Rasanya Seperti Malam Pertama

admin Avatar

Kalau sebut malam pertama je mesti nak ingat malam pertama bergelar suami isteri.

Malam tadi seperti malam pertama saya turun ke Kota Bharu. Dah banyak perubahan selepas berbulan2 tak turun ke ibu negeri Kelantan tu.

Jalan2nya dah jadi sehala. Ada bangunan baru di tengah bandar menempatkan Giant dan Parkson. Dataran MPKB dah dirobohkan dan dijadikan jalanraya kembali. Stesen bas di Jalan Hamzah pun dah dipindahkan ke lokasi berhampiran Tesco. Jalan masuk ke KB Mall pun macam nak buat fly over.

Di Wakaf Che Yeh pun banyak kedai baru dibuka. yang paling obvious adalah Ariani Wakaf Che Yeh dan Ayu’s Scarf. Tapi tak sempat singgah sebab dah malam sangat. Dah tutup pun.

Di Wakaf Che Yeh siap Ada restoran Mc Donald’s yang cantik lagi!

Apakah aktiviti ekonomi/sumber ekonomi utama di Kelantan? Look like terlalu banyak pembaharuan Dan expansion untuk cater pertambahan penduduk.

Semoga Kelantan terus membangun Dan maju, serta krisis royalti minyak/Wang ehsan dapat diselesaikan. Bila dah dipolitikkan, Ku Li pun boleh terlupa pendiriannya 10 tahun lalu tentang isu tuntutan royalti. Ironinya, rakyat biasa terus terusan menyalahkan PETRONAS. Biasalah, dulu harga minyak naik pun PETRONAS yang salah, sampai ada yang boikot PETRONAS dan sokong kompeni Belanda yang dikatakan beberapa kali menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Diorang lagi condemn produk Dutch Lady keluaran Malaysia dari kompeni Belanda oleh sebab marah dengan bangsa sendiri yang dikatakan menindas rakyat, sedangkan dia yang tak tahu fakta.

Tapi sekarang ramai yang dah sedar. Cuma antara Wang ehsan dan royalti, asalkan semuanya sampai kepada rakyat yang berhak, berilah dalam bentuk apa pun, rakyat pasti terima.

Tagged in :

admin Avatar

9 responses to “Rasanya Seperti Malam Pertama”

  1. kak aliza Avatar
    kak aliza

    Salam,
    Memang betul banyak pembaharuan di bandar KB, akak sempat tengok masa balik kampung tahun lepas, sempat juga tersesat di KB pada minggu pertama jalan sehala mula beroperasi.
    Lepas tu terlencong ke jalan dekat tepi sungai Kelantan tu, memang terlalu banyak perubahan semenjak 20thn Kelantan diterajui pembangkang.
    Rasanya bukan sesat, nak dapat peluang tengok bandar KB yg baru setelah bertahun merantau.
    Lepas tu pusing-pusing dicelah bangunan baru yg menggantikan hutan belukar dlm bandar KB 20 thun dulu, masa akak bersekolah disitu. Rindunya tanah tumpah darahku…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam kak liza,

      Tu lah dlm masa 4 5 thn ni rancak sungguh pembangun dinu. Maybe satu hari sek maahad tu kena pindah bekali.hehe.

  2. temp. housewife Avatar

    raso nok balik loni jugok bilo baco Lyna tulih pasal Qelate. rindunyo…………
    .-= temp. housewife´s last blog ..Heuristic Play For Babies and Toddlers. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kelik jgn dop kelik!

  3. denaihati Avatar

    Demi perjuangan agenda POLITIK apa pun mesti ditentang walaupun kesan pada Rakyat tak bagus…gitulah.

    NOta : jangan lupa bantu buat undian untuk contest Hidup Berani untuk gagal
    .-= denaihati´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal apa entri pilihan ANDA =-.

  4. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    maju kelate lo ni. lamo ore kelik pahni, jd sesat di negeri sendiri hehe
    .-= yatie chomeyl´s last blog ..blog Yatie Chomeyl’s 2nd giveaway =-.

  5. eliss Avatar

    ingat nak turun kelate lepas raya cino, tok jadi pulak…
    .-= eliss´s last blog ..Berdua Itu Lebih Indah Kan? =-.

  6. NeroEcha Avatar
    NeroEcha

    Pasal duit semua suka kan…layan

  7. Salwa Avatar

    mmg suka wat entry title malam pertama tau mokcik sorg nih
    .-= Salwa´s last blog ..Ikan Lumba-Lumba dan Singa Laut di Sunway Pyramid =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge