirit-birit pula hingga tiga minggu.
Kata Dr. Khoo, cirit-birit akibat rotavirus lebih mengundang risiko dehidrasi berbanding cirit-birit akibat lain.
“Komplikasi major akibat dehidrasi termasuk renjatan, masalah pernafasan, kardiak, kegagalan buah pinggang, jangkitan otak dan membawa maut,” katanya.
Menurut beliau, rotavirus sangat mudah menular. Ia boleh hidup hingga beberapa jam pada persekitaran dan beberapa hari pada permukaan tangan dan pepejal.
Saluran makanan dan najis paling mudah menyebarkan rotavirus. Selain itu ia disebarkan melalui seorang ke seorang yang lain melalui tangan yang tercemar, barang permainan dan objek lain.
“Ibu-ibu perlu memahami bahawa gastroenteritis adalah penyakit serius dan rotavirus boleh menyerang semua kanak-kanak,” katanya.
Menangani cirit-birit dan rotavirus
“Elakkan bayi mengalami dehidrasi berterusan dengan memberi susu ibu, formula dan juga cecair lain ketika mereka mengalami cirit-birit. Bawa bayi berjumpa doktor jika ia menunjukkan tanda dehidrasi seperti mulut kering, lampin tidak basah antara enam hingga lapan jam, terdapat pendarahan pada najis, demam dengan suhu tinggi, kerap muntah dan sebagainya,” katanya.
Sementara bagi menangani jangkitan rotavirus pula, tiada rawatan antiviral spesifik digunakan melainkan menggunakan kaolin, pectin, smecta dan probiotik.
“Menggunakan oral redehidrasi adalah penyelesaian biasa yang sering digunakan,” katanya.
Dalam sesetengah kes muntah yang teruk, redehidrasi dengan cecair melalui laluan intravena diperlukan.
Mengurangkan risiko jangkitan
“Susu ibu adalah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan jangkitan rotavirus. Selain itu kerap disinfek barang permainan dan kawasan bermain. Amalkan kebersihan dan sanitasi asas seperti membasuh tangan dengan betul.
“Namun membasuh tangan dan disinfek sahaja tidak mencukupi dan cara yang paling baik adalah mendapatkan vaksinasi rotavirus,” ujar Dr Khoo.
Dengan mendapatkan vaksin rotavirus katanya, ia menawarkan pencegahan paling baik dalam melawan jangkitan rotavirus di kalangan bayi.
Ye… ye… kami tak dapatkan vaksin untuk beliau (padan muka).
Alhamdulillah, hari ni dah nampak peningkatan,, dia dah mula nak makan dan minum. Yang best lagi, Hafiy dah mula pandai susun ayat. Wah, blessing in disguise gitu.
“Mommy, nak nasik dengan sayur”
“Mommy, nak daging. Nak daging je..”
“Taknak makan ubat!”
“Taknak pakai baju”
Beliau adalah hanya berdiaper saja hingga membuatkan setiap orang yang datang tengok akan rasa sayu sebab tulang2 rusuk sungguh timbul dan nampak begitu kurus kering lagi kasihan.
Tapi admitted kat Prince Court ni not that bad. Rasa macam duk hotel aje. Pengalaman jaga Fahry kat sebuah hospital dulu lagi sedih woo. 42 hari kat SCN, tak campur lagi 3 hari kat Pediatric ward.
Leave a Reply