Title bajet la kan…
Selang beberapa minggu sudah, saya mendapat message ni di ShoutBox:
- 2009-07-29 6:47 PM
- #
suri
mommy hafiy n fahry pakai produk muka apa? muka licin je mcm budak2..
Bukan nak berlagak (walaupun memang ada niat sikit2).. Masa sekolah dulu ada 2 kejadian benar di asrama.
Kejadian I:
Seorang kakak senior telah tersentuh pipiku nan bak pauh dilayang ini.
Kakak Senior : (Dengan muka terkejut) Eh, lembutnya pipi kau! Kau pakai apa???
Kejadian II:
Kami budak2 Form 4 bermesra2 di bilik dorm
Kawan (Siapa ya? Lupa pulak) : Wah, lembutnya pipi kau macam baby~
Syukur pada Allah yang menjadikan, saya dikurniakan kulit wajah yang kurang masalah (walaupun tak secantik Erra Fazira). Tak seperti adik-adikku yang remaja 3 orang itu, saya tak menghadapi masalah jerawat sebagaimana mereka. (Tapi sekarang ada bengkak kecil di dahi, tak tahu kenapa sampai biru lebam jadinya).
Semasa remaja, saya memang beauty-conscious sikit. Bukanla nak jadi secantik Erra Fazira tapi kalau boleh nak jadi cerah sikit dan taknak ada jerawat. Maklumlah masa kecik2 dulu suka berkubang & masuk hutan keluar hutan. Muka pun jadi ala2 ‘terbakar dek cerah mentari’ kata orang Putih, tanned. Kalau tengok gambar masa kecik2 dulu memang ppoghah (comot) habis lah. Hitam pun ya. Agaknya sebab tu la saya tak ada boyfren hehe. Dan dan.
Masa sekolah menengah la kiranya start nak jaga muka. Masa tu hormon perempuan pun dah mula bergiat aktif, kiranya naluri nak bercantik2 pun membuak2 lah.
Tai sebagai budak2 yang tak berduit, tak ada la nak pakai produk apa2. DIY jer…Kalau ada pun Fair & Lovely sebab murah je harganya. Pakai sikit2 kasi tahan lama.
Bila dah masuk U, barula ada duit sikit, barula start pakai benda2 yang boleh dibeli di kedai. Masa tu saya pakai Olay moisturizer UV protection yang harga RM7.90 tu je. Sampailah ke saat2 mula melangkah ke alam pekerjaan.
Saya tak make up so tak ada la masalah nak tempek apa2. Sekadar pakai Olay tu dengan bedak je. Bedak pun dah ‘kaya’ sikit baru ada compact powder. Kalau tak hantam pakai bedak debu tu je. Pegi mana2 pun takde masalah tertinggal beg mekap ke ape 😀
Sekarang ni, lagi la sebab ala2 agak malas takde masa nak berbedak bagai. So saya cuma pakai Olay Total Effect Touch of Foundation dengan compact powder Maybelline je. Cleanser pakai Garnier, tu pun jarang cuci muka. Cuci dengan air wuduk je.
Harap2 kulit mukaku tak menjadi teruk lah. So far ia masih mengekalkan ciri2 kelembutannya lagi. Abiy pun selalu puji2. Hehe, seronok tau kalau kena puji dengan suami.
Itulah saja jawapan buat Adik Suri. Saya suka menjawabnya sampai buat 1 entry sebab saya kembang satu badan kena puji. Saya suka Olay Total Effect Touch of FOundation ni sebab ia menjimatkan. Tak payah buang duit beli foundation lagi. Dulu masa mula2 kerja saya beli foundation, 2-3 jenis lagi tapi sampai sekarang dok ada lagi sebelum selamat dicampak ke tong sampah sebab rasa dah expired 😀
Saya harap nanti diorang invent semua dalam satu termasuk cleanser sekali, tak payah susah2 nak cuci muka.
Kekasihku kini (tapi mana eh saya letak? Takde pulak atas meja solek)
Tapi cemana2 pun, solat jangan tinggal. Wajah orang yang tak tinggal solat akan cerah berseri2 lagi jernih je. Apa lagi kalau rajin solat sunat Dan jaga maruah, adab, budi bahasa serta akhlak. Itulah kecantikan yang sebenar-benarnya.
Leave a Reply