Review Cerekarama Tunjang Sa’adah TV3

admin Avatar

Pertama kali saya membuat review tentang drama TV.

Kali ni sebab saya TERTENGOK drama ni. Dan disebabkan si SA’ADAH inilah kami terlambat keluar pekena tauhu bakar di Rasta @TTDI. Keadaan2 ini telah memaksa saya untuk menulis serba sedikit tentang drama yang membuat saya berasa “Kalaula aku kuar je tadi pi cari tauhu bakar yang sedap itu..” 😀

Pendekata,

  1. Hatiku terubat la dengan Rozita Che Wan. Saya suka dia sebab dia cantik macam saya.
  2. Wah, ada blog lagi! Di Tunjang Sa’adah. Nak baca sinopsis (kalau terlepas) bole baca je kat website itu.

Review Saya:

1. Watak Orang Gaji : Ada lagi ke manusia bernama gadis Melayu Malaysia yang jadi orang gaji/pembantu rumah/maid zaman sekarang ni? Kawan baik pun, sanggup ke jadi orang gaji? Kalau ada saya nak sorang. Kawan2 saya kan, saya offer gaji 2 kali ganda maid foreigner pun taknak. Apa punya kawan daaaa. Cuba korang contohi Sa’adah ni.

Kok ye pun carila yang muka ala2 pecah pintu sikit. Ada la jugak kesan dramatik kalo Tajudin taknak kawen dengan dia, sebab dia huduh 😀 Tapi.. pelakon Malaysia semua lawa2 kan mana ada yang rupa pecah pintu hehe. Kang amik Diana Danielle kang melampau la pulak kan.

2. Watak Orang Gaji Yang Lawa Macam Saya : Kenapa dia nak sangat jadi orang gaji? Orang gaji kene duk rumah orang siang malam tak bebas. Baik dia jadi cikgu tadika. Malam2 bole dating dengan boifie.

Melainkan kalau dia huduh, gemuk, loser, mungkin la dia seronok jadi orang gaji. Kalau miskin pun, muka lawa camtu takkan le takde orang kampung dia teringin nak jadikan isteri yang sah.

3. Alif : Langsung dia tak ingat kat mak dia ke? Memang ada ek budak macam ni? Sebaik mana dengan orang gaji, sampai langsung tak ingat kat mak sendiri? Tak ada sedih2 or tanya2 pasal mak dia? OK la mungkin dia dah faham yang mak dia dah pergi takkan kembali lagi… Bagus budak ni.

4. Watak Lelaki Anak Soleh : Tau la mak dia suruh kahwin dengan Sa’adah. Tau la anak dia perlukan sorang ibu. Tau la dia tak tahu pasal kerja2 dapur. He can even handle a big fastfood franchise, tapi mak sendiri pun tak bole handle.. Memang bagus, sangat soleh. Bro kalo tak tau buat kerja dapur, makan je la kat luar. Jaga anak pun, anak dah besar la bukan baby lagi. Kalau tak ready lagi, cakap je kat mak “I tak ready la Mak. Next month la I fikir balik OK”.

5. Watak Mak : Apa masalah makcik ni sebenarnya? Kejap ada kejap takde. Kejap muncul kejap tak muncul. Dia ni duk mana? Macam time2 tak diperlukan, ada je la dia kat rumah besar tu. Time2 lain, tak ada pulak. Mana pegi entah. Nak kata duk asing, asik ada je muka dia di saat2 tak diperlukan. Nak kata duk sama, macma tak duk sama.

Mungkin dia duk di banglo depan rumah Tajudin. Macam Francis Yeoh dengan mak dia kot.

6. Watak Suami Mithali : Takde nampak pun dia rindukan arwah bini dia. Nampak happy berbini baru ade la 😀 Sebab tu takleh tengok barang2 arwah isteri dia, sebab nanti teringat2 pulak.

7.  Tajuk : Apakah tunjang? Akar tunjang? Saraf tunjang? Kenapa tunjang? Apa kaitan tunjang dengan perempuan tu? Kenapa kena tunjang, bukan tanjung ke, tiang ke.

8. Watak Orang Gaji Lagi : Tak puas hati betul lah. Tolongla kasik contoh in real life orang gaji lawa cenggitu.

9. Ending : Macam tu je?

10. Hajar Beri Hak Penjagaan Pada Sa’adah : Orang tu kan ada laki, apsal tak kasik kat laki dia je yang jaga. Sa’adah ni nak jaga anak tiri si Alif tu lagi, anak sendiri lagi, nak kene jaga baby orang pulak (walaupun anak buah dia jugak). Kesian la kat dia… dahla kematian suami, kaya memangla kaya.. tapi kaya2 pun ada perasaan jugak. Ada rasa penat jugak.

11. Watak Azlina Yang Tak Cukup Gedik : Tak gedik pun. Azlina semua baik2 😀 (Irma Hasmie boleh perbaiki lagi. Cuba belajar dengan Fasha Sandha, Fazura ke, Elly Mazlein ke).

Banyaknya komen aku. Ni karang ada je la yang sound “Kalau rasa macam bagus sangat, buatla drama sendiri!”. Jawapan saya “Sebab tak bole buat drama sendiri tu la yang kecoh2 kat blog ni. Kalau boleh buat sendiri, dah lama dah I buat” 🙂

Tapi saya suka budak kecik tu, namanya Haikal Iskandar. Pandai dia berlakon.

Tahniah kepada Ajami Hashim (penulis skrip) atas skrip sulungnya dan krew produksi, kerana berjaya menyogok kami hingga terpaksa menangguhkan kerja2 rumah dan makan tauhu bakar!

*Apasal la review saya ni teruk2 aje. Adakah sebab memang tak berapa best atau pun sebab emo sebab hanya dapat tauhu bakar di kala mata dah mula nak terkatup.  Ada lagi benda nak ditulis tapi bila difikirkan ianya takde yang bagus pun, simpan aje la kan. Ehhh tapiiii tapiii kaaaaannn saya bukan kutuk tau, respond dari penonton dan komen membina tu.

**nak buat review Nur Kasih pulak la.

Tagged in :

admin Avatar

30 responses to “Review Cerekarama Tunjang Sa’adah TV3”

  1. h4ni3 Avatar

    hahahhaa.. setuju. menyampah giler dgn ending cerita ni. mak dia tu apa jadi? lepas kena stroke tu, meninggal ker? (saya terlepas part ni)

    part tajudin jatuh n paralyse.. kalo ikut realiti, if org tu dpt head injury ke apa, mesti lama duduk dekat wad. ni tidak, dah balik rumah dgn oksigen supply, tp inai sa’adah still merah menyala.. tak logik tul. (geram sbb cerita melayu, kalo ada bab2 melibatkan medical scene, mesti tak buat research/ homework betul2)

    part hajar masuk balik ke rumah utk tutup tong oksigen tajudin.. apsal sa’adah tak masuk ke rumah sekali? asyik la dok pegang pipi yg sakit kena penampar

    eh eh.. panjang lak meluah perasaan. tak puas hati gak nih! hehe
    .-= h4ni3´s last blog ..Anakku Ceria Giveaway Contest =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      a ah mak dia meninggal tapi tak ditunjuk adegan tuh

      cuma diberitahu aje yang maknya tu dah takde, FYI only ajelah dAripada sms Sa’adah.

      haaa betol2. mula2 ingatkan ‘6 bulan selepas itu’ tp tengok eh si hajar tak beranak2 lagi. nampaknya bsaru sehari dua selepas itu hehehe.

  2. verde Avatar

    kan kan kannn…rozita tue gtiler cantik kannnnnn…macam babydoll!!!
    .-= verde´s last blog ..perfect & healthy meal for ur weekend! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      yezzzaaa

      suka tengok muka dia
      maniiissss sgt!

  3. yong Avatar

    seb baik aku tgk 10 minit je, tak tergoda dgn rozita che wan..hakhakhak…
    tgk 10 minit pun dah tak paham, nk tgk 2 jam, ampun pakkk!!
    .-= yong´s last blog ..Kaftan lukis overlapped =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahahaha
      yang tak paham tu yang rasa nak tengok sampai abis 🙂

  4. mama tisya Avatar

    citer melayu biasa la byk tk logik tp suka tgk rozuta che wan berlakon and kebetulan yg die tgh shooting time mkn yg part nk celebrates busday tajudin tu..kita ada skali kt restoran tu..sempt la snap gmbr rozita che wan tp dr jauh la…bole tgk blog kita 🙂
    .-= mama tisya´s last blog ..lepak IRC & nampak seseorang…… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      haa tengok dah hehehe
      kalo mama tisya pegi melintas kat depan tu agak2 depa kira tak masuk 😀

  5. hanaseman Avatar

    Nasib baik tak tengok cerita ni semalam..
    Anak kul 10 dah ajak tido…
    .-= hanaseman´s last blog ..BILA ISTERI MEMBEBEL =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      MeMang tepat sekali pilihanmu!

  6. Ms Lola Avatar

    oh, nasib baik saya tak tertawan nak tgk citer tu. selamat khatam 2 filem malam tadi
    .-= Ms Lola´s last blog ..Malam Yang Sepi =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Dakulah yg termasuk dlm golongan yg kurang bernasib baikkk

  7. salzahari Avatar
    salzahari

    muhahaha…sama la, i tunggu gak sampai abis nak tgk kenapa tajudfin tu eksen sgt dgn maid cantik+bak-bidadari tu! bongok..mm, paling x tahan dia buat perangai marah dia di restoren. hello! kesian kanlaah sikit…kat bini, nak marah pun.
    tapi laki kan…hahhaa….kkata terlalu ingat isteri lama tp still leh ayat goda2 si lawyer dan sempat membuntingkan si maid itu! apakah?? emm….i ingat dia berkomplot dgn azlina tuk dapatkan duit insuran bini dia??!!
    nasib i x tgk dari minit awal..i selang2 antara RTM-Numi Supermodel dan Private Practice-NTV7. tp geramnya tu sanggup tahan mata sbb nak tgk ending Tunjang Saadah ni tapi tak terunjang2 pun! hahhahahha

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hahahah ye laaa siap nk bwk si when insurans tu p overseas apppe kes kan. Tp mmg kureng sikitla si Irma tu kena Cuba lagi Dan lagi!

  8. DNNA Avatar

    kah kah kah kah …

    lyna – review yang sangat best … sangat2 analytical … lepas ni bole la wat review lagi ye utk cerita2 melayu kita … hehehe …

    citer ni sekerat jalan je ku tengok … tak teruja pun … baik layan tidurzz kan … ehekss …

    lyna – ku tunggu review nur kasihmu … tapi memang cukup puas hati la dapat tengok balik semua episod nur kasih tanpa iklan kan kan kan kan …
    .-= DNNA´s last blog ..Cuti =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hihihihihi aku bole jadi pengkritik AF takkk????

  9. sya Avatar

    tengok iklan, macam best. walaupun balik lewat, tengok jugak…

    tapi, bila dah tengok, apasal macam aneh je cerita ni…
    bila time ending, lagi aneh… mungkin sebab jadi kelam kabut sebab masa pendek kut.. kalau buat drama bersiri ok la kut…

    tapi, rozita che wan memang lawa laaaa…. saya taknak la orang gaji lawa cenggitu.. 😛
    .-= sya´s last blog ..khamis yang sayu =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Aneh lagi misteriii. Masuk akal juga byk nak citer tp masa pendek. Eh mana tau kot pasni ganti siri Nur Kasih you!

  10. sya Avatar

    eh, saya baru perasan, blog tu letakkan review lyna ni dalam blog dia.. 😛
    .-= sya´s last blog ..khamis yang sayu =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ( dab takde Pegi cek blog TA)

  11. maz Avatar

    hahaha mmg pelik skit cite ni, yelah bab mak si tajudin tu mcm ‘biskut’. kejap ada kejap tak de. pastu part kakak ipar si sa’adah tak beranak2 lagi hehe. patut tv3 review btul2 cite sebelum ditayangkan kat tv la.
    .-= maz´s last blog ..My new handbag =-.

  12. Ajami Hashim Avatar

    Salaam Mommy Lyna & all..

    Terimakasih ML coz sudi tonton sampai habis & tulis rev yg bagus ni.. saya link-kan kat blog TS yer 🙂
    .-= Ajami Hashim´s last blog ..TUNJANG SA’ADAH ~ aku tulis untuk kamu! [SKRIP SULUNG AJAMI HASHIM] =-.

  13. ajasu Avatar

    Haha, lyna… Aja pon menunggu ending nyer.. Sebab wonder ape jd last citer tuh. Lagi kelakar, siap tunggu nk tgk camne ruper wife dia yang dh x der tuh ..heheh.. ye lah kan duk tingat. Kot la wife dia lagik lawo. sekalik betul daa, arwah wife itu sgt cantek tapi tatau siapa pelakon nyer. So Aja consider watak Saadah-mmg-org-gaji-cantik-x sanggup-kita-nak-hire…hihiiii walau diorg cuba x makeup kan, minah tuh lagi la sgt shantekkk tanpa makeup. Huhuuu
    .-= ajasu´s last blog ..And finally… after 2 months =-.

  14. mirah Avatar

    wah ada review kat sini ya. Btw apa jadi ending nya? mirah tgk sampai kul 11.30 je pastu si khadijah dah golek2 pusing kiri kanan, bf pun dia tak nak. Sebab hall tu cerah dan bunyi tv, dia tidur dalam suram2 cahaya dan senyap. Maka sebelum kena sound direct dgn abah nya, dahulukan cerita dari anak,ku angkut lah semuanya naik. Maka tak dapatlah tgk ending nya?

  15. fid Avatar

    saya komen dah kat blog saya kahakhakha
    apakah….
    huhuhuhu
    .-= fid´s last blog ..Bahang Ravina =-.

  16. afrinabatrisyia Avatar

    > haahla ML, byk gak p’soalan yg sama mcm ML..
    > even sy xtgk cite ni dr awal, (sbb Hubby xminat cite melayu) So, sy tgk cite ni 10minutes b4 11, tu pun sbb Hubby dgn senang hati nye nk tgk drama tu sbb ade Rozita Che’ Wan…Minat tul ngan Rozita nie..=)
    > ending dia mcm xlogik..xkn Rozita (Sa’adah) xpedulik Nadia Mustafa (hajar) masuk umah dia..**Tu la cite melayu…Isk3..
    > Ape pun, xminat norman hakim skrg ni,(sbb byk expose psl hal peribadi dia)..N we all tgk drama tu sbb ade Rozita Che’Wan je..=)
    .-= afrinabatrisyia´s last blog ..:: LET’S SHARE SOME IMPORTANT INFO :: =-.

  17. azy Avatar

    KUI2!! byk nya komen2 yg negatip tntg cerita ni.. mmg la..! sy pun sama xpuas ati dgn drama ni, ending cam tu je.. jalan cerita mmg lemah.. barisan pelakon boleh tahan.. kalaulah Rozita Che Wan x jadik heroin konfem cite ni x laku nya.. org ramai tgk pun sbb nak tgk si Rozita tu ja,, tu yg aku boleh ikut sampai habis.. byk part2 yg x logiknya.. si abg saadah blh pulak tetiba ‘terlempang’ adiknya tu.. haha.. klaka2!! tp i like watak anak tajuddin… BUT i don’t like Tajuddin ok! nyampah sejak dpt tau tntg kes khalwat dia tuh.. huh!!
    .-= azy´s last blog ..Adoiyaiii!! abislah aku macam ni….! =-.

  18. azy Avatar

    salam.. tetiba menyampuk.. selama silent reader je.. arini terasa mcm diseru utk mhntr komen.. ekekeke…!
    .-= azy´s last blog ..Adoiyaiii!! abislah aku macam ni….! =-.

  19. liza Avatar
    liza

    i pun x puas hati gak.. kata syg sgt kat arwah isteri.. mcm dah x boleh cari ganti dah… tp ade planning nak gi overseas pulak. sanggup tu tinggalkan anak ngan emak… tak rasional la citer ni… nyampah lak.. tp rozita mmg la cantik sgt… ala2 gadis remaja biler make-up camtu..

  20. [r][a][y] Avatar

    wahhh..terperanjat ray tgk mommy line buat review drama.

    Terperanjat tp suka cara mommy lyna mengkritik. Sakit perot membacanya.

    adehh..
    .-= [r][a][y]´s last blog ..Obsession =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge