Ada satu ketika dulu saya pernah baca satu artikel tulisan seseorang (saya tak kenal pun dia) tentang ketidakselesaan terhadap teknik-teknik memperkembangkan kuasa minda masakini. Beliau berpendapat bahawa kuasa minda adalah sesuatu yang bercanggah dengan agama. Untuk mengalaminya sendiri, beliau mengikuti satu kursus yang mengajar tentang kuasa minda ni… law of attraction, hipnosis dan sebagainya. Akhirnya beliau membuat kesimpulan bahawa pendapatnya memang benar, teknik kuasa minda samasekali tidak boleh dipraktik dan seorang Muslim tidak sepatutnya boleh membaca dan menguasai minda orang lain.
Saya tidak mahu berbahas tentang pendapat beliau.. itu pendapat dan pengalaman beliau… kita masing-masing pun ada pendapat, pengalaman dan pegangan masing-masing.
Cuma saya berminat nak ulas tentang sikap prejudis dalam menuntut ilmu.
Bagaimana sikap prejudis ni? Saya sendiri pun rasanya pernah juga alaminya di zaman-zaman remaja dulu. Mengikuti kelas/kursus mahupun secara perbualan dengan seseorang dengan sikap prejudis, bukan ikhlas nak tahu. Bila kita mendatangi seseorang untuk belajar, tapi dalam kepala dan hati sebenarnya nak membuktikan sesuatu, ternyata kita memang akan dapat benda yang kita nak buktikan, tapi kita tak dapat yang lebih utama dari apa yang kita pelajari – ilmu.
Guru saya seorang pengamal law of attraction memberitahu, walaupun orang lain mengatakan beliau ‘pandai baca orang’ dan ‘kawal fikiran orang’ tapi sebenarnya beliau kata tidak. Beliau tak pernah pandai baca orang, dan tak pernah dapat mengawal pemikiran sesiapa. Tapi dari pengalaman bertahun-tahun berurusan dengan sikap manusia, beliau mendapati manusia ni walaupun berbeza-beza tapi ada menampilkan bahasa tubuh yang sama untuk menggambarkan perasaan mereka. Contohnya, orang yang dalam keadaan takut, biasanya akan membongkokkan sedikit tubuhnya dengan bahu sedikit terangkat. Walaupun dia tak mengatakan “Saya takut” tapi daripada bahasa tubuhnya kita boleh tahu dia sedang dalam ketakutan.
Jika kita datang kepada orang seperti ini (contohnya yang mengajar kuasa minda) dengan tanggapan “Aku nak buktikan ilmu yang dia ajar ni memang sesat” maka kita akan ditunjukkan dengan benda-benda yang menyesatkan sel-sel dalam kepala kita. Hati kita tak terbuka untuk menerima ilmu dengan baik.
Oleh itu kalau nak belajar, jangan ada rasa prejudis. Jangan sebab “nak test je orang ni”. Buka pintu hati walaupun kita rasa kita lagi bagus dari orang tu. Mungkin ada benda yang kita tak tahu.
Ilmu ini milik Ilahi, bukan milik kita… Ikhlaskan diri kerana-Nya, insya-Allah kita dakan dapat lebih banyak dari yang kita mampu beri.
Leave a Reply