Kalau sebut malam pertama je mesti nak ingat malam pertama bergelar suami isteri.
Malam tadi seperti malam pertama saya turun ke Kota Bharu. Dah banyak perubahan selepas berbulan2 tak turun ke ibu negeri Kelantan tu.
Jalan2nya dah jadi sehala. Ada bangunan baru di tengah bandar menempatkan Giant dan Parkson. Dataran MPKB dah dirobohkan dan dijadikan jalanraya kembali. Stesen bas di Jalan Hamzah pun dah dipindahkan ke lokasi berhampiran Tesco. Jalan masuk ke KB Mall pun macam nak buat fly over.
Di Wakaf Che Yeh pun banyak kedai baru dibuka. yang paling obvious adalah Ariani Wakaf Che Yeh dan Ayu’s Scarf. Tapi tak sempat singgah sebab dah malam sangat. Dah tutup pun.
Di Wakaf Che Yeh siap Ada restoran Mc Donald’s yang cantik lagi!
Apakah aktiviti ekonomi/sumber ekonomi utama di Kelantan? Look like terlalu banyak pembaharuan Dan expansion untuk cater pertambahan penduduk.
Semoga Kelantan terus membangun Dan maju, serta krisis royalti minyak/Wang ehsan dapat diselesaikan. Bila dah dipolitikkan, Ku Li pun boleh terlupa pendiriannya 10 tahun lalu tentang isu tuntutan royalti. Ironinya, rakyat biasa terus terusan menyalahkan PETRONAS. Biasalah, dulu harga minyak naik pun PETRONAS yang salah, sampai ada yang boikot PETRONAS dan sokong kompeni Belanda yang dikatakan beberapa kali menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Diorang lagi condemn produk Dutch Lady keluaran Malaysia dari kompeni Belanda oleh sebab marah dengan bangsa sendiri yang dikatakan menindas rakyat, sedangkan dia yang tak tahu fakta.
Tapi sekarang ramai yang dah sedar. Cuma antara Wang ehsan dan royalti, asalkan semuanya sampai kepada rakyat yang berhak, berilah dalam bentuk apa pun, rakyat pasti terima.
Leave a Reply