OK… movie ni agak merepek sikit & tak faham apa mesejnya sampailah dah nak akhir-akhir baru buat kita terasa macam nak jadi aktivis alam sekitar 😂 dan juga do something significant before you die.
Ia mengisahkan Paul dan isterinya Audrey yang menghadapi kehidupan yg stress. Just like most of us. & memang kita boleh relate sebab kita pun ada masalah yang sama macam diorang 😂
Dalam mencari penyelesaian kepada masalah kewangan mereka tu, diorang berjumpa kawan lama yang telah menjalani proses ‘downsizing’ dan menjadi setinggi 5 inci saja. Proses tu sebenarnya dah popular pada zaman diorang tu. Bagi mereka yang bermasalah dgn kewangan, kecilkan badan & tinggal di tempat2 yg khas utk orang2 kecil ni. Yang kawan diorang tinggal tu – Leisureland.
So diorang pun pergila ke sana & survey….
Lepas fikir2 diorang pun setuju untuk tinggalkan dunia normal dan menjadi kecil. Menetap di Leisureland…
Fast forward, Paul sorang je yang mengecil, isteri dia Audrey takmau teruskan dan kembali kepada keluarganya. So Paul pun tinggal sendirian… hinggalah dia berkenalan dengan jirannya dari Serbia, Dušan.
Dari situ dia kenal dengan Ngoc Lan Tran, aktivis Vietnam yang dihukum penjara, dikecilkan dan dibawa masuk ke Amerika dengan kotak TV.
Satu hari, Paul, Dušan, Konrad (kawan Dušan) dan Ngoc Lan belayar ke Norway dan dioranh berjumpa dengan saintis yang mula2 mempelopori bidang pengecilan ni – Dr. Jorgen Asbjørnsen.
Kat sini masuklah bab2 metana di Antartika lah, apa semua bagai yang menjadikan kita insaf dan berazam nak jaga bumi ni. Bencana2 alam, penyakit pelik2 ni kalau difikir2… semua berpunca dari kita! 😭
Di akhir cerita ni, Dr Jorgen Asbjørnsen dan kultusnya di Norway berpindah ke ‘vault’ kerana mereka menjangka spesis manusia akan pupus dari mukabumi. Mereka akan keluar setelah bergenerasi bila spesis manusia dah pupus. Ngoc Lan & Paul pula meneruskan kerja2 membantu orang.
Okey… ramai cakap movie ni boring… tapi ia sangat ringan dan sesuai ditonton di kala kepala tengah semak & badan tengah penat. Coz tak payah nak fikir sangat. Tapi mesejnya sangat clear…
✔️ JAGALAH BUMI NI!!! Masa ni geram sangat dgn keanehan DBKL yang tak habis2 nak sodok kejiranan ni dengan bangunan tinggi2. Padahal dah oversupply kot? Saja nak bagi duit kat kroni ke ape?
✔️ Ladies… BE STRONG. Know what you want & stand for it.
✔️ Berbaik-baiklah dengan jiran 😂
✔️ Kita semua akan mati… so buatlah sesuatu yang bermakna sebelum kita tinggalkan dunia ni. Yes, we can!
– Posted using BlogPress from my iPhone
Leave a Reply