Review iPhone 4S

admin Avatar

Mula-mula sekali saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada suami saya. Dalam sakit2 pun sempat men-suprise isterinya dengan iphone baru 🙂


iPhone 3GS saya, walapun kontrak masih berbaki 7 bulan lagi tapi kondisinya amat menyesakkan dada.

Nak buka SMS pun 3-4 kali touch baru boleh buka. Belum masuk call tak dapat2. Belum juga masuk tiba2 mati sendiri. WhatsApps pun dah berzaman tak boleh guna walaupun re-install.

Heavy duty katanya…

Jadi memang satu keputusan bijak bila dipelawa untuk mendapatkan iPhone 4S yang baru 🙂

Saya mendapatkannya di KL Convention Centre, suami tercinta dalam keadaan ber-gauze sanggup menjaga anak-anak..


Mungkin saya ke sana dah lewat, atau memang modus operandi mereka sangat berkesan. Waiting time sekejap sangat (tapi jadi lama juga sebab nombor giliran saya tak keluar).


So, apakah kelebihan iPhone 4S?

Secara kasarnya tak adalah beza mana pun dengan iPhone 4… Dari segi main function lah. Rupa dia sama je dengan iPhone 4, cuma ada berat sikit. Dan iPhone 4S ni ada si SIRI yang boleh jadi teman di kala bosan tahap gaban.

Antara perbezaan iPhone 4S dengan iPhone 4:

– Berat sikit by 0.1 oz. Hehe, tak rasa pun kot.
– Kamera iPhone 4S 8 megapixel. iPhone 4 5 megapixel.
– Dia punya processor Processor Dual-core 1GHz A5 processor with dual-core graphics. iPhone 4 1GHz ARM Cortex-A8.
– Battery life lebih panjang berbanding iPhone 4.
– Kapasiti terendah iPhone 4S ialah 16GB, iPhone 4 8 GB.
– iPhone 4S menggunakan 4.0 Bluetooth, iPhone 4 guna Bluetooh 2.1. Tapi saya tak pernah guna pun bluetooth ni.

Harga pun of course lebih mahal.

Saya sambung kontrak iValue yang dah sedia ni. Untuk 12 bulan bagi iValue 3 untuk 16 GB, harga iPhone 4S ialah RM 1250. Sebab sambung kontrak, tak dapatlah 24 bulan (max 30 bulan), dapat 12 bulan saja.

Sekarang ni bolehlah saya FaceTime dengan suami 😀

Oh ya, pengguna iPhone 4/4S boleh berhubung dengan saya via iMessage. Dan WhatsApps saya dah kembali aktif 😉 Jom iMessage saya – mommy(@)fahry.net

Tagged in :

admin Avatar

5 responses to “Review iPhone 4S”

  1. syu90 Avatar

    besnye sis..dpt guna iphone 4s..hehe

  2. sahrom Avatar

    awk upgrade 3gs awk pi ios 5 ke?? klu ya, mende tue mmg akan berlaku..cara nak elakkannya, awak sync kan ia dgn on kan 3g ketika proses sync berlaku..insyaAllah akan normal…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tak upgrade pun. yg berlaku adalah beliau pernah lemas dan jatuh dari ketinggian. hehe. lasak katanya.

  3. knv Avatar
    knv

    bestnya nikmat dunia yang iniiiii… 😀

  4. Ummi Hanie Avatar

    best nyee … bile la sy nk dpt hadiah mahei2 gini ..

    hadiah trmahal ialah kabinet display tu … ok la kan … cntik :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge