Review Movie Dilwale

admin Avatar

Bila dah ramai-ramai pakat bercakap tentang Dilwale, filem terbaru gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol tu, saya pun tak terlepas juga nak tahu apa yang best sangat. Apa lagi bila kutipan tayangan filem ni di Malaysia antara yang tertinggi! Apa yang bagus sangat, apa yang special sangat, apa yang memori sangat?

Jadi saya bersama suami dan adik-adik keluar menontonnya bersama-sama.

Saya taknak cerita sinopsis, biarlah korang tonton sendiri ya. Saya cuma nak beri komen saja 🙂

Kelakar

KAJOL SHAHRUKH KHAN

Seriously filem ni memang tahap gaban punya kelakar. Rasanya lebih banyak gelak dari sentimental. Ya, memang pun. Part sentimental tu ada la juga tapi yang lawak tu sangaaat banyak dari awal sampai akhir.

Bila kelakar, kita gelak. Bila gelak, kita happy. OK, so filem ni boleh buat kita happy.

Romantis

GERUA

Romantik dan Hindustan berpisah tiada. Apa lagi bila heronya Shah Rukh Khan dan heroinnya Kajol. Dan yang paling best bab ni bila keromantikan mereka tu bukan macam tipikal Dilwale Dulhaniye le Jayenge atau Kuch Kuch Hota Hai. Romantik serba tragis. Hubungan terlarang bukan kerana darjat miskin-kaya tapi kerana… ehem. Tengok sendiri.

Kasih Sayang Adik-Beradik

VEER RAJ DILWALE

Part yang paling mengharukan saya adalah hubungan kekeluargaan – adik beradik – antara Raj (Shah Rukh Khan) dengan Veer (Varun Dhawan) dan antara Meera (Kajol) dengan Ishita (Kriti Sanon). Terharu saya dibuatnya. Nak nangis rasa.

Persahabatan

KAALI DILWALE

Nilai yang wajib ada dalam Hindustan selain cintan – persahabatan. Seseorang tu memang sahabat baik kita bila kita tak perlu cakap apa-apa.. dengan isyarat mata je dia dah faham kan?

Everything’s Gonna Be OK In The End, If It’s Not OK, It’s Not The End

RAJ VEER MEERA

Standard Hindustan mesti mahu happy ending punya. Sebenarnya it really relates to our life. Kita mesti sentiasa positif dan percaya bahawa segalanya akan berakhir dengan baik. Segala kepahitan yang kita rasa ini akan manis akhirnya.

Overall…

Saya ni bukanlah follow sangat pun Hindustan ni. Maklumlah the only time I have chance to watch movies hanya dalam flights. Tapi selepas menonton Chennai Express (of course dalam flight) –  yang saya tonton berkali-kali – buah tangan Rohit Shetty, I expect more from him. Tapi sayangnya…. Dilwale tak meet my expectation.

Walaupun ada adegan ala-ala Fast & Furios lah, tapi… overall yang boleh saya katakan.. yang buat saya tak kecewa (dan rasa rugi je) adalah Shah Rukh Khan dan Kajol. Especially part ending, macam nak cepat-cepat habiskan cerita.

Walau macamana pun saya harap Rohit Shetty bakal bagi kejutan selepas ni. Kita tunggu….

Tagged in :

admin Avatar

8 responses to “Review Movie Dilwale”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    teringin juga nak tengok tapi tak pernah pi movie

  2. Zaleha Avatar

    bestnya.. hihi.. dah lama xde kesempatan gi tengok wayang… paling2 pun kalu dpt tgk, tgk online movie je

    1. raihanahahmad Avatar

      anak2 dok ajak gi tengok wayang, mama masih tunggu dan lihat

  3. Huda Avatar

    Rindu nak tengok kajol berlakon….

    1. Raihanah Ahmad Avatar

      kan, tapi tak tahulah citer ni best ke tidak

  4. elias Avatar

    ‘hei ramlan’… part yang paling kelakar

  5. elias Avatar

    ‘hei ramlan’… part yang paling kelakar

    1. Raihanah Ahmad Avatar

      wah dah hafal dialog, dah tengok juga la ni ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge